LI

487 25 2
                                    

Pagi itu aku hanya duduk berseorangan di Kafe Siswa, sambil menyiapkan sedikit tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Terngiang-ngiang kata-kata yang dilontarkan oleh Farhan pada pagi tadi dimindaku.

Sedih rasanya apabila aku mengetahui yang dia amat menungguku untuk kembali. Walaupun aku sudah meninggalkannya hampir dua tahun. Sayang betul dia terhadapku.

Namun, aku risau sekiranya tinggi usaha yang kita lakukan untuk dapatkan sesuatu, tinggi juga cabaran, halangan dan dugaan yang tuhan akan berikan.

Aku belum siap untuk menerima sebarang ujian buat masa terdekat ini.

Ya tuhan, berikanlah aku masa untuk menikmati waktu ini kerana diriku berasa baru sahaja aku bangkit dari kesedihan lampau.

Tolonglah tuhan berikan aku sedikit lagi masa untuk aku manfaatkan sebaik mungkin dengan insan yang aku sayangi ini.

Demi anaknya yang kesepian itu juga.

Lantas, aku terus bergerak ke pusat pengajianku untuk bertemu dengan doktor bagi menghantar tugasan individu yang diminta.

Cuaca pada tengah hari itu agak terik dan kebanyakkan mereka pergi keluar untuk makan tengah hari di luar.

Lantas aku hanya menunggu di hadapan biliknya sehingga pensyarah itu pulang.

'Haihhh lama jugak ye, silap aku pegi time lunch hour ni. Pishang.' Ujarku sendirian.

Kemudian, aku menerima satu panggilan daripada Farhan. Dengan pantas aku menjawabnya.

"Ye abang Paan, kenapa tu?" Kataku.

"Takde apa, saja je tanya khabar. Sayang dah makan?' Ujarnya.

"Dahhhh, baru je siap. Ni tengah tunggu lecturer kat depan bilik dia sebab nak hantar task. Lama betul." Rungutku.

"Ye la sayang pun pergi time-time ceni. Orang nak rehat jugak. Apa laa." Balasnya.

"Tu la, tak perasan tadi. Hmmmmm. Lagipun nak cepat tadi. Sebab dah ngantuk. Pagi tadi kurang tido hahahahahahaha." Jawabku.

"Eleh, tu la biasa sangat tido banyak-banyak, kan dah cepat ngantuk." Katanya.

"Eleh manada, memang kurang tido la. Malam tadi Kimi tido-tido ayam sebab takut abang Paan buat bukan-bukan. Tapi hampeh, buat jugak." Kataku memberi alasan.

"Hahahahahahahahahahahahhahahaha, alaaaa sikit pun nak berkira. Bukannya apa pun." Tawanya.

"Ye laaaaa. Ni abang Paan dah makan ke?" Kataku berbasa-basi.

"Baru je siap keluar tadi sorang makan nasi kandar. Ingat nak ajak sayang tapi tu la macam jauh pulak, lepastu takut sayang pun ada kelas. So kita keluar makan malam ni boleh tak?" Soalnya.

"Ermmmm, malam ni eh? Jap eh encik, saya nak kena tengok jadual saya balik. Takut ada dinner dengan client or fans." Acahku.

"Nohhhhh, busy mengalahkan abang yang keje polis ni haaa." Jawabnya.

"Hahahhahahahahahahahahahhaa, baiklah malam ni saya tak busy, jadi encik boleh pm saya punya secretary untuk tempahan waktu." Jawabku lagi.

"Okey baiklah tuan, saya ambil maklum. Akan saya ambil tindakan kelak." Ujarnya yang saja melayanku.

"Okey baik, terima kasih. Jadi malam ni ambil saya di Desa Restu ya. Jangan lambat. Nanti saya kebulur." Jawabku.

"Okey baiklah. Malam ini saya sampai. Jaga diri ya. Saya sayang tuan sangat-sangat. Muahhh." Katanya sebelum meletakkan panggilan.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now