HaLaMaN 48

88 8 8
                                    

SYAF nekad melarikan diri pada awal pagi itu. Seusai pakaiannya diisikan ke dalam bagasi, perlahan dia keluar dari banglo mewah berkenaan.

Seketika, ditenungnya tempat itu dengan linangan manik-manik jernih. Manakan tidak, jika di situlah kisah suka dan duka tercipta serta terlakar menjadi sejarah. Pelengkap ceritanya dalam meningkat dewasa.

"Selamat tinggal, ayah dan Abang Syed. Maafkan Syaf. Syaf pergi dulu."

Padahal, keduanya tidak sedar akan pemergian gadis yang amat mereka sayangi berkenaan.

Semasa Syaf berjalan kaki sambil mengheret bagasinya, ada sebuah kereta melewati. Mulanya, si pemandu tidak mengendahkan. Namun setelah dia mengamati figura tadi, segera kenderaannya diberhentikan.

Si pemandu keluar dari kereta sebelum mengejar langkah si gadis.

"Syaf, tunggu!"

 lantas Syaf berpaling. Air mata disekanya pantas sebelum bersuara, "Abang Tinggi..." Entah mengapa nama itu pula yang terlintas.

"Syaf nak pergi ke mana pagi-pagi buta ni? Aish, bahayalah!" Lelaki itu dijentik rasa risau.

Mujur sahaja tergerak hatinya untuk melewati kawasan perumahan elit tersebut. Jika tidak, sudah pasti sesuatu yang buruk akan berlaku pada diri 'si adik'.

Syaf menahan air mata, "Sebenarnya... Syaf lari dari rumah. Tsk... tsk... Syaf tak sanggup lagi hidup macam ni..."

Seraya lelaki itu memeluknya, "Jangan risau, Syaf. Abang ada. Mari ke rumah abang. Ibu abang nak jumpa dengan Syaf sangat-sangat." Bagasi gadis itu dimasukkan ke dalam bonet selepas pelukan terlerai, "Dia rindukan Syaf..." sambungnya lagi.

Syaf angkat kening kiri, "Ha, rindu?"

Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum, "Jom!"






"TAK! Tak mungkin Syaf lari, ayah! Dia sangat sayangkan kita berdua ni. Ergh! Entah-entah dia kena diculik. Syed nak telefon polis kejap."

Syazwan memicit dahi seketika. Kegusarannya semakin bertambah dek angkara kekalutan anak bujangnya itu.

"Syed..."

"Ayah, kita tak boleh biarkan Syaf pergi dari rumah ni. Syed tak benarkan!"

"Syed, tolong bawa  bertenang."

"Tak, ayah. Syed kena juga cari Syaf. Dia adik Syed. Syed sayangkan dia."

"Syed!"

Sekaligus telefon bimbit milik si anak dirampas oleh Syazwan.

"Jangan buatkan ayah tambah serabut lagi, Syed... huh!"

Biji halkum di batang leher Syed bergerak-gerak. Ayatnya tersekat. Kelu. Dia bingung tika ini. Apa dah jadi pada dia?

"Maafkan Syed, ayah. Tapi Syed akan cari adik Syed kembali," tuturnya lagi seraya mencapai hoodie. Pintu utama dibuka sebelum bergegas ke garaj.

Deruman enjin kereta menyebabkan Syazwan meramas anak rambutnya lalu duduk di sofa. Gear otak ligat memikirkan segala. Bertubi-tubi serba salah menghempapnya di kala itu.

"Suatu masa nanti, cepat atau lambat, Syaf tetap akan pergi dari rumah ini. Haih. Disebabkan akulah, semua ini terjadi. Ah, betapa bodohnya aku di masa lalu. Sekarang pula, macam mana aku nak betulkan keadaan kepada asal? Haish!"



"IBU, lihat siapa yang Iq bawa..."

Sekaligus wanita tua itu menoleh sebelum memeluk erat gadis di sebelah Syafiq.

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now