"SAYA nak duit hantaran sebanyak RM100 000 serba dua. Saya juga nak 20 dulang barang-barang kelengkapan anak saya. Selepas dia bernikah, kamu berdua kena tinggal di sini. Jangan sampai anak saya tidak cukup makan dan keperluan lainnya. Kalau kamu berani naik tangan dengan dia, saya akan bunuh kamu!"
Syed meraup wajah seketika di saat terkenangkan hal itu. Fokus pemanduannya terganggu apabila muncul lagi suara ibu kepada Inah tersebut.
"Lagi satu. Dalam masa sebulan tu jugak, kamu kena perdengarkan kepada kami hafaz quran kamu. Satu hari satu juzuk..."
Kali ini, pemuda berkenaan menongkat lengan kanannya di tingkap kereta. Ah! Syarifah memang sengaja menyeksa Syed kerana beliau tahu bab agamanya tidaklah seberapa.
Sudah terang lagi bersuluh akan wanita itu sukar untuk merestui niat suci miliknya.
"Syaf... macam mana abang nak dapatkan kamu ni? Bab hantaran saja dah buat abang kebingungan. Tapi itu okey lagi. Cuma bab satu lagi tu... hmm." Syed berbicara seorang diri.
Tiba-tiba, dia teringat akan kata-kata Mokhtar sebentar tadi mengenai bonet kenderaannya yang tidak tertutup rapat. Dia mengambil keputusan untuk memberhentikan kereta Toyota Viosnya di bahu jalan sebelum memeriksa ke bahagian belakang.
Sebaik penutup bonet dibuka, satu figura memeranjatkan Syed.
"Astaghfirullah al azim! Maria?"
***
"MAMA, tolonglah mengerti. Syed sememangnya tak ada hati dengan Ika pun ma. Dia mencintai gadis lain jadi kita biarkanlah dia pilih jalan hidup dia sendiri."
"Kamu terlalu membela Syed, Atika. Mama tak peduli, pertunangan kamu tetap diteruskan. Kalau boleh, kamu nikah je dengan dia minggu depan. Biar dia tahu rasa tanggungjawab sedikit dengan kamu, Atika. Bukan buang kamu macam kain lap!"
Atika sudah teresak-esak tatkala berita terputus sudah pertunangannya dengan Syed itu sampai ke telinga kedua orangnya. Hal tersebut mengundang amarah ibu bapa Atika lalu mengamuk sakan.
Atika sedar dan cukup sedar. Tidak mahu lagi dia 'mengikat' si lelaki pujaan dengan status tunang. Dia sendiri yang menanggung derita apabila tidak dilayan seumpama sedemikian. Tunang hanya pada nama tetapi hati lelaki itu telah dirajai oleh seorang gadis yang lain.
Puas Atika memujuk diri untuk ikhlaskan segalanya. Namun malangnya, berita buruk itu umpama mimpi ngeri bagi kedua orang tuanya pula.
"Kalau kamu tak nak pujuk Syed untuk nikah dengan kamu, mama akan buat dia mahu bertanggungjawab. Huh! Syed akan kalah bila mana ayahnya kita ugut untuk tarik balik semua share mama dan papa kat syarikat tu. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Senang-senang je dia ambil keputusan sendiri..."
"Mama, jangan! Tolonglah, mama! Jangan buat Syed dan ayah dia macam tu. Ingat Allah, ma!" Atika sudah memeluk kedua kaki ibunya.
"Dia yang nak sangat main api, kan? Ha. Mama akan 'bakar' semua impian yang dia sanjung-sanjung selama ini."
Seusai berbicara sedemikian, Puan Aisyah keluar dari biliknya. Dibiarkan anak gadis itu berendam dengan air mata. Beliau tidak akan sekali-kali membiarkan Syed terlepas begitu saja!
***
INAH bermain dengan jemarinya. Kopi yang diteguk oleh si ibunda tercinta itu hanya diperhatikan lama.
"Inah nak macam mana lagi? Inah nak ibu senang-senang terima Syed? Huh! Cukuplah dulu dia buat Inah macam mana. Takkan sesekali ibu nak terima lelaki sebegitu untuk Inah. Ingat itu!"
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...