Terasa jari jemari bergerak,dia tersedar dari tidurnya sebentar tadi.Matanya digosok perlahan dan gerangan si empunya tubuh telah 'bangun' dari lena beberapa hari yang lalu..
Syed teruja sambil mengalirkan air mata kegembiraan.Hilang seketika perasaan takut akan kehilangan gadis yang seorang ini.."Dik,,adik dah sedar??Syukurlah..."
Suis di kepala katil ditekan pantas bagi melaporkan pada sang kaki tangan hospital.Senyumannya tidak lekang dan dipeluk erat sang gadis yang bukan darah dagingnya itu..
Syaf masih lemah dan tidak boleh untuk bangun dari pembaringan...
"Ab..abang...Syed..."
Syed teramat gembira sehinggakan dikucup bertalu-talu dahi si 'adik'..
"Dik,,abang rindukan adik.Maafkan abang sebab tak dapat nak bersama dengan adik dan lindungi adik.Abang yang salah!"Pelukkan pula semakin erat yang membuatkan Syaf perlahan tersenyum..Dia kurang pasti dengan apa yang berlaku saat ini.Otaknya seakan slow loading pula dia rasakan..
"Abang..Maafkan adik sebab susahkan ab------"
"Shuttt!Adik tak salah apa-apa.Dah!Sekarang ni adik cuma kena banyak rehat supaya adik cepat pulih.Itu saja yang abang mahu.Abang rindukan adik sangat-sangat..."
Kata-kata Syaf,Syed pintas.Buat masa ini dia ingin abaikan seketika rasa takutnya itu.Syed ingin tumpukan kesihatan sang adik dahulu..Yang lain itu dia fikir kemudian.Dia yakin akan sesuatu...
Bahawa Syaf itu akan sentiasa bersamanya walau apa pun yang terjadi..
Ya!Syed sangat-sangat yakin....---------------------------------
"Ib...em,ibu...Syaf dah sedar..."
Syafiq teragak-agak ingin memberitahu akan hal itu tapi dia kena juga bersuara..
Kelihatan wajah sang ibu berseri-seri bak bulan yang menggunakan Fair&Lovely..
"Yeke,Iq..Mari kita lawat dia.Ibu rindu dia sangat..."
Keluhan berat terluah dari anak bujangnya itu..
"Tapi,bu..Keluarga Syed ada dekat dalam tu.Bagilah diorang jenguk Syaf dulu.Kita kemudian.."
Sang ibu tidak berpuas hati..
"Kenapa Iq cakap macam gitu pula?Ibu ni,ibu dia.Ibu mana yang tak gembira dan tak sabar nak tengok anaknya yang sakit,kembali membaik?Ibu tak kira!Ibu akan pergi sekarang juga."
Selesai wanita tua itu berkata sedemikian,langkah diatur ke arah bilik Syaf..Rindu yang amat sangat.Dia ingin sekali memeluk anak gadis yang telah terpisah dengannya itu...
Syafiq tidak dapat menghalang...
Pintu bilik ditolak kasar mengakibatkan Syed,Syaf dan Shazwan berpaling.Masing-masing buat riak yang...em....😒😏
Syaf sahaja yang terpinga-pinga bila mana tubuhnya dipeluk kejap oleh wanita itu...Dia pun pelik...
Apakah...???
"Syukurlah Syaf dah sedar.Ibu rindu sangat kat Syaf..Jangan tinggalkan ibu ya.."
Kata-kata itu membuatkan Syaf terkaku seketika,tidak tercernakan dalam kepala otaknya akan perkara yang didengarinya itu...
'Ibu??'Syed menggenggam penumbuk menahan marah...Boleh plak macik seorang ini main terjah masuk dan berbicara hal yang sebegitu...Aish!!!Bikin spoil mood dia saja..
Shazwan cuma menunduk sayu...Sekilas anak manja itu dikerling...Dia sedar,masa perpisahan bagi mereka semakin dekat...
Patutkah dia menghalang??
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...