HaLaMaN 46

156 9 4
                                    

Dunia Syaf seakan kelam.Dia langsung tak percaya akan hal yang baru seketika tadi dia dengar.Fikirannya bercelaru namun Arif menunjukkan bukti-bukti kukuh melalui gambar serta dokumen tersebut yang lelaki itu simpan beberapa hari yang lalu...

Ini semua demi menghancurkan Syed.Dendamnya pada abang gadis ini menebal sejak dirinya dipermalukan sewaktu majlis hari jadi Aulia,sepupunya itu.Sejak malam itu dia mencari tahu akan maklumat keluarga Syed dan merencanakan sesuatu di samping hidup berfoya-foyanya...

Air matanya menitis dan dia perlahan bangun dari duduk sebelum berjalan masuk ke dalam..

Arif tersenyum kemenangan..'Syed,Syed..Tak lama lagi kau terimalah pembalasan dari aku.Hmmph!Tak sabarnya nak tengok orang yang kau sayang,benci dekat kau...'
Sampul putih itu dikucup seketika dan dia segera pergi.Sepertinya Arif sudah tahu apa yang bakal terjadi..

________________________

"..kau memang tak layak jadi abang kepada Syaf!!!"Lantang Syafiq berkata..

Seorang gadis terkaku tatkala mendengar akan ayat itu..Beberapa ketika barulah kehadirannya disedari..
Mokhtar yang terbeliak,sudah memukul bahu sahabat baiknya itu untuk menghentikan perbalahan..

"Syaf!!"Laung Syed sebelum memeluk erat sang gadis.Semua mata memandang ke arah mereka dan peluh telah menitis laju kerana khuatir Syaf dengar akan isi perbualan mereka sejak tadi.Syafiq berserta ibunya,Syarifah turut tergamam melihat pesakit yang seorang ini.

"Ab..em,Abang..Apa dah berlaku ni?Kenapa dengan ab..abang Syafiq?"Tanyanya seketika kerana dia jadi binggung dengan suasana tadi sebab dia sempat mendengar ayat terakhir dari mulut atlet itu.Mokhtar dah teguk air liur kasar..'Syaf dengarke tadi??'

"Oh!Tak ada apa-apa..Adik dari mana tadi?Lain kali jangan suka jalan seorang diri,bahaya!"Semakin erat pelukkan Syed tapi tidak sedikit pun adiknya itu membalas..

"Jom kita pergi,bu!"Dengan sedikit payah,Syafiq menarik perlahan lengan si ibu untuk mengikutinya.Dia tidak sanggup melihat adegan itu.Berdosakah dia membiarkan mahramnya disentuh oleh lelaki lain?Jadi selama ini dia banyak tanggung dosa adiknya sendiri.Entahlah!Susah nak diperjelaskan tapi Syarifah mengikuti sambil memapah anak sulungnya itu.

Kelihatan Shazwan meraup muka sebelum beriak biasa.."Eh!Apa lagi tercegat dekat situ Syed?Bawa adik kamu masuk ke biliknya.Dia mesti rehat dengan cukup.."

"Mari dik.Kita masuk ya.Kat sini udara dia tak baik.Adik tu masih tidak sihat lagi.."Syed memeluk bahu Syaf mengiringinya ke katil pesakit.Sedangkan soalannya tadi langsung tidak dijawab.
Dalam benak Syaf saat ini sangat binggung tapi kesihatan tubuhnya tidak mengizinkan dia untuk memikir kemungkinan yang terjadi.Kepalanya sahaja asyik berdenyut dan terasa sakit.

Mokhtar cuma memerhati sebelum dia teringat akan sesuatu..'Ya Allah!Plastik tu tadi..Mana dia,erk?'Dahinya ditepuk pantas sebelum mencari benda alah yang dibawanya tadi...

______________________

"Adik pergi mana tadi?Tahu tak abang risaukan adik??Lain kali kalau nak pergi mana-mana tu,bagitahu abang.Okey?"Jelas terpancar riak risau di wajah Syed sambil membetulkan selimut si pesakit.Ayahnya cuma memerhati.Dia tidak berdaya untuk berkata apa-apa kerana dirinya ditimpa kesedihan.Baran Syed lenyap serta merta apabila berhadapan dengan gadis itu.Jiwa seorang ayah tiba-tiba kacau bilau..

"Abang ni,janganlah risau sangat.Adik tak apa-apalah.Tadi adik cuma pergi ke taman,hirup udara segar.Bosanlah duduk dalam ni..ehe."Sehabis baik Syaf menyembunyikan perasaan yang tidak keruan itu.Wajah Syed ditatap lama..

Mereka berdua bergurau seperti biasa.Namun,Syaf seakan kekok untuk menyentuh tubuh lelaki yang bukan darah dagingnya itu.Apa yang dia ketahui dari Arif tadi,memberi impak sehingga dia tidak boleh nak duduk diam..

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now