HaLaMaN 55

75 6 3
                                    

"APA lagi yang difikirkan tu, Syed? Sampai kau tak perasan aku kat sini."

Mokhtar melangkah mendekati teman sekelasnya itu apabila tiba di rumah Syed.

"Hmm... aku dah jumpa dia, Mokh. Dia dah kembali."

Mokhtar menaikkan kening, "Dia? Siapa yang maksudkan?"

"Syaf." Senyuman Syed tidak lekang di bibir tatkala nama itu disebutnya.

"Ha, Syaf? Dia dah balik ke Malaysia? Bi... bila dia sampai? Ak... aku tak tahu pun."

"Tadi petang aku terserempak dengan dia dan Syafiq kat Giant. Haih. Tak sangka pulak aku yang dia sekarang  ni dah pakai purdah, tau?"

Mokhtar setia mendengar sambil menghadam. Kata-kata Syed sudah tidak tembus di telinganya kerana ada sesuatu yang menghalangi.

"Kau nak tau, Mokh? Dia lebih cantiik daripada dulu. Aku yakin. Lepas ni, aku tak nak kehilangan dia lagi. Aku akan kahwin dengan dia secepat yang mungkin."

"What? Kah... kahwin? Ka... kau biar betul, Syed?"

"Eh... betullah. Kau jugak yang nasihatkan aku suruh kahwin cepat, kan? Ha, sekarang adalah masa sesuai dan orang itu adalah Syaf. Gadis pujaan hatiku. Huhu."

"Oh. Hmm... aku... balik dululah, Syed."

Syed kehairanan, "Aik, kau dah nak balik? Cepatnya. Kau kan baru je datang."

Mokhtar bergegas menuju ke kereta, "Aku baru teringat yang aku ada kerjalah, Syed. Aku balik dulu."

"Ha, yelah. Hati-hati."

Tanpa banyak bicara, Mokhtar memandu pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, fikirannya runsing. Akal dan hatinya tidak seiring serta tidak senada.

'Huh! Syaf dah kembali. Ini bermakna, aku boleh jumpa dia lagi. Tch... tapi macam manalah aku nak cakap dekat Aulia ni? Dia tak pernah tahu pun pasal ni. Aduh!'

Kekusutan berkenaan membelit sanubari suami orang itu. Terjentik juga kenangan lalu apabila nama gadis itu diseru. Lalu, bagaimana pula dengan hal rumahtangganya?

***

SELESAI pinggan dibasuh, Inah berlalu naik ke bilik tidur. Berlabuh sahaja punggungnya di sofa single itu, mulalah fikirannya menerawang teringatkan peristiwa petang tadi.

Knock! Knock!

"Inah?"

"Masuklah, Abang Iq. Pintu tak kunci tu."

Syafiq masuk ke ruangan itu seraya duduk di birai katil, "Adik abang ni dah kenapa? Fikir pasal Syed ke?"

Hal itu adalah salah satu penyebab Inah percaya dan menyayangi si abang kandung. Dia pintar menebak isi hati atau pun permasalahannya di waktu itu.

"Inah tak habis fikir pasal dia, bang. Dia... luahkan perasaan dia pada Inah. Ma... macam mana ni, bang?"

Syafiq cuba menenangkan diri, "Inah kena hati-hati. Jangan sampai ibu tahu. Ibu anti dengan dia sejak dulu lagi. Jadi jangan buat yang bukan-bukan."

"Tapi abang, Inah nak sangat jumpa dia lagi. Abang tolonglah Inah, bang?" Gadis itu mula merayu.

"Abang tak boleh bersubahat tentang hal ni. Kalau ibu tahu, ibu mesti rasa marah dan sakit hati. Inah, please... dengar cakap abang. Jangan jumpa dia lagi."

Bebola mata Inah membulat, "Abang! Takkanlah macam tu sekali?"

Syafiq mula berdiri, "Cukup, Inah! Jangan nak membantah cakap abang. Abang kata tak boleh dan jangan jumpa dia lagi tu, ikut aje cakap abang. Ini semua demi kebaikan korang berdua jugak." Seusai dia berkata sedemikian, kaki diatur menuju keluar.

Dibiarkan si adik menangis seorang diri.

"Sampai hati abang buat adik abang macam ni. Inah tak buat apa-apa pun. Inah cuma nak jumpa Abang Syed sekali aje lagi. Sekali aje, bang..."

Syafiq di sebalik  pintu mendengar akan ayat itu dengan alunan esakan kecil.

'Maafkan abang, Inah. Ibu takkan pernah restui hubungan korang berdua. Percayalah.'

***

BUNYI deringan penggera di telefon pintarnya itu menyebakan dia terjaga secara drastik.

Tatkala skrin disentuh, terbeliak biji matanya, "Alamak! Aku dah lambat!"

Langsung sahaja tubuhnya masuk ke dalam bilik air. Mandi ala kadar sahaja kerana waktu tidak mengizinkan.

Setelah mengenakan pakaian, lelaki itu memakai jam tangan dengan kelam kabut. Sebelum keluar, dia meneguk sedikit air susu lalu menggigit sekeping roti.

Kunci motor dipulas seraya bergerak ke tempatnya mencari makan. Mujur bangunan berkenaan tidak jauh dari rumah. Hanya mengambil masa 25 minit untuk sampai ke perpustakaan.

"Woi, Erfan! Kau asyik lambat datang aje. Kenapa, ha?" suara Khairul, teman sekerjanya itu memecahkan keheningan pagi.

"Hehe... aku lambat bangun. Sorrylah." Erfan buat senyum kambing.

Khairul menggeleng, "Haih, kau ni. Nasib baik mem besar takde. Kalau tak, jangan tanya kenapa kau cuci tingkap satu bangunan ni."

"Amboi, kau. Hiperbola sangat. Dahlah. Aku gerak dulu. Nanti singa betina terkam aku pulak." Erfan naik ke tingkat dua dengan segera.

***

LEMBARAN yang orang di hadapannya belek itu membuatkan dia berasa tidak aman.

"Dah kalau abang tak nak baca buku, kenapa nak jugak datang sini?"

Syafiq menutup kembali buku ilmiah tersebut, "Abang cuma nak pastikan yang adik abang ni tak melencong kat tempat lain. Itu aje."

Inah menggulingkan mata. Meluat.

"Eh, abang ni. Tak adanya Inah nak gatal berjalan ke sana ke marilah. Adik abang ni pun tahu jaga diri, tau?"

Syafiq buat-buat tidak dengar, "Manalah tahu Inah merayap keluar dengan Syed. Almaklumlah kan, orang tengah hangat bercinta. Huhuhu."

"Haish. Susahlah bercakap dengan orang yang faham ni." Inah bangun dari kerusi sebelum menuju ke rak novel. Setelah sepuluh minit memilih dan membelek buku, dia kembali ke meja tadi.

"Ha, jomlah kita balik. Inah dah habis pilih buku ni."

Telefon pintar yang sejak tadi Syafiq pegang, dimasukkan ke dalam kocek seluar sebelum mengangkat 10 naskah buku.

Sesampainya mereka berdua di kaunter peminjaman, kad pengenalan Inah disuakan kepada petugas.

"Syaf?" Petugas yang berjantina lelaki itu memanggil namanya. Perkara tersebut menyebabkan Inah terkelu.

Fikirannya cuba memproses gerangan si empunya wajah, namun tiada yang setara.

"Maaf. Encik kenal saya?"

Lelaki itu tersenyum, "Ini sayalah Syaf, Erfan. Tak ingat?"

Ah, sudah. Habis seorang, seorang lagi dia ketemu. Entah esok atau lusa, siapa lagi yang dia jumpa secara tak sengaja ni.

Syafiq mencerlung tajam, 'Ada yang tak beres ni. Siapa pulak budak ni?' soalnya dalam hati. Musykil.

Diterbitkan pada 20 Januari 2020

Dengan kerajinan dan idea yang mencurah, kekura usahakan untuk update lagi dan lagi. Terima kasih kerana setia dengan cerita ni. Syaf dan Syed dah ketemu. Cuma ada banyak lagi penghalang. Apakah ia? Nanti kekura sambung... 😂😂😂😂

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now