XXII

778 32 6
                                    

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Farhan, dia hanya diam dan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Reaksi nyata yang dapat aku lihat sekarang ini ialah tangannya yang menggenggam erat stereng.

Dan aku seperti biasa, masih memegang pipiku yang masih terasa sakitnya. Terasa getaran tanganku yang tidak dapat aku tahan akibat terkejut dengan situasi yang berlaku sebentar tadi. Setelah hampir 15 minit perjalanan, akhirnya kereta yang dipandu Farhan tiba dihadapan rumahnya.

Aku masih lagi terkaku duduk di sebelahnya.

Dia menghela nafas berat dan mematikan enjin lalu keluar daripada kereta sebelum menghempaskan pintu dengan amat deras. Bahuku sedikit terangkat akibat terkejut.

Dengan perlahan, dia membuka pintu di bahagianku dan menunggu aku keluar sambil berpeluk tubuh. Aku hanya diam tidak berkutik.

"Keluar." Farhan berkata pendek, namun cukup buat aku menggeletar. Namun masih juga aku tidak berganjak dari tempat dudukku.

Lalu dengan kasar, Farhan mencengkam lenganku dan menarikku keluar daripada kereta. Hampir saja aku terjatuh di atas lantai.

Dia menutup pintu kereta dengan kuat sebelum datang ke arahku dan menarik tanganku untuk memaksa aku masuk ke dalam rumah. Aku bergerak ke arah hadapan apabila terasa seperti didorong oleh Farhan.

Apabila pintu dibuka, aku terus dicampak ke dalam dengan kasar. Habis jatuh aku di atas lantai. Namun dengan pantas, aku terus bangun dan berdiri.

Ya, berdiri di hadapan Farhan sambil menundukkan pandangan. Tiada keberanian untuk aku memandang wajah lelaki yang aku kira berbeza dari Izlan, namun rupanya sama sahaja.

"Ulang balik." Soalnya pendek.

Aku keliru. "Ermmmm u u ulang apa?" Aku tanya dengan perlahan dan sedikit tergagap. Namun masih tidak aku memandangnya. Aku tidak mahu dia melihat aku yang sedang takut. Nanti dia akan menjadi semakin berani.

"Ulang la apa yang Kimi cakap tadi kat tasik tu." Katanya lagi.

Aku hanya diam. Ni kalau aku cakap, aku kena terajang. Tak cakap pun kena terajang jugak. Aigoooo.

"Penakut eh? Takde pendirian eh? Hahahahaahahahah. Kimi tau tak kenapa abang Paan jadi polis? Sebab last day abang Paan kat sekolah, abang Paan belasah budak separuh mati. Sebab apa? Sebab dia hina abang Paan. Dia kata abang Paan penakut sebab tak ikut dia ponteng kelas. Hahaaahahahahahhahahahaha. Lepastu ayah abang Paan suruh rekrut lepas SPM dan jadi polis sebab nak abang berubah. Ada la sikit perubahan. Tapi harini Kimi pulak kata abang macam tu. Orang yang abang sayang, cakap kat abang sendiri macam tu. Wow. Sedih jugak. Tapi rasa sakit hati tu lagi tinggi dari rasa sedih." Ulasnya panjang.

Mendengar penjelasannya, aku terus menelan air liurku.

"Jadi malam ni, aku nak buktikan dekat kau yang aku sayang kau, bukan penakut. Hahahaahahaahaha. Kau sabar jap." Katanya lagi sambal ketawa besar. Dengan sekelip mata dia mengubah panggilan nama.

Langkahnya semakin hampir membuatkan aku semakin berundur. Lalu secara tiba-tiba, amarahnya mulai terbit.

"Duduk diam la bangsat!" Farhan menjerkah lalu terus melempang pipiku dengan deras. Aku terpelanting jatuh dan dahiku terhentak di penjuru tangga.

Dengan pantas aku bangkit. Memang sial, sakit kena lempang tadi pun tak hilang lagi tau hanat.

Aku turut memegang dahiku. Terdapat sedikit darah yang mengalir. Lantas aku mengesat dengan menggunakan lengan hoodie ini. Ya, bertambah lagi tompokan darah di baju ini, pada situasi yang sama, iaitu menjadi mangsa amarah lelaki panas baran yang tidak siuman.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now