Sejak kejadian terdail nombor itu,fikirannya buntu...rasa diri tak bermaya...dalam kelas pun dia tak dapat nak fokus...
Soalan dalam kertas ujian pun, dia jawab acuh tak acuh...Ada dua orang yang perasan akan perubahan gadis itu...
Wajah gadis itu sembap...
Dahlah tak ceria seperti selalu,kerap pula diam menyepi...Aulia mengeluh seketika...
"Kenapalah dengan kawan aku ni?asyik moody jer..."
😕Takkanlah dia nak tanya dekat Syed plak kan???
Seganlah wei!!!
Lelaki itu kan crush dia...
Em...tapi dia tak pernah plak nampak Syaf sesenyap begitu...Nampak sangat sahabatnya itu ditimpa masalah yang besar...
Tapi pasal apa pula kali ini????Hem!!!
*****
Di suatu sudut lain juga kelihatan seorang lelaki berkaca mata asyik memerhati si pujaan hati...
Sungguh!
dia tidaklah menyukai keadaan sang gadis itu....tapi siapalah dia nak masuk campur tiba-tiba...jangan kata nak memujuk dan menceriakan,bersoal tanda ambil berat pun tak terdaya rasanya...Cukuplah dia cuma memerhati dari jauh...
Habis tu bagaimana pula dengan perasaan kasihannya tika ini???
Tak rela dia melihat gadis itu berduka cita...'Syaf..kalau kau sudi..aku boleh jadi tempatmu meluah masalah...aku rela kau jadikan aku tempat melepaskan amarah dan geram...asalkan kau gembira seperti selalu...aku tak sanggup dan tak suka kau macam ni...aku tak sedap hati..apa-apa pun masalah kau,aku harap kau tabah hadapinya..aku siap jadi si pungguk asalkan kaulah bulan yang menerangi malam-malamku...walaupun kau tidakku milikki...'
Kata-kata itu cuma terluah dalam jiwa lelakinya...Erfan tak tahu sampai bila lagi dia harus memendam rasa...dia bukan tidak kenal akan abang Syaf itu,protektif sangat...sesiapa saja yang ingin berteman dengan adik dia itu,perlu persetujuan dari Syed...terutama sekali lelaki...
Keluhan berat terkeluar dari mulutnya...
Kaca matanya ditanggalkan sebelum mengelap perlahan menggunakan hujung baju sekolahnya...Fikirannya asyik berputar ligat memikirkan si bunga hati...
Kaca mata tadi dikenakan semula...
'Apa perlu aku bertanya pada Syaf pasal hal yang membuatkan dia muram tu?'
tapi mahu ke si Syaf tu nak berborak mesra dengannya...?sedangkan dalam sebulan saja cuma kurang 10 kali mereka berbicara...
Erfan sedar akan dirinya yang bukan siapa-siapa itu...
#########
Hari ini dia nekad!!!
Apa-apa yang akan jadi pun dia dah tak kisah asalkan hajat sang ibu tercapai...
Walaupun dia harus menanggung malu sekalipun...Dia buat semua ini demi ibunya...
Ya!
Demi ibu tercinta...Perlahan dia mendekati seseorang tapi langkahnya terhenti tatkala seseorang itu mula berbicara dengan rakannya pula...
Dia cuma menunggu sambil memerhati..
.............
"Mokh...sampai bila kau nak mengelak dengan aku ni?kau jangan jadi macam budak-budak boleh tak?jenuh aku nak kejar kau,pujuk kau...aku tak retilah wei!dah-dahlah tu merajuk...aku tak laratlah nak macam ni terus...kau dah tak kasihan dekat aku ke???makan kat kantin tak berteman,pergi toilet seorang diri...sedangkan kau pula sepi jer..kadang-kadang tu hilang dari radar..kau ni marahkan si Arif tu,jangan babitkan aku sama,boleh tak???"
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...