LVIII

633 30 9
                                        

Kesibukan bandaraya Georgetown aku perhati menerusi jendela di Prestige Hotel pada jam 11 malam.

Mataku melihat suasana, manakala fikiranku memikirkan apa yang perlu aku lakukan selepas ini.

Tidak ada perancangan. Hendak sahaja aku follow the flow, namun aku sudah berjanji untuk tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keluarga itu.

Setidakknya, biarlah kali ini aku pula yang berkorban, demi sesuatu, seseorang yang aku sayangi. Tidak mahu lagi aku melihat hanya mereka sahaja yang berkorban demiku.

"Sayang kenapa tak tidur lagi ni?" Ulas ibu yang tiba-tiba muncul dari arah belakang.

"Eh ibu, kenapa ibu tak tido lagi?" Aku membalas soalannya dengan soalan lain.

"Macam mana ibu nak tidur kalau anak ibu sorang ni asyik duduk termenung je dari pukul 9 tadi tengok luar sorang-sorang." Jawabnya.

Aku hanya tersenyum tawar.

"Ibu tido laa. Sian ibu asyik penat je layan Kimi. Kimi banyak buat ibu susah. Banyak bagi masalah kat ibu." Kataku.

"Kenapa cakap macam tu? Ibu kan ibu sayang. Takkan la ibu nak biar anak ibu susah sorang-sorang. Siapa je yang ibu ada kat dunia ni selain dari Kimi? Takde dah ibu nak bergantung harap dekat dunia ni selain sayang sorang je." Katanya perlahan.

Lantas aku terus memeluknya.

"Kimi sayang ibu sangat-sangat tau. Kimi mintak maaf sebab selalu buat ibu susah hati. Kimi selalu degil, tak dengar cakap ibu, buat semua yang Kimi rasa Kimi nak." Ulasku.

"Shutttt, dah dah takmau macam ni. Ibu lusa dah nak balik, kerja. Kalau sayang macam ni, makin risau ibu nak tinggal Kimi sorang-sorang kat sini." Katanya sambil mengusap perlahan rambutku.

"Yang penting, ibu nak sayang selalu sihat, gembira dan selalu ada dengan ibu sampai bila-bila." Ucapnya lagi.

"Baik ibu, tapi tak semua tu Kimi boleh janji." Kataku perlahan.

Lantas, ibu masuk ke dalam manakala aku tetap berada di sisi jendela, melihat kembali kotaraya yang sentiasa sibuk ini.

____________________________________________________________________________________________________________

"Betul sayang nak pergi sorang ni? Takmau ibu teman?" Soal ibu.

"Ya ibu. Jangan risau. Lagipun nanti Kimi nak pegi kampus kejap. Jumpa lecturer, nak bagi surat sakit sebab tak masuk kuliah seminggu." Ujarku.

Ibu hanya mengangguk dan kemudian aku bersalaman dengannya dan terus bergerak ke Bayan Lepas.

Aku ke hospital terlebih dahulu untuk meminta surat pengesahan rawatan disitu untuk diberikan kepada pensyarahku.

Ingin sekali aku menjenguk Farhan yang berada di ruangannya.

Kali terakhir aku melihatnya adalah pada dua hari lepas.

Tertanya-tanya aku keadaannya, namun tidak berani aku menunjukkan wajahku dihadapan keluarga itu lagi.

Biarlah nanti dia yang mencariku pabila sembuh kelak. Lagipun, aku perlu biasakan diri untuk tidak berjumpa dengannya dengan kerap. Agar aku dan dia akan biasa dengan keadaan ini.

Dengan langkah yang agak berat, aku pergi meninggalkan kaunter hospital tanpa melihat sebentar Farhan di wadnya.

Panggilan telefon yang aku terima sewaktu memandu kereta aku biarkan sahaja, kerana aku tahu siapa yang menghubungiku.

Terus aku memecut laju ke balai polis Bayan Lepas untuk bertemu dengan mereka seperti yang dijanjikan semalam.

Usai parkir, aku terus bergegas masuk ke dalam bangunan itu dan menuju ke kaunter.

TAK LAGI MERINDUCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang