SEUSAI purdah diikat, gadis itu mengambil beg kain sebelum berlalu keluar menuju ke pasar. Sejak seminggu yang lalu, dialah yang menjadi tulang belakang sang ibunda tercinta untuk berbelanja barangan dapur.
Tidak lama dia membelek bahan masakan, ada sebuah suara yang tembus di corong telinganya.
"Err... Syaf." Lantas gadis itu berpaling.
"Abang Syed."
Lelaki itu tersenyum manis tanpa henti. Maklumlah, buah hati di depan mata. Seakan terubat duka laranya.
"Syaf seorang je? Syafiq mana?"
"Hmm... Abang Iq dah mula bekerja. Jadi cuma Syaf jelah yang jalan ke sini. Lagi pun, ibu tak berapa sihatlah, bang."
"Oh, macam tu." Syed mengangguk sambil membelek makanan ringan.
"Err... ayah apa khabar?" soal Inah perlahan. Dah lama dia ingin tanyakan hal itu, tapi tak berkesempatan pula. Mujur kali ini, dia ingat.
"Alhamdulillah. Ayah baik aje. Cuma ayah tak balik ke Malaysia bersama abang. Ayah kena uruskan syarikat dia kat sana. Em... kenapa Syaf tanya? Rindukan ayah ke? Kalau rindu, marilah kita balik ke New York sama-sama. Amacam?"
Inah tertunduk, "Kita bukan lagi adik-beradik, bang. Jadi cuma sampaikanlah salam sayang Syaf buat ayah. Syaf rindukan orang yang dah banyak berjasa dengan Syaf selama ni."
Syed terdiam seketika sebelum cuba menghiburkan bekas adik angkatnya itu, "Syaf boleh je jumpa dia tapi sebagai menantu dia. Hahaha..."
"Haish, abang ni. Tak habis-habis." Inah berlalu ke rak makanan segera sambil diikuti oleh Syed.
"Syaf, abang tak main-main dengan perasaan abang pada Syaf. Susah sangat ke Syaf nak terima abang sebagai bakal suami Syaf?"
Inah memejamkan mata buat seketika sebelum berbicara, "Bukan Syaf tak mahu, bang. Tapi apa yang jadi dekat kita dulu, ia memberi kesan pada Abang Iq dan ibu Syaf. Diorang tak mudah nak maafkan abang. Apatah lagi nak terima abang sebagai bakal suami Syaf."
"Abang akan berjumpa dengan Syafiq dan minta restu pada ibu Syaf. Abang akan buktikan yang abang boleh jaga Syaf."
"Dah la, bang. Lupakan aje bekas adik abang ni. Masing-masinglah kita bina hidup yang baru."
Dahi Syed berkerut, "Abang cuma nak bina hidup baru dengan Syaf je. Abang tak nak yang lain."
"Tak boleh, abang. Abang tu, tunangan orang. Kak Atika pulak tu. Syaf tak sampai hati nak rampas kebahagiaan perempuan lain semata-mata keinginan Syaf. Syaf sendiri tak mahu kebahagiaan Syaf dirampas, bang. Mengertilah."
"No, Syaf. Abang dah putuskan pertunangan tu. Pertunangan tu bukannya kehendak kami, Syaf. Percayalah kat abang."
Inah menggeleng. Jauh di dasar hati, dia faham akan perasaan seorang gadis yang menyintai satu-satunya lelaki sejak dahulu lagi. Ah! Kegusarannya menimpa-nimpa. Dia rasa serba salah sangat-sangat.
"Syaf..." Inah berlalu menuju ke kaunter pembayaran tanpa mempedulikan lelaki itu.
Mereka senyap buat seketika.
"Mari abang hantar Syaf pulang." Syed mempelawa selepas Syed membayar barangan dapur tersebut.
"Takpelah, bang. Syaf boleh balik sendiri. Nanti ibu nampak abang, mengamuk pulak dia."
"Memang abang nak jumpa dengan ibu Syaf pun."
Membulat mata gadis itu, "Abang! Abang jangan jadi gila. Masanya tak sesuai lagilah, bang."
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...