HaLaMaN 62

80 6 5
                                    

SYAFIQ menundukkan wajahnya sebaik menyampaikan hasrat Syed Syarif untuk menemui sekaligus meminta restu daripada ibunya itu. Debaran di dada anak muda tersebut semakin menggila. Hendak meletup pun ada juga dek riak serius yang dipamerkan oleh Syarifah.

"Berani betul budak Syed tu selepas macam-macam dia dah buat pada keluarga kita. Huh! Tak serik-serik dia tu."

"Ibu..."

"Iq jangan nak sebelahkan dia lagi. Ibu dahulu makan garam jadi ibu cukup faham dan tahu semuanya. Iq tak terfikir ke kalau si Syed tu jadi suami Inah nanti? Entah-entah, Inah pun dia ajar yang bukan-bukan. Iq nak ke jadi macam tu? Ibu tak yakin ilmu agamanya yang boleh kita harapkan. Jadi ibu tak nak 'lepaskan' Inah pada dia."

Syafiq menikus sudahnya. Perit sekali kata-kata yang keluar dari bibir permaisuri hatinya itu. Ia bak belati nan tajam. Cukup pedih serta menyakitkan. Bagaimana jika si empunya nama mendengarnya?

Mahunya lelaki berkenaan menanam kesumat dendam nantinya.

"Tapi, ibu. Niat Syed kan baik. Lagi pun, dia dah tak baran lagi macam dulu. Iq nampak perubahan dia. Tolonglah percayakan dia, bu. Kali ni je. Ibu izinkanlah dia menemui ibu dan memohon maaf di atas segala apa yang terjadi sebelum ini. Kasihankan Syed, ibu. Dia dah lama cintakan Inah."

Syarifah memeluk tubuh, "Amboi. Senang je dia nak minta maaf. Masa mengamuk dulu, bukan dia fikir untuk hormat inu. Huh! Iq pun satu. Budak Syed tu Iq kasihankan. Habis tu, Inah? Dia adik perempuan kamu, Iq. Satu-satunya anak perempuan ibu yang ibu punya. Samalah macam Iq. Ibu nak yang berdamping dengan anak-anak ibu adalah daripada golongan baik-baik bukan datang daripada keluarga yang entah apa-apa tu!"

Terperanjat Syafiq apabila sang ibu berbicara sedemikian, "Astagfirullahalazim, ibu. Janganlah kata macam tu. Ayah Syed kan teman baik arwah walid. Takkan ibu nak cop dia sampai macam tu sekali?"

"Ha, tengoklah diri kamu tu, Iq. Entah apa yang budak Syed tu dah racunkan dalam fikiran kamu sampai Iq merayu macam ni pada ibu. Langsung tak fikir masa depan Inah apalagi perasaan ibu yang melahirkan kamu."

Syafiq lantas memeluk kedua kaki bonda tercinta seraya memohon ampun, "Maafkan Iq, ibu. Bukan maksud Iq nak lukakan hati ibu. Ampunkan Iq lagi sekali. Tapi ibu, tolonglah bagi belas ihsan sedikit kepada Syed dan Inah, bu. Iq merayu pada ibu. Tolonglah mereka, bu. Restuilah mereka."

Dada Syarifah kian berombak kencang. Secebis kisah lalu tidak dapat dia tepis begitu sahaja. Wanita itu berusaha menjernihkan akal serta hatinya lantas mengutarakan kata putus.

"Baiklah. Kalau itu yang Iq pinta daripada ibu, ibu izinkan Syed temui ibu..."

Syafiq sudah mengucap rasa syukur, "Alhamdulillah. Terima kasih, ibu."

Syarifah beriak tanpa perasaan sebelum bersuara, "Tapi ibu punya satu syarat."

Si anak mengangkat wajah sambil terpinga-pinga, "Syarat? Apa dia, ibu?"

Syarifah menyuarakan isi hatinya dan ia membuatkan Syafiq terperanjat.

***

ENTAH mengapa Syed rasa terpanggang dengan situasi tika ini. Ya. Memang benar dia telah bersemuka dengan Syarifah, tetapi bukan begini caranya.

"Saya bagi tempoh sebulan. Kalau kamu macam-macam, saya akan tunangkan anak gadis saya dengan Firdaus." Dengan selamba Syarifah berbicara sedemikian tanpa mengendahkan tiga pasang mata yang duduk di ruangan berkenaan.

"Sebulan, bu?"

"Ibu dah tetapkan tempohnya, Iq. Jadi jangan nak membantah cakap ibu. Kalau dia setuju, kita teruskan. Kalau tak, jangan susahkan diri dia..." Terselit sindiran di sebalik butir bicara Syarifah.

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now