HaLaMaN 49

80 10 5
                                    

RAMAI yang lalu-lalang di hadapannya kini, akan tetapi kedua lelaki yang teramat dia rindui itu tidak memunculkan diri. Keluhan terluah juga akhirnya.

"Syaf..." Bahunya disentuh lembut lalu memalingkan muka ke kanan.

"Ib-ibu... Syaf tunggu diorang..."

Syafiq perlahan menunduk. Entahlah. Wajarkah dia terasa hati di waktu itu? Dia tiada daya untuk melihat adik kandungnya bersedih. Tapi apalah sangat yang mampu dia buat?

"Mereka takkan datang,  sayang. Hurm... mari kita pergi." Syarifah memujuk untuk kesekian kalinya.

Mata Syaf berkaca, "Tapi bu..."

"Syaf, tunggu!"

Lantas tiga pasang anak mata menangkap kelibat seseorang yang sedang berlari ke arah mereka.

Syaf mara beberapa langkah lalu mendepakan tangannya.

"Syaf, aku mesti kesunyian lepas ni.  Kau seorang je kawan baik aku. Tsk... tsk..."

Pelukan terlerai. Pipi kedua gadis yang berumur 17 tahun itu basah dengan air mata. Masing-masing berat hati ingin melangkah ke zon perpisahan.

"Kau janganlah nangis lagi. Aku janji yang aku akan cari kau bila aku dah selesai belajar dan kerja. Kita takkan lost contact pun. Ki-kita berdua tetap kawan baik."

Aulia terharu seraya memeluk Syaf lagi sekali. Ingin dijadikan sebagai bekal dan kenangan apabila berjauhan nanti. Tambahan pula panggilan terakhir bagi penerbangan ke Cairo, kini bergema.

"Syaf, kita dah nak berlepas dah ni." Syarifah mengingatkan lagi menyebabkan Aulia terpaksa melepaskan pemergian teman baiknya itu.

"Syaf, jaga diri. Aku sayangkan kau sangat-sangat!" jerit Aulia sambil melambaikan tangannya.

Gadis itu mengangguk, "Kau juga, Aulia. Kau tetap kawan baik aku. Tolong jagakan Abang Syed dan ayah untuk aku."

Kelibatnya lesap dari pandangan seusai amanat tak rasmi itu kedengaran. Aulia menyembamkan mukanya di dada bidang ayahnya.

"Sudahlah, nak. Jangan sedih lagi. Kita sama-sama berdoa agar kamu berdua boleh bertemu lagi."

"Lia dah tak ada kawan, ayah..."

"Sabarlah, sayang."





KNOCK! Knock!

"Syed, ini aku. Kau keluarlah, kita makan bersama. Ayah kau kata, kau dah tiga hari tak makan nasi. Haih. Janganlah begitu, Syed. Syed, oh Syed!"

Mokhtar menggelengkan kepalanya beberapa kali apabila berhadapan dengan Syazwan.

Lelaki tua itu meraup wajahnya. Dia kesal. Sejak dia memberitahu bahawa bekas anak angkatnya telah berpindah ke luar negara, dari situ jugalah Syed mengurungkan dirinya di dalam kamar.

Kadang-kala, terdengar akan jeritan, bunyi barang-barang yang pecah dan berkecai serta tangisan di malam hari. Dia sedar akan silapnya sehinggakan anak lelakinya itu bertindak sedemikian.

"Syed, bukalah pintu ni."

"Tak mengapalah, Mokhtar. Lain kalilah kamu pujuk dia lagi. Huh! Pak cik sendiri pun dah putus harapan dah ni."

"Eh! Jangan kata begitu, pak cik. Saya akan cuba bercakap dengan Syed. Saya tahu, dia dengar."

Knock! Knock! Pintu bilik kembali diketuk olehnya. Namun, penghuni di dalam ruangan itu tidak berganjak mahupun bersuara.

Naik kematu juga tangan Mokhtar tapi dia tetap berusaha memujuk.





ANGIN malam dibiarkan menyapa batang tubuhnya. Dia tidak peduli akan aksesori dan juga barang-barangnya yang bertaburan di lantai mozek tersebut. Fikirannya bercelaru dan berserabut. Jiwanya kacau-bilau akibat penangan ketiadaan Syaf sebagai adiknya di sisi.

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now