HaLaMaN 58

72 5 6
                                    

LUTUT dipeluk kejap. Kristal-kristal jernih mula membanjiri pipinya lagi. Tidak tertanggung rasa sakit yang dia sedang alami tika itu.

'Kenapa sakit sangat bila Syaf dapat tahu Abang Syed nak kahwin? Dengan Kak Atika pulak tu. Allahu! Sungguh Syaf tak sangka.'

Knock! Knock!

Ketukan di muka pintu mengakibatkan Inah segera menghapuskan air mata. Duduknya diperbetul sebelum mengizinkan si empunya suara itu masuk ke ruangannya.

Syafiq melihat ke arah si adik dengan pandangan yang tidak lepas. Dia tahu apa yang sedang melanda gadis itu.

"Jangan nangis lagi, sayang. Kita semua kena mulakan hidup yang baru, lepas ni. Okey?" pujuk lelaki itu pula.

Inah memeluk si abang sambil menyambung tangisan, "Adik abang ni tak kuat nak hadap semua tu, bang. Adik kecewa sangat."

"Dah, dah. Jangan macam ni. Inah lupakanlah Syed tu. Dia tak layak buat adik abang yang cantik ni. Allah dah siapkan jodoh adik. Cuma adik kenalah banyakkan bersabar. Kalau bukan dapat jodoh di dunia, mungkin di akhirat sana."

Syafiq mencium ubun-ubun Inah, "Tidurlah, sayang. Abang jaga Inah sampai Inah terlelap." Dia lantas mengalunkan ayat-ayat suci al-quran demi menenangkan jiwa si adik.

Tangisan Inah mula reda sebelum perlahan-lahan dia melelapkan matanya. Syafiq menyelimutikan si adik seraya mematikan suis lampu sebelum keluar dari situ.

Dia berharap agar Inah akan lebih kuat selepas ni.

'Tunggulah kau, Syed. Aku akan ajar kau cukup-cukup! Huh!' Syafiq membulat tekad di sanubari.

Biarlah buku bertemu ruasnya.

***

"WHAT! Korang dah bertunang dekat tiga tahun tapi aku yang kawan baik kau ni pun tak tahu! Sampai hati kau buat aku macam ni, Atika."

"Raina, please. Maafkan aku. Ak-aku tak berniat pun nak sorokkan benda ni pada kau, Raina. Tolonglah. Dengar dulu penjelasan aku."

"Penjelasan apa lagi, Atika? Aku ditipu hidup-hidup oleh teman baikku sendiri! Come on, Atika. Segala benda aku share dekat kau. Sebesar zarah pun aku tak ada sorokkan apa-apa pada kau. Sebab aku percayakan kau. Kau kawan baik aku, Atika! Tapi tengoklah apa yang kau balas?" Dada Raina berombak kencang angkara menahan amarah.

Sakit hatinya.

"Raina, ini bukanlah pertunangan yang kau nampak dan tahu macam kat luar sana. Diorang mungkin suka sama suka. Tapi bukan pihak kami, Raina. Pertunangan ni berlaku sebab... err... aku dan Syed... tertangkap basah. Sebenarnya mereka dah salah faham pada kami..."

Atika menjeda ayat seraya mengatur nafas sebelum menyambung kata, "Aku tak suruh dan paksa Syed untuk bertanggungjawab sebab kami tak buat apa-apa pun. Cuma orang lain dah salah faham. Masa kejadian tu, Syed cuba bantu aku dari kena kacau masa aku melawat mak ayah aku kat New York. Diorang tahu jehal sebenar tapi demi menutup malu, mak ayah aku paksa Syed bertunang dengan aku. Kalau tak, dia akan disaman dan dituduh sebagai pemerkosa. Haih."

"Habis tu? Macam mana dengan keputusan kau, Atika? Syed dah tak nak lagi teruskan pertunangan tu. Sekarang ni, kau nak buat macam mana pulak?"

Atika memicit dahi. Dia buntu.

"Aku tak tahulah, Raina. Kalau mak ayah aku tahu pasal ni, habislah aku."

Raina memeluk bahu Atika, "Aku kesian tengok kau, Atika. Dah bertunang dengan lelaki yang kau cintai pun, masih jugak hidup kau merana. Kau jelah yang beriya-riya. Sedangkan Syed, lepaskan tangan macam tu je."

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now