XXV

617 25 1
                                    

Pagi itu, aku terjaga akibat daripada nada dering panggilan masuk di telefonku. Namun ianya terputus sebaik sahaja aku mencapainya. Aku lihat nama yang tertera.

"Afiq? Asal dia call aku?" Aku kehairanan.

Lantas aku membuka WhatsApp untuk melihat timbunan mesej yang tidak sempat aku lihat dan balas sejak malam semalam.

Seperti yang dijangka, mesej dari Farhan mendahului carta dengan lebih 150 mesej yang langsung tidak aku baca, lagikan hendak ku buka.

Aku terus melihat mesej yang dihantar oleh Afiq.

'Kau okey ke tu? Dekat mana? Farhan kata dia lalu rumah kau dia tak nampak pun kereta kau kat garaj.' Jelasnya.

Aku hanya biarkan tanda itu menjadi biru. Malas rasanya untuk aku memberikan sebarang respon.

Panggilan yang kali ke berapa pun tidak aku ketahui oleh gerangan yang sama sejak semalam. Juga aku hiraukan. Penat.

Secawan kopi aku hirup sambil memandang suasana pagi Bandar Manjung yang masih lagi terjaga alam sekitarnya.

_____________________________________________________________________________

"Kau dapat tak call dia?" Farhan bertanya kepada Afiq sambil menjamah makanan di kafe OldTown, dengan harapan yang Hakimi akan datang bekerja, namun tanggapannya terpesong.

"Tak, penat dah aku call sejak malam tadi, tapi dia tak jawab." Balas Afiq.

Sememangnya dia tidak mengetahui tentang keberadaan Hakimi namun tidak dipercayai oleh Farhan.

Farhan mengeluh. Tampaknya dia kesal dengan apa yang berlaku. Selayaknya untuk dia berasa begitu, malah itu sekalipun tidak cukup menebus semua benda yang telah terjadi.

"Aku nak pergi rumah dia la Fiq, nak tanya mak dia." Kata Farhan.

"Kau nak mati? Aku rasa kau dah cukup tahu kut pasal dia berbanding aku. Takkan kau lupa semua benda tu kut?" Soal Afiq.

Dia mengeluh lagi. Keluhan yang tidak lagi membawa makna.

"Aku betul-betul nak minta maaf kat dia Fiq, sebelum aku balik Kedah." Jelasnya.

"Ha? Kau balik Kedah? Untuk apa?" Soal Afiq lagi.

"Aku, hmm aku nak kena nikah hujung bulan ni. Mak aku suruh, sebab Safwa cakap kat dia yang aku bawak balik Kimi ke rumah." Jelasnya perlahan.

Kini giliran Afiq pula mengeluh.

"Jadi, kau nak jumpa budak tu untuk apa? Untuk sakitkan hati dia lagi?" Afiq memprovok.

"Bukan, aku nak clear everything, untuk dia tak salah faham. Tu je." Jawabnya.

Mereka dua diam seketika, hening rasanya pabila dua dua berada dalam situasi yang tidak dapat untuk diungkap dengan kata kata.

"Takpa la macam ni, dia dah kata before dia pergi, dia anggap semua benda ni settle sebab dia taknak mak dia tahu, yang mana aku agak mak dia pasti dah tahu pun. Sebab dia pun kata dia bersalah dalam hal ni. Dan kalau aku dapat peluang untuk contact dia, aku akan sampaikan apa yang kau nak cakap dekat dia ni." Jelas Afiq panjang.

Farhan hanya mengangguk faham dan mereka bergerak ke balai setelah habis waktu rehat.

Di ruangannya, Afiq melihat Farhan hanya duduk termenung kosong, tanpa menghiraukan Safwa yang berada di sampingnya, sambil semangat bersembang tentang pernikahannya barangkali.

Terasa bersalah bagi Afiq terhadap kedua-dua pihak.

Safwa cuma mahukan kehidupan yang bahagia bersama orang yang dia sayang, jadi wajar untuk dia berlaku cemburu.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now