HaLaMaN 18

162 16 0
                                    

sudah tiga hari Syed tidak hadir ke sekolah sebab temankan sang adik yang masih sakit.Aulia cuma menemani Syaf sebelah petang hingga ke malam sahaja sebab dia kena bersekolah pada waktu paginya..

hari ini Syaf semakin membaik..mungkin esok dia sudah boleh bersekolah semula..

"lah,Syaf..abang kau pandai imbang bola jugalah..aku baru tahu.sebab selama ni dia tak pernah ikut sukan dekat sekolah tu..aku sangka dia kaki bangku..''luah Aulia yang melihat Syed di halaman rumah dari balkoni bilik Syaf itu..terujanya dia..rasa nak bersorak pula bila lelaki itu kelihatan pakar dalam mengimbangkan bola..ahai..

Syaf tersenyum kejap..

''abang aku tu pandai main bola sepak lah kalau kau nak tahu..em,bola keranjang pun dia pandai..tapi entah kenapa,kalau dekat sekolah dia malas nak tunjukkan kemahiran dia tu..''balas Syaf yang bersandar di kepala katil itu..

mulut Aulia berbentuk 'o'..

sambil ralit memerhati lelaki yang sudah lenjun akibat peluh itu..

* * * * *

wayar yang berselirat itu dipandang lagi..sayu hatinya bila melihat sang ibu dalam keadaan yang sedemikian rupa..'tidur' yang sudah cukup lama itu membuatkan hari-harinya kosong dan sepi tanpa suara sang ratu hatinya itu..

tangan wanita berumur itu dipegang dan dicium sekilas..

''bu,dekat sekolahkan bu..ada budak perempuan yang mata dia sama dengan ibu..nama dia Syarifah Sakinah.Iq rasa yang dia tu ada kaitan dengan keluarga kitalah,bu..em,betulkah yang Iq ni ada adik perempuan,bu?sebab dengan diakan bu,rasa lain macam tau..rasa dekat sangat..apa perlu Iq tanyakan hal itu dekat dia,ibu?''

soalannya itu sepi sebab sang ibu tidak dapat berbicara untuk membalas kata-kata anak sulungnya itu..

tiba-tiba air mata dari tubir mata si ibu,mengalir..

''kenapa ibu menangis ni?sebabkan sakitke,ibu?''tanyanya perlahan sambil mengelap sisa air mata itu..

''maafkan Iq,ibu sebab buat ibu tersinggung.Iq rindu dekat ibu..Iq selalu doakan semoga ibu akan cepat sembuh..Iq sayangkan ibu..''lantas pipi sang ibu dicium pula..

tiada siapa yang tahu dan rasa tentang gelojak si ibu tika itu..

ada sesuatu yang ingin dikatakannya..

banyak hal yang dia ingin beritahu..

ada cerita disebalik yang terjadi kepada keluarga itu berbelas tahun yang lalu..

tapi apa kan daya jika keadaannya waktu itu tidak mengizinkannya untuk bercerita lebih lanjut..tapi akan tercapaikah hajatnya untuk menyatukan kembali keluarga mereka yang terpisah sejak dulu..?

dia tidak pasti..

dia cuma minta diberikan kesempatan untuk melihat kesemua ahli keluarganya yang serba lengkap..

itu saja..

sebelum dia menutup mata..

untuk selamanya..



Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now