XXXVIII

572 26 8
                                    

Pagi itu aku terjaga sekitar pukul 730, memandangkan kelasku bermula pada jam 9 pagi. Saja aku bangun sedikit lewat lantaran keletihan semalam.

"Uarghhhhhhhh!" Laungku usai bangkit daripada tidur.

Waktu itu aku lihat Danny sudah tiada di atas katilnya. Mungkin dia sudah keluar mencari sarapan kerana dia memang jenis yang bangun awal pagi.

Lagipun tiada sebarang pesanan diberikan olehnya sama ada secara lisan mahupun mesej di WhatsApp.

Setelah hampir 10 minit, baru aku perasan bahawa luka dileherku telah ditutup rapi dengan kapas.

"Aikkkkk, sejak bila pulak aku tutup luka aku ni?" Ujarku perlahan.

'Tapi takkan la budak tu pulak yang rawat luka aku ni? Kenapa aku boleh tak sedar?' Getus hatiku.

Dengan pantas aku mencapai telefon bimbitku dan menelefonnya.

Deringan demi deringan silih berganti namun tidak diangkat sama sekali.

Aku mula kehairanan.

"Budak ni masih marah dekat aku lagi ke eh?" Kataku sendirian.

Kali kedua panggilanku masih tidak diangkat olehnya dan aku mulai mengalah.

"Hmmmm mungkin aku kasar sangat dekat dia kut. Tapi kalau aku tak buat macam ni, dia akan lagi rasa benda yang dia buat tu betul. Lagi dia terpesong jauh. Dia budak baik, aku tak sanggup tengok dia menyesal kemudian hari." Kataku lagi sendiri.

Sedang aku melangkah ke pintu untuk keluar mandi ke tandas, pintu tersebut tiba-tiba ditolak dari arah luar oleh Danny.

Di tangannya penuh dengan sarapan dan minuman berbungkus.

Aku memandangnya dan dia pun memandangku.

"Ermmm Kimi nak pergi mana?" Soalnya perlahan. Masih rasa bersalah barangkali hendak bercakap denganku.

"Mandi." Jawabku pendek.

"Nanti kita makan sama eh? Sorry tadi tak dapat nak jawab call. Tangan Danny penuh." Jawabnya pula.

"Tapi Kimi ada kelas pagi ni." Bohongku.

"Teman Danny makan sekejap pun tak sempat ke?" Katanya hiba.

Aku menghela nafas berat. Tidak kujawab lalu terus aku keluar mandi.

Selepas 15 minit, aku masuk ke dalam bilik untuk bersiap. Terasa aneh sedikit apabila aku perasan yang Danny tiada dibilik.

Namun terdapat beberapa makanan telah siap terhidang di atas mejaku, yang mana siap diletakkan di atas pinggan dan cawan.

Rasa serba salah mulai timbul. Aku sekali lagi mengela nafas panjang.

Setelah siap, aku duduk di meja dan membuka mesej dan terlihat satu pesanan daripada Danny yang mana menyuruhku untuk sarapan sebelum gerak ke kelas, dan dia turut meminta maaf kerana tidak dapat makan bersama.

Yang mana aku tahu dia pergi kerana tidak mahu aku berasa tidak selesa. Aku sangat tahu dia bagaimana, walaupun baru berapa ketika bersama-sama dengannya.

Diriku mula diselubungi rasa serba salah yang menggunung.

Zalim sangat ke aku terhadapnya?

Tapi, aku mahukan dia tidak menjadi sepertiku.

Mungkin ya, dia masih lagi muda dan lemah. Lemah yang bermaksud bukan pada fizikal, tapi hati dan perasan. Hatinya yang mana aku amat pasti sudah tiada lagi wujud amarah dan kecewa, apabila insan yang dia sayangi sudah berada disisi ilahi.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now