HaLaMaN 52

90 7 3
                                    

LANGIT yang berwajah mendung itu menggusarkan hati kepunyaan seorang gadis. Kenderaan awam pada waktu sedemikian, amat kurang memunculkan diri. Dia menjadi khuatir akan terlewat untuk kembali ke rumah.

Langkah kaki terpaksa diatur dengan laju. Degupan jantung sudah semakin tidak mengikut temponya. Seakan-akan alamat yang tidak baik datang berkunjung. Derap tapak kasut yang tidak jauh dari arah belakang, membuatkan gadis itu semakin mempercepatkan jalannya sehingga menjadi sebuah larian kecil.

'Ya Allah, lindungilah aku...' doanya dalam hati.

Bunyi guruh mula memecahkan suasana hening di situ. Buku yang dipegang serta beg tangan itu dipeluk seerat-eratnya. Takut dia akan diapa-apakan apabila jejak langkah penghuni di belakang semakin pantas mengekori.

"Adik jalan sorang aje ke? Tak nak abang temankan?"

Aulia berlari kencang tatkala sapaan itu masuk ke lubang deria pendengarannya. Dia takut.

Tubuhnya menggigil. Lebih-lebih lagi apabila sosok orang itu menarik lengan si gadis dengan kuat sehingga terdorong dia ke belakang.

"Hehe..." Lelaki yang tidak dikenali itu mengukir senyuman yang sinis sambil menjilat bibir.

Aulia cuak, "Lepaskan akulah!"

***

TELAPAK tangan kanannya dihalakan ke hujung bawah atap perhentian bas. Hujan semakin lebat dan mengganas. Lelaki itu mengeluh sudahnya.

Tiba-tiba tidak jauh dari tempatnya berdiri berkenaan, dia terdengar akan sebuah jeritan.

"Tolong! Lepaskan akulah!"

Pada mulanya, dia hanya mengabaikan. Namun tidak sampai sesaat, suara tersebut seakan dia kenali. Lantas kaki diorak laju ke tempat kejadian.

Dalam samar-samar dan hanya diterangi dengan pancaran kilat, dia mendapati ada mangsa yang sedang dikasari. Tanpa banyak bicara, penyepak sulung dihadiahkan kepada si pelaku.

Buk! Penumbuk hinggap lagi bertubi-tubi. Ia berlanjutan sehingga penjahat tadi berlari sambil memegang perutnya.

"Kau okey, tak? Ada cedera dekat mana-mana ke?"

Gadis itu menangis sambil mengangguk. Tubuhnya dipeluk kerana kedinginan. Tambahan lagi, dia menjadi trauma.

"Ter... terima kasih, Mokh..."

Mokhtar mengangguk, "Jom, aku hantar kau balik."

Aulia hanya menurut. Mokhtar membuka jaket kulitnya sebelum memakaikan pada tubuh gadis berkenaan. Teksi ditahan dan serta-merta, mereka masuk ke dalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan, tiada butir bicara yang keluar. Hanya sepi dan mereka masing-masing cuma melayan perasaan. Sesampainya di rumah ibu bapa Aulia, kedua orang tua itu menjadi tidak keruan.

"Terima kasihlah, nak sebab tolong anak mak cik."

"Takde apa, mak cik. Dah tanggungjawab saya. Kebetulan masa tu, saya ada dekat stesen bas."

"Kamu tak nak masuk dulu ke, Mokhtar?" soal ayah Aulia sopan.

"Err... rasanya, tak perlulah. Saya kena balik sekarang. Nanti mak ayah risau pulak."

"Ha, baiklah. Terima kasih lagi sekali ya, Mokhtar..." ucap kedua orang tua itu serentak.

"Takde hal, mak cik, pak cik. Baiklah, saya minta diri dulu."

Sebelum berpisah, Mokhtar dan Aulia beradu pandangan nan lembut.

'Terima kasih, Mokhtar...'

Mokhtar seakan mengerti seraya mengangguk.

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now