SYAF sedang mendekati rakan sekelasnya itu.
"Lia, aku nak minta maaf pasal hari tu. Aku dah buat kacau dekat birthday party kau dan tak bagitahu dengan kau waktu aku balik. Abang aku suka-suka hati heret aku balik ke rumah. Dia juga dah rosakkan majlis kau. Aku jadi serba salah ni..."
Gadis tersebut menyusun sepuluh jari tanda dia benar-benar inginkan keampunan daripada sahabatnya itu.
Aulia mengeluh seketika sebelum bersuara, "Em... okey. Aku maafkan kau tapi aku malu dengan family aku Dia orang dah fikir yang bukan-bukan disebabkan hal itu..."
Syaf menggaru-garu kepala. Kononnya sedang mencedok telaga akal.
"Ha, aku ada idea!" ujar Syaf seraya membisikkan rancangannya ke telinga Aulia.
Maka, membulat biji mata si rakan sekelas apabila mendengar buah fikiran yang agak ekstrem berkenaan.
"Seriuslah, Syaf? Kau betul-betul nak malukan abang kau. Wei, agak-agaklah. Kasihan dengan abang kau tu."
Syaf dah gelak sakan.
"Tak apa. Dia yang buat hal jadi biar kita kenakan dia. Okey?"
Aulia hanya mengangguk. Teman baknya iru benar-benar ingin merealisasikan rancangan untuk membalas dendam sekaligus mengenakan abang sendiri. Aduh, Syaf ni.
SAMPUL coklat yang berada di atas meja itu diperhatikan bersilih-ganti dengan figura di hadapannya. Kening kanan terjongket sedikit. Dia tertanya-tanya.
"Apa itu?" soal Arif Safwan kepada Reza.
Lelaki tersebut tersenyum sebelum berbicara, "Itu maklumat-maklumat yang kau nak pasal perempuan tu. Kami harap, kau puas hati."
Pantas saja tangan Arif Safwan menyambar benda alah berkenaan. Diteliti serta dibaca elok info yang tertera di atas beberapa keping kertas berukuran A4 itu.
Beberapa ketika, kepalanya diangguk-angguk sambil bibirnya menggariskan sebuah senyuman yang teramat sinis.
"Thanks, guys. Aku gerak dulu..." Arif Safwan lantas bangkit dari duduk.
Nick menahannya, "Eh? Kau nak pergi ke mana, Rif?"
"Oh. Aku nak ke SMK Mahkota Tinggi dulu."
"Seriuslah, sekarang?' tanya Reza pula.
"Ha'ah."
"Dah tu, kau tak nak masuk kelas Mr. Martin ke?"
"Tengoklah dulu, Nick. Kalau sempat, aku masuklah. Kalau tak, kau orang tahulah nak cari aku di mana..." Tubuh Arif Safwan menghilang di sebalik pintu sebaik berkata sedemikian. Pemuda tersebut sengaja membiarkan Reza dan Nick terpinga-pinga seraya menggelengkan kepala.
Kenal sangat dengan perangai teman baik mereka yang seorang itu.
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...