HaLaMaN 50

98 10 8
                                    

"ADIK dah kenapa menangis sampai lebam ni?"

Syaf menjeling abang protektifnya itu, "Abang jangan pura-pura tak tahu. Syaf nangis pun disebabkan abang! Huwah!"

Terletus tawa Syed akhirnya. Dia saja menyakat gadis manja itu.

"Eleh... abang taulah. Hurm... memang patut pun Syaf tak berhubungan dengan dia tu. Lagipun, korang tu masih muda."

Puk! Balingan bantal kecil di sofa itu mengena badan Syed.

"Amboi, main kasar nampak."

"Abang punya pasal la Aril tak nak dengan Syaf. Ah, semua tu salah abang!"

Syed berpindah tempat duduk sebelum menghenyak punggungnya di sebelah gadis itu.

"Yelah, maafkan abang. Abang buat semua tu demi kebaikan adik abang yang tersayang ni. Dah la tu, buruklah kalau asyik nangis je."

"Adik sakit hati, tau tak? Adik kecewa."

Syed memeluk bahu adik kesayangannya itu sebelum berbicara, "Hurm... dia kata apa aje kat adik?"

Syaf memeluk bantal. Pandangan mata pula difokuskan ke meja kaca di hadapannya.

"Maafkan aku... aku tak boleh bersama dengan kau lagi." Lantas gadis itu merengek. "Huwah! Abang, Syaf tak rela."

Si abang tak habis-habis tergelak apabila Syaf meniru nada lelaki.

"Hailah... Syaf, Syaf. Dia tu, pangkat adiklah.  Budak form 4. Dah la tu, lupakanlah dia dan maafkan abang. Okey?"

Syed memujuk gadis itu agar tersenyum kembali.

Itulah sebabnya dia tidak ingin keluar dari bilik. Pelbagai kenangan serta bayangan bersama Syaf terpampang di sana sini. Dia tak kuat.

Tubir mata milik Syed bergenang dengan air jernih. Gerak-gerinya itu disedari oleh seseorang.

Syazwan cuma mematung dan menyaksikan penderitaan anak lelakinya itu. Mereka sama-sama merindukan Syaf. Sedangkan dirinya sendiri masih belajar untuk menerima hakikat dan realiti keadaan.

"Syed..." sapa Syazwan teragak-agak.

Perlahan tubuh anak muda yang semakin susut itu dipalingkan. Dipeluk erat tubuh anaknya itu dan serentak juga mereka menangis.

"Ayah, Syed nak jumpa Syaf. Syed rindu dia. Sampai hati dia tinggalkan kita berdua macam ni, ayah."

Sayu hati si ayah tatkala mendengarkan ayat itu. Sungguh! Mereka dilanda derita merindu di saat ini.

"Sabarlah, Syed. Kamu kena kuat. InsyaAllah, kita pasti akan bertemu kembali dengan Syaf. Syed cuma perlu banyakkan bersabar aje."

Belakang tubuh Syed, Syazwan usap lembut. Dia ingin meredahkan tangis sendu sang anak.

"Tapi, ayah... Syed tak mampu. Syed terlalu rindukan dia. Syed terlalu sayangkan dia. Syed sayangkan Syaf, ayah. Tsk... tsk... tsk."

"Ayah pun sayangkan Syaf juga, Syed. Dialah permata hati ayah selepas ibu kamu tak ada. Tapi kita kena terima hakikat."

Sepantas kilat, Syed menolak tubuh Syazwan, "Ini semua salah ayah. Kalau ayah setuju Syed kahwin dengan Syaf, Syaf takkan pergi dari rumah. Syaf masih bersama kita! Huh!" Barannya meledak lagi sebelum lesap ke dalam bilik.

"Astaghfirullahialazim..." ucap Mokhtar laju.

Biadap sekali bicara Syed sehingga menusuk jantung ayah sendiri. Dia yang menjadi penonton sebentar tadi, kini menapak mendekati Syazwan. Bahu lelaki tua itu digosoknya perlahan.

"Pak cik, ampunkan salah Syed sebab berkasar dengan pak cik. Nanti saya cakap dekat dia. Maafkanlah dia."

"Hmm... memang patut pun pak cik dipersalahkan, Mokhtar. Pak cik dah gagal mendidik anak pak cik sendiri."

Setelah berbicara sedemikian, Syazwan masuk ke dalam biliknya untuk menenangkan diri. Tinggallah Mokhtar yang meraup wajah dengan timbunan kekesalan serta kebuntuan.

"Aduh! Apa aku nak buat ni?"



ATIKA menguis-nguis nasi lemak di pinggannya. Fikirannya menerawang ke tempat lain, begitu juga dengan selera makannya.

Raina yang sedar akan hal itu, berdehem akhirnya.

"Ehem! Ehem! Amboi, Atika. Termenungkan siapa tu? Abang crush kau ke?" Raina cuba mengusik teman baiknya itu sewaktu di kantin.

"Entahlah. Aku tiba-tiba risau pasal Syed. Hurm... dia dah lama tak datang ke sekolah."

Raina menolak perlahan pinggannya yang kosong ke tepi. Dia hanya ingin fokuskan perhatian kepada Atika.

"Alah... kau janganlah risau sangat. Dia tu, lelaki. Dia retilah handle hati dia tu. Dah. Kau makanlah nasi lemak tu. Tak baik membazir. Tak pasal-pasal, kau pulak yang sakit nanti."

Atika tersenyum hambar. Makanan di hadapannya berusaha dia habiskan walaupun jiwa dan fikirannya ke tempat lain.



"YA, Mokh. Kau nak apa?" tanya Syed sebaik memulas tombol pintu biliknya dengan malas.

Mokhtar tersenyum sinis sebelum melayangkan penumbuknya.

Buk!

"Woi, Mokh. Kau dah kenapa, ha? Dah gila?"

"Ha'ah... memang aku akan jadi gila bila kawan aku tak hormat orang tua dia sendiri. Urgh! Cukuplah, Syed. Sampai bila kau nak macam ni? Hidup dalam dunia yang suatu masa nanti boleh membunuh kau! Wei, sedarlah!"

Syed mengoyak senyuman sekilas, "Kau tak faham perasaan aku, Mokh. Memang senanglah kau nak kata macam tu--"

"Apa yang kau aku tak faham, ha?" pintas Mokhtar laju.

"Hei, Mokh. Syaf tu, adik aku. Aku sayangkan dia. Aku tak nak dia pergi dari hidup aku! Kau apa, tahu?"

"Haha... adik? Pembetulan, Syed. Syaf tu cuma bekas adik angkat kau. Bekas!"

Buk! Syed membalas dengan tumbukan pula. Dia geram dan sakit hati mendengar akan gelaran itu.

"Kau cakap lagi pasal benda tu, mati kau kukerjakan nanti. Dah, blahlah kau!" Syed menolak tubuh teman sekelasnya itu dengan kasar.

Sebelum keluar dari situ, Mokhtar sempat bersuara, "Aku tahu, kau sayangkan Syaf lebih daripada sayang abang kepada adiknya, kan?" Mokhtar berpaling, "Kau nak tahu, Syed? Begitulah juga yang kurasakan pada Syaf. Bekas adik angkat kau!"

Kemudian lelaki itu keluar dari kamar lalu menutup daun pintu. Sempat cuping telinganya menangkap akan jeritan dan bunyi barangan yang berkecai.

Dia menggelengkan kepalanya beberapa ketika, 'Syed, Syed...'

Diterbitkan pada 17 November 2019

Komen?🤔Sila sisipkan di petak segi empat tu.🤗😂😂😂😂Terima kasih kerana masih mampu bersabar menanti endingnya. Kalau bab dia beratus, jangan marah eh?😅😂😂😂🤣

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now