HaLaMaN 43

108 10 16
                                    

Angin yang menyapa ke tubuhnya itu tidak dapat mendamaikan kecelaruan emosi dan jiwa kacaunya..dia masih terkesan dengan perkara yang menimpa dirinya saat itu.Syed tidak percaya dan menyangka akan sebegini keadaan keluarganya..

Dia cuma fikir betapa gembiranya bila menyambut kepulangan ayah tercinta.tapi kepulangan itulah yang membawa khabar pahit baginya..

cakerawala hidupnya berputar 360 darjah.sungguh!adik perempuan yang manja dan selama ini dalam jagaannya bukanlah sedarah daging..

Tipulah jika dia boleh terima hakikat yang sebegini dengan cepat..

'Apa aku nak buat sekarang ni?Syaf bukan adik kandung aku tapi aku tak nak berpisah dengan dia..aku buntu!aku sayang sangat dekat dia..macam mana ni??'monolog yang entah keberapa puluh kali berlegar-legar di fikirannya..makan minum tika ini tidak penting lagi.

Dia seolah-olah berada dalam dunia ciptaannya sendiri...

"Boleh aku duduk sini...??"
Seseorang menyapanya secara tiba-tiba  lantas khayalannya tadi bertebaran pergi..Syed berpaling...

"Em..kau rupanya..duduklah..."
Mendatar saja nada pelawaannya itu.Syed tiada mood hendak berborak panjang...

Kicauan burung menemani mereka..

Angin bertiup perlahan seakan mengerti akan gelodak yang melanda kedua anak muda yang sedang duduk bersebelahan itu..

Syafiq diam juga seketika sebelum...

"Maafkan ibu aku,Syed sebab buat keputusan terburu-buru macam ni.aku pun tak boleh nak halang..maafkan aku lagi sekali..."pandangannya masih tertala pada pemandangan taman dalam hospital yang sedikit tenang saat ini..

Syed terkelu..
Dia tidak tahu ingin berkata apa.dia seumpama patung bernyawa sahaja kerana tiada modal hendak dibualkan.hendak menenangkan hati kini amat susah sekali.jika dahulu seperti biasa,cuma Syaf sahaja yang menjadi penghiburnya.namun setelah apa yang dia ketahui,segalanya tidak mudah diterimanya begitu saja..

Samar-samar keluhan kedengaran dari mulut Syed.

"Tsk!jadi..sebab nilah..kau nak..Syaf jumpa ibu kau??"soalnya pendek pula..jiwanya tidak keruan saat itu jadi dia cuba berlagak tenang..

Si atlet bola keranjang itu mengangguk teragak-agak..

"Em,ya..sebab inilah.aku pun tak sangka yang Syaf itulah adik sebenar aku..mulanya aku perasan masa aku tengok anak mata dia tu.aku terfikir yang mata dia tu sama macam anak mata ibu.tapi aku ragu-ragu juga sebab mungkin cuma firasat aku saja..tak sangka pula..em..betul fikiranku..huh!"

Bagaimana hendak lalui situasi yang sebegini?abang sebenar dan abang angkat berborak sedemikian...terasa amatlah janggal sekali...si abang angkat terasa hati dan bersedih..sedangkan si abang kandung melonjak gembira di dalam hati..

Satu keputusan perlu dibuat..itu juga yang akan menentukan perjalanan hidup mereka seterusnya...

Syed meramas kasar rambutnya.apa perlu dia buat?semuanya jadi serba tidak kena pula...

"Aku faham perasaan kau,Syed..tak apa..aku bagi kau masa sampai Syaf habis SPM ni..lepas tu...erm...."

Syafiq tidaklah sekejam mana tapi Syed yang tersepit dengan keadaan.seakan waktu sedang menjerut lehernya saja..

"Aku..tak..percaya...yang...Syaf tu...bukan..adik..kandung aku.."si abang seorang ini mula menunjukkan protes..mungkin disebabkan oleh masalah dan tekanan perasaan juga sehingga barannya semakin merebak ke seluruh tubuh...

Syafiq menyuakan sampul berwarna coklat yang sejak semalam dia pegang itu kepada Syed.lelaki di sebelahnya itu perlahan mengambil lalu membuka isinya..air matanya menitis lagi saat terbaca akan bukti kukuh itu..

Syafiq menepuk bahu rakan sekolahnya itu beberapa kali sebelum dia berdiri.tatkala dia mula mengorak langkah,Syed berkata sesuatu...

"Aku tak nak kehilangan Syaf..aku tak rela.."

Syafiq cuma mendengar dan menyambung langkah kembali..

"Hei!Syafiq!!!apa kata kita cuba satukan orang tua kita supaya Syaf ada bersama dengan kita..."entah waras ke tidak si Syed ni saat menuturkan ayat itu...

Terperanjat si atlet itu lalu berpaling..
"Kau dah gilake,Syed?aku tak pernah terfikir pun nak ada ayah baru...apalah kau ni,Syed..?kau sedar tak apa yang kau kata tadi tu buat aku sakit hati?"

Mereka bertekak seketika...
"Tapi aku sayangkan Syaf!dan aku tak nak berpisah pun dengan dia!kau faham,tak??"

Lantas Syed pergi dari situ setelah sampul tadi dihempaskan di atas kerusi..

'Apa yang kau fikir ni,Syed?sanggup kau buat kami macam ni..'monolog Syafiq pula..dia langsung tidak terfikir akan hal dan cara tersebut..mampukah dia menerima lelaki lain menjadi pengganti arwah walidnya?ibunya pula bagaimana?sanggupkah ibu hendak berkorban demi anak-anaknya ini???

###############

Kelibat di seberang jalan itu diteliti.dia yakin bahawa wanita itulah yang dia ingin temui..dia mahu tamatkan hubungan yang entah apa-apa itu...dia sangat sakit hati.

Dia jadi pendendam...
demi menutup kesalahannya,dia sanggup melakukan apa saja asalkan dia selamat...buku limanya digenggam kuat menahan marah yang semakin memuncak.

Dengan berhati-hati dia mengekori sang gadis sebelum merentap lengan itu dengan kuat..

Mata sang wanita membulat..mukanya pucat akibat terperanjat serta terkejut...

"A...Arif...."

Habislah dia...kenapa seperti dia rasakan ada sesuatu yang buruk akan menimpanya tapi apa????

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now