HaLaMaN 8

229 13 0
                                    

KEDUA beradik tersebut berjalan kaki pulang menuju ke rumah. Tiba-tiba, laluan yang mereka lalui itu berdekatan dengan pantai.

"Bang, pergi pantai jom!" pelawa Syaf bila dia sudah terdengar deruan ombak dari jauh.

"Jom!" respon Syed dengan nada yang cukup bersemangat.

Maka bermain airlah mereka berdua di situ. Bergelak-ketawa dan mereka juga sambil mengukir tulisan serta lakaran di atas pasir.

"Cantik tak yang adik lukis ni?" soal Syaf apabila dia telah membentuk dua orang lidi yang berjantina lelaki dan perempuan.

"Hm... cantik. Tapi lukisan cantik di sini tak ada guna kalau kita tak boleh bawa balik ke rumah. Apatah lagi nak kita simpan dan bingkaikan," ujar si abang pula.

Syaf faham akan maksud abangnya itu. Kepalanya diangguk.

"Ha'ah. Betul juga tu..."

Hsri semakin gelap jadi tiba masanya untuk mereka meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

"Dik, dah petang ni. Jom balik."

Syaf tersenyum lantas  mengorak langkah. Tanpa gadis itu sedari, Syed membuka baju sekolahnya sebelum mengenakan pada tubuh Syaf pula.

"Eh, kenapa abang bagi adik pakai baju abang ni? Nanti abang kesejukan pula..."

Syaf dah angkat kening beberapa kali. Tertanya-tanya juga akan asbab lelaki berkenaan melakukan hal demikian terhadapnya.

Syed tersenyum seketika sebelum membalas, "Adik tu dah lencun. Tak manis orang pandang anak dara yang berpakaian basah macam ni. Baju adik ni tipis.Hmm... abang tak rela orang lain melihat susuk tubuh adik ni. Adik fahamkan maksud abang?"

Syaf yang mendengar akan penjelasan abangnya itu sudah tersenyum dan mengiyakan.

"Oh, okey. Adik faham. Terima kasih ya, bang."

Syed mengangguk seketika sebelum dia tiba-tiba mencangkung membelakangkan si adik.

"naik..." arah Syed ringkas.

Syaf yang faham pantas memaut leher abangnya dari belakang. Manakala Syed pula memegang kedua belah kakinya. Maka berjalan pulanglah mereka berdua sambil menyanyi-nyanyi kecil.

Si adik terhibur dengan lagu-lagu yang telah Syed nyanyikan untuknya.

Lukisan mereka yang dilakar tadi, kini semakin menghilang kerana telah dipadamkan dek sang air.

JIka sahaja lakaran tersebut bisa terhapus, apakah perhubungan mereka berdua juga akan menerima nasib yang sama?






















PUNGGUNG dihenyak di salah sebuah sofa single. Dahinya dipicit seketika sambil matanya pula dipejam seketika demi melenyapkan kekusutan yang bersimpul di dalam fikiran.

Getaran yang terhasil daripada telefon pintar yang berada di dalam kocek bajunya membantutkan suasana santai pemuda berkenaan. Dengan rasa malas yang menggunung, dia menyambut juga panggilan tersebut.

"Ha, ada apa kau call aku?" soal Arif Safwan terus-terang. Nampak sangat si pemanggil amat mengganggu waktunya di saat itu.

"Kau dah balik dari sekolah budak tu?" soal Nick di dalam talian.

Persoalan itu telah memancing keluhan berat dari bibir Arif Safwan pula.

"Ha'ah. Baru saja. Kenapa kau tanya?"

"So... apa cerita? KAu ada buat apa-apa tak?"

"Tak ada. Aku cuma tengok keadaan Syaf dengan abang dia tu dari luar sekolah. Dia orang sedang berpesta tepung dan telur. Jadi aku tak naklah kacau."

"Ha, pesta tepung dan telur? Maksud kau?"

Arif Safwan berdecit seketika, "Tak ada apalah..."

"Oh, okey. Tapi kalau kau dah start nak buat buat plan jahat kau tu, kau roger-roger kat kita orang..."

"Ei, mestilah. Kau orang berdua aku takkan pernah lupalah."

"Yeah, that's righ my buddy. Okeylah. Jumpa kau malam ni kat tempat biasa. Kita enjoy puas-puas. Bye!" Nick pantas menamatkan perbualan tanpa menunggu sahabat baknya itu memberi respon.

Hal demikian menyebabkan Arif Safwan menggelengkan kepalanya beberapa kali.

'Alahai. Kau ni, Nick...' Alat komunikasi tadi dicampak perlahan di sofa seraya menutup kembali kelopak matanya.

Tiba-tiba, satu lagi panggilan masuk telah mengakibatkan dirinya sedikit tertekan. Benda alah tadi dicapai kembali dan langsung sahaja dia menjawab tanpa melihat nama si pemanggil.

"Ya, Nick. Kau nak apa lagi ni? Aku penatlah..."

"Ehem! Kau penat tu sebab apa? Kalau kata kau penat sebab kelas kau, hari ni kau tak masuk kelas. Betul tak, Arif Safwan bin Aryan Ahmadi?"

Mata Arif Safwan terbuka lebar tatkala suara si pemanggil tadi dia kenali. Air liur ditelan beberapa kali.

"Err... abang."

"Kenapa tak masuk kelas hari ni, Arif? Kalau kau dah tak nak belajar lagi, baik kau berhentilah. Pergi bekerja pula." Si abang membebel tanpa henti. Naik bingit gegendang telinga Arif dikerjakannya.

"Alah, abang ni. Arif tak berapa sihatlah, hari ni. Tu sebab Arif tak mauk ke kolej..."

"Arif! Kalau nak beralasan, jangan asyik guna alasan yang sama saja. Bosan abang dengar. Abang dah balik-balik tegur pasal kelas kau ni, Rif tapi nampaknya kau memang dah tak ada hati nak belajar lagi..."

"Abang Akil, percayalah. Arif tak sihat. Itu seb--"

Tut. Tut. Tut. Talian terputus serta-merta.

"Aish, Abang Akil ni kan!" Berang Arif terpancing. Walau bagaimana pun, dia kena juga meraih kepercyaan serta simpati abangnya yang seorang itu. Ia demi kelangsungan duit poketnya juga.

Habislah dia andai ugutan Akil termeterai sekali lagi.


731 patah perkataan

Dikemas kini pada 18 Sepember 2020

03:30





















Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now