SYAFIQ mencerlung tajam, 'Ada yang tak beres ni. Siapa pulak budak ni?' soalnya dalam hati. Musykil.
Inah tepuk dahi secara tiba-tiba, "Ha, lupa nak kenalkan. Ini Abang Syafiq. Abang kandung Syaf. Dia pernah bersekolah di sekolah kita jugak dulu. Erfan masih ingat lagi kan?"
Lelaki itu mengangguk, "Err... ingat. Pemain bola keranjang tu. Hehe..."
"Dah siap ke? Kalau dah siap semuanya, lekas sikitlah. Kami dah nak balik ni." Syafiq mencelah apabila sejak tadi menjadi tunggul bernyawa.
Pak. Pukulan kecil mendarat di lengan Syafiq, "Abang ni. Janganlah kata gitu. Ini kan teman lama Inah. Aduh, abang ni."
"Ha, dah sudah. Ini buku dia. Selepas dua minggu, pulangkan kembali." Erfan kekok berbicara dek melihat abang kepada gadis itu tidak berasa tenteram.
Syafiq mengangkat kesemua buku-buku tersebut sebelum berjalan laju, "Jom kita balik, Inah."
"Err... Erfan. Maaf pasal tadi. Syaf balik dulu. Assalamualaikum."
Erfan tersenyum manis, "Ha, takpe. Wa'alaikumsalam." Pandangan matanya tidak lepas dari melihat muslimah bercadar berkenaan.
Tepukan di bahu kiri milik Erfan mengejutkannya, "Ha, berangan!"
"Haih. Kau ni, Khairul. Bikin spoil ajelah."
"Amboi. Bukan main tinggi taste kau, eh? Gadis ninja tu jugak yang kau nak. Wow!" Khairul bernada mengejek.
"Dia kawan lama akulah. Kebetulan pula kami sekelas. Hmm... aku baru jumpa dia sejak dia pindah sembilan tahun yang lepas."
"What?" Khairul kaget, "Wei, lamanya. Ha, by the way... lelaki tadi tu husband dialah, kan?" tanya Khairul lagi.
"Aish, bukanlah. Itu abang dia." Erfan kembali menyambung kerja.
"Habis tu, kau tak tanya dah dia ke? Dah berpunya atau belum? Kalau dah ada, melepaslah kau, Erfan. Hahaha..."
"Apa kau cakap ni, Khairul?"
"Eleh! Buat-buat tanya lagi. Dah kalau kau tengok perempuan tu tadi macam tak nak lepas, takkanlah tak berkenan? Huhu... sekilas ikan di air, aku dah tahu jantan betinanyalah."
'Hmm... betul jugak. Aku tak sempat tanya Syaf yang dia dah berpunya atau belum. Err... aku masih ada peluang lagi ke?' bisik hati kecil Erfan.
***
LANGSIR di bilik itu ditariknya kasar. Cahaya mentari menerobos masuk ke ruangan.
"Pagi, Raina! Woi, anak dara! Apsal kau tak bangun lagi ni? Ya Allah! Aku tak tahulah selama ni aku berkawan dengan perempuan pemalas!"
Bantal peluk ditolak ke tepi sebelum seorang gadis mncelikkan mata, "Aduh, Atika. Kau macam mama aku jugaklah. Membebel tak habis-habis. Entah macam mana kau boleh muncul dalam bilik aku pun, aku tak tahulah."
"Woi, Raina. Kau sendiri yang ajak aku joging hari ni, kan? Tapi sejam aku tunggu, bayang kau pun aku tak nampak. Rupanya kau masih berselubung dalam selimut ni. Haih. Geramnya aku. Bangunlah!"
Raina menggeliat, "Aku penat sangatlah. Lama tau aku tak tidur macam ni. Kat Australia tu, aku selalu aje awal bangun. Nak pergi kelas. Kau bagilah chance kat aku bangun lewat pulak kat sini."
Atika duduk di birai katil, "Aku ingatkan kau bangun awal sebab nak solat subuh. Puih!"
"Atika... deep, woah!"
"Padan muka kau. Haih. Nasib baiklah aku boleh tahan marah aku ni sebab tadi aku jumpa Syed, wei." Atika mengukir senyuman meleret.
"Oh, Syed. Hmm... apa?!" Raina menggoncang bahu temannya itu, "Kau jumpa Syed? Kat mana? Bila? Dia cakap apa kat kau?" tanyanya lagi bertubi-tubi.
"Ha, tulah. Aku ajak joging, tak nak. Untung-untung, dapat jugak aku borak dengan dia tadi. Ha! Kau nak tahu, tak? Dia makin kacak, tau?"
"Wuu... kacak. Jadi... apsal kau tak makan je kacak dia tu? Biar kau kenyang 100 tahun. Tak jugak jadi orang bodoh kat sini gara-gara rindukan dia. Huh!"
Atika menunduk. Sedikit terasa dengan perlian ayat kawannya itu, "Raina, please. Kalau pun kau sakit hati, jagalah perasaan aku jugak."
"Atika... Atika... aku ni dah lama jadi kawan kau. Dah lama jugaklah aku jaga perasaan kau. Tapi kau salahkan diri kau sendiri sebab tak reti nak jaga hati kau tu dari terluka. Kau bagai nak rak rindukan dia kat sini, dia langsung tak tahu pun pasal tu. Dia ada balas perasaan kau? Takde kan? Ceh!"
Kelopak mata Atika tiba-tiba panas, "Aku cuba untuk lupakan dia, Raina. Tapi aku tak boleh."
"Tak boleh sebab kau tak cuba dengan percubaan yang sebetulnya. Kau tak ikhlas, Atika. Kau masih mengharap pada lelaki yang tak cintakan kau. Kau lagi sakit kalau kau tahu dia simpan perasaan pada perempuan lain. Jadi aku tak nak kau kecewa. Kau fikir aku tak sakit hati ke kalau hati kau terguris?"
Raina memeluk Atika. Kristal-kristal jernih tumpah ke pipi, "Tapi mana tahu, ini petanda bahawa aku dan dia akan bersama. Yelah. Mana tahu kami berjodoh."
Raina menolak perlahan tubuh Atika, "Susah betul bercakap dengan orang degil ni. Kalau kau kecewa esok hari, jangan pulak kau nak menangis menyesal jumpa aku..." Tuala dicapai di sisi katil sebelum Raina masuk ke bilik mandi.
***
INAH duduk di buaian besi sambil membaca buku. Tiba-tiba, sebiji batu kecil terkena di bahunya. Gadis itu tersedar lantas menutup bahan bacaan berkenaan.
Kepalanya ditoleh ke sana dan ke mari.
"Pst, Syaf!"
Panggilan itu memancing deria pendengaran kepunyaan Inah. Apabila dia mengenali si empunya gerangan, senyuman terukir di sebalik cadar.
"Abang Syed..."
Figura di sebalik pokok bunga itu didekati, "Macam mana abang tahu rumah ni? Aduh! Kalau Abang Iq dan ibu tahu, habislah Syaf."
"Hmm... kerinduan abang terhadap Syaf la yang buat abang temui rumah ni." Syed tidak lepas memandang si gadis pujaan. Ingin sekali dia peluk dan kucup semahunya. Namun apakan daya, mereka belum halal.
"Abang, ini semua tak betul. Abang kena pergi dari sini, nanti Abang Iq dan ibu akan marahkan abang. Syaf tak nak marakkan lagi kebencian diorang pada abang. Lebih-lebih lagi, ibu."
"Syaf, abang dah nekad. Abang akan pinang Syaf dalam masa terdekat ni."
"Ha? Pinang? Tapi, bang..."
"Abang tahu, kita punya rasa yang sama. Syaf tak boleh tipu abang. Cukup lama abang setia dengan Syaf jadi jangan kecewakan abang lagi."
"Err... Syaf tak yakin diorang akan restui kita, bang. Lagi pun, Syaf masih anggap Abang Syed ni macam abang kandung Syaf sendiri. Jadi... tentu kita tak boleh nikah."
"Syaf... abang cintakan Syaf dan abang tahu, Syaf juga cintakan abang. Jadi takkan ada sesiapa yang boleh pisahkan kita lagi. Apa nal jadi, jadilah. Janji Syaf akan jadi milik abang. Abang tak kira."
"Inah! Inah! Mari masuk, nak. Tak lama lagi nak hujan. Nanti kena hujan, demam pulak kamu tu..." Suara Syarifah memutuskan perbualan mereka.
"Alamak! Ibu dah panggil. Err... abang. Syaf masuk dulu. Abang pergilah balik. Nanti ibu nampak, melenting pulak dia."
Syed dibiarkan dengan rasa kecewa sekali lagi. Dia hanya memandang tubuh gadis itu menghilang ke dalam rumah.
'Susah sangat ke Syaf nak terima abang? Kita tak ada pertalian darah apa pun. Hmm...' Hanya bisikan kecil yang bersuara di sanubari.
Dengan lemah, Syed terpaksa kembali pulang ke rumah. Dia nekad untuk menyunting gadis itu sebagai permaisuri hatinya. Ya. Begitulah gumpalan tekadnya.
Diterbitkan pada 20 Januari 2020
Wah, wah! Marathon update pulak kekura ni. Macam nak ending aje. 🤣🤣🤣🤣
Haha... oklah. Tata. Muah cikit
٩(๛ ˘ ³˘)۶♥
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...