KEDUA orang gadis berkenaan berborak sakan di dalam bilik Inah. Pelbagai cerita yang mereka telah kongsikan untuk mengisi waktu sebelum berlayar ke pulau mimpi.
"Akak..." panggil Inah dengan nada meleret.
"Ya?" Atika yang belum juga boleh melelapkan mata menoleh ke arahnya.
Kelihatan gadis tersebut teragak-agak untuk berbicara. Hal itu menyebabkan Atika berkerut dahi.
"Syaf nak tanya apa-apa pada akak?"
Inah mengangguk sebelum tersenyum. Keraguan masih sarat di dalam hati.
"Err... tapi maaf kalau soalan ni buat akak tak selesa..."
"Tak ada apalah. Syaf tanya sajalah. Apa dia yang Syaf nak tahu tu?"
"Betulkah akak dengan Abang Syed... err... dah putus tunang?"
Atika mengangguk perlahan. Keperitan dia telan dalam senyuman.
"Hm. Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana lagi?"
"Tapi bukankah akak terlalu sayangkan dia? Jadi takkanlah akak tak-"
"Sebenarnya, akak dah cukup penat... Syaf. Mengejar cinta orang yang cintanya mendalam untuk perempuan lain..."
Suasasa hening beberapa ketika.
"Err... tapi akak putus tunang tu disebabkan Syaf, kan? Maaflah, akak-"
"Dah, dah. Syaf jangan nak salahkan diri sendiri. Kan akak dah bagitahu tadi, kami tak ada jodoh. Akak okeylah. Jangan risau..." Atika menggenggam jemari Inah sebagai tanda menyakinkan gadis itu.
Tidak mahu Inah asyik menyalahkan dirinya sendiri. Padahal, si lelaki yang dimaksudkan memang tiada hati dengannya sejak dahulu lagi. Dia saja yang terhegeh-hegeh.
"Ha, kalau macam tu. Akak kahwin dengan Abang Iq sajalah..."
Terbeliak mata Atika. Dengan pantas tamparan kecil hinggap di bahu kiri Inah.
"Haish. Ada pula cakap macam tu. Eh, dahlah. Akak nak tidur."
"Alah, akak. Jadilah, ya?" Inah menggoyangkan tubuh Atika sambil memujuk.
Entah macam mana idea bergeliga itu memunculkan diri. Laju benar dia. Nampak sangat dia tidak sabar ingin mempunyai kakak ipar.
Atika pura-pura tidur. Rengekan orang di sebelahnya, tidak diendahkan.
"Akak... sudilah kahwin dengan Abang Iq. Syaf yakin, dia boleh jaga dan lindungi akak. Yang paling penting sekali, dah tentu dia berikan cinta pertama dia pada akak. Alah, akak. Bolehlah, ya?"
"Tidurlah, Syaf. Esok lagi kita sembang..."
Senyuman Inah terbit melebar.
"Okey, bakal kakak ipar. Hehe."
Lampu tidur dimatikan sebelum tuan punya kamar tenggelam dalam peraduan.
Berbeza dengan mata Atika. Ia tercelik kembali. Kata-kata gadis itu tadi sedikit sebanyak menjentik rasa di sanubari.
Semudah itukah dia berpindah kasih? Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang dia tidak kenal sangat. Apa perlu dia buat?
Kalau cadangan 'bernas' itu dia terima, bermakna nampak sangat dia kemaruk nak bersuami. Tetapi jika dia menolaknya pula, masalah yang terkini akan terus-menerus merantainya.
Letih pula benak bekerja. Kantuk juga segera bertandang. Namun belum sempat dia menutup mata, alat komunikasinya bergetar di atas meja lalu dicapai pantas.
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...