GADIS tersebut memerhati akan tindak-tanduk si ibu yang sedang menyiapkan bahan-bahan untuk santapan makan tengah hari mereka sekeluarga di dapur.
"Ibu nak masak banyak ni, sebab ada tetamu ke?" soal Inah seraya duduk berhadapan dengan Syarifah di meja makan.
"Ha'ah, Inah. Semalam, ibu jemput Firdaus untuk makan tengah hari di rumah kita nanti. Dah alang-alang tu, mari tolong ibu memasak."
Inah terdiam. Jadi memang benarlah akan kata-kata ibunya ingin mengajak seorang pemuda yang bernama Firdaus itu untuk diperkenalkan kepadanya? Nekad benar ibunda yang satu ini.
Apa dia tidak mengambil peduli akan perasaan anak kandung sendiri jika dia berbuat seenaknya?
"Err... ibu..."
"Ya, sayang?"
"Ibu betul-betul nak kenankan Inah dengan budak tu ke?"
Syarifah lantas mengangguk. Tangannya ligat melakukan kerja memotong sayur.
"Em... habis tu, macam mana dengan Abang Syed?"
Serta-merta aktiviti Syarifah terhenti.
"Inah, boleh tak kalau Inah tak sebut-sebut lagi pasal lelaki tu? Sakit hati ibu bila dengarnya. Tahu tak? Huh."
Inah tersentak. Hatinya turut terguris. Sebegitu benci sekali Syarifah terhadap anak kepada teman baik arwah sang suami. Entah bila perasaan itu akan memudar.
Ia bak parasit yang menghuni segenap relung hati sang syurga dunia dan akhiratnya.
"Maafkan Inah, ibu. Lain kali, Inah takkan sebut pasal dia lagi. Hmm... sini, Inah bantu ibu buat apa yang patut."
Inah cuba merubah suasana kepada sesuatu yang lebih jernih lagi. Walau bagaimana pun, Syarifah itu ibu kandungnya juga. Maka, diturutkannya saja.
"Abang Iq kamu tak bangun lagi, Inah?"
Gadis yang sedang membasuh daging menggeleng perlahan.
"Rasanya, abang terlelap kembalilah tu ibu. Sebab semalam, dia lewat balik tau."
"Oh. Mungkin sebab dia penatlah tu. Banyak kerja di pejabat. Tapi Inah pergi kejutkan dia. Sekejap lagi, Firdaus nak sampai."
"Baik, ibu."
Inah berlalu naik ke tingkap atas. Pintu kamar abangnya dia ketuk beberapa kali.
Knock! Knock!
"Bang, oh bang. Bangunlah. Hari dah tinggi ni."
Sepi. Tiada satu pun balasan dari dalam.
"Abang Iq, Inah masuk ya?"
Seusai ayat itu dia tuturkan, tombol dipulas dan daun pintu ditolak.
Kemas dan bersih. Itu yang Inah lihat. Namun malangnya, kelibat Syafiq tiada di situ.
"Abang Iq? Abang tengah mandi ke?"
Dia berdiri di hadapan kamar mandi pula. Apabila beberapa ketika dia menanti tanpa sahutan juga, tempat itu turut diperiksa.
Sama. Ia kosong.
"Aik? Abang Iq dah pergi kerja ke? Hurm."
Dia turun kembali ke bawah untuk menemui sang ibu.
"Ibu, Abang Iq tak ada dalam bilik dia."
"Oh, ya? Hmm... tak apalah kalau macam tu. Mungkin dia ada hal kecemasan sangat sampai tak sempat nak sapa kita."
"Mungkinlah."
*****
TING! TONG! TING! TONG!
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...