pergerakkan Syaf diekori dari jauh.
'ke mana pula Syaf nak pergi ni?'monolog Syed yang kerisauan tapi masih menjaga jarak dari adiknya itu.apabila si adik menahan teksi,dia pun melakukan hal yang sama.''pak cik,ikut teksi yang di depan tu..''arah Syed setelah memboloskan diri ke dalam pengangkutan berbayar itu.si pemandu teksi mengiyakan sahaja lalu berbuat demikian.
sesampainya di tempat yang dituju,Syaf keluar dari teksi tersebut sambil berbual di telefon.
''nah!pakcik.tak payah bagi balik bakinya.terima kasih ya pakcik.."Syed menghulurkan not RM50 kepada sang pemandu.pak cik itu tersenyum''terima kasih juga ya,nak.alhamdulillah.."sambil melihat anak muda itu keluar dari teksinya.dia menjejaki gadis yang bergaun biru muda itu dari jarak yang jauh tapi berpindah-pindah tempat demi mengetahui lebih lanjut kegiatan si adiknya itu.rupanya sekarang ini sudah seperti penyiasat persendirian.adiknya punya pasal,dengan berbaju sekolah dia menjadi pengintip tidak berbayar.
ejen Syed some where..
kelihatan Syaf sudah duduk di salah satu kafe berdekatan,Syed pun begitu juga tapi masih dalam keadaan berjaga-jaga.takut si gadis tahu keberadaannya di situ,Syed mengenakan kaca mata hitam miliknya.'siapalah yang Syaf nak jumpa ni?mesti lelaki ni..aduh!Syaf ni kan..'geram bertamu di hati..dia terpaksa memesan minuman bila si gadis memesan minuman juga.
tanda tanyanya semakin menjadi-jadi bila si adik berbual di telefon lagi sambil matanya meliar keluar kafe..cappuccinonya telah terhidang di depan mata dan dengan rasa amarah,dia meminumnya..
pintu kafe terbuka dan muncullah seorang lelaki yang dikenali oleh Syed.maka tersedaklah dia bila terlihat si empunya gerangan.'kurang asam kau,Irwan.tak pandai serik kau kena penumbuk aku ya.em,nanti kau..'tisu di ambil di atas meja.panas hatinya bila melihat kemesraan pasangan itu.penghawa dingin di dalam kafe itu tidak dapat meredahkan api amarahnya di saat ini.
tidak lama kemudian,pasangan itu berlalu keluar dan Syed turut berlalu bila dia menyisipkan RM20 di bawah cawan tadi..
Aulia yang dari jauh tersedar akan lelaki yang merupakan abang kepada teman baiknya itu lalu menyapanya.''hai abang Syed.."
terkejut seketika lelaki itu tapi terus menarik tangan si gadis tanpa sedar untuk menyorok bersamanya."abang Syed buat apa ni?"tanya Aulia sambil melihat tangannya yang masih di pegang oleh lelaki itu.
"oh!tu..tengok Syaf dengan Irwan"ringkas Syed bila melepaskan tangan gadis itu lalu menunjuk ke arah yang disebutkan.Aulia juga turut memandang sama dan ternyata pasangan itu sudah bergelak ketawa.dia melihat Syed sudah mengenggam buku limanya tanda geram bila melihat gelagat adiknya itu.
"saya nak pergi sapa dia oranglah.."sepantas kilat lengan Aulia ditarik oleh Syed."tak payah!biarkanlah dulu.kita ikut saja dia orang dulu.jom!''katanya sambil berjalan perlahan mengekori adiknya itu.
di hati Aulia sekarang ni dah macam-macam lagu yang berkumandang.bunga-bunga cinta sempat mekar sekejap dan membuatkannya tersenyum lalu menyertai 'detektif Syed' itu.setelah beberapa minit pula,pasangan itu masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka.mereka pun menurut sama.
Syaf memilih anak patung sambil ditemani oleh Irwan.jelas kelihatan kegembiraan si gadis waktu itu lebih-lebih lagi sang lelaki memeluk bahunya sambil berjalan bersama.mata Syaf membulat.tak pernah-pernah dilayan sebegitu rupa.
Syed yang sudah panas hati sudah ingin berlalu tapi lengannya yang berlapik ditarik pula oleh Aulia."nantilah dulu,abang Syed.kita tengok dorang dulu nak pergi mana lepas ni.kan abang yang cakap tadi..''
"aku tak puas hatilah dia pegang adik aku suka-suka hati dia saja.esh!memang nak kena budak ni..''Syed bersuara tapi dia tidak jadi berganjak pergi..
Syaf dan Irwan beriringan keluar dari kedai itu setelah membayar barang tersebut..
''dia orang nak ke mana lagi tu?aduh!"jelas kerisauan Syed tika itu.
Aulia yang di sebelahnya kini dah rasa semacam.'sampai macam tu sekali,kau sayangkan adik kau..kau memang seorang lelaki yang penyayanglah,Syed..'gadis itu tersenyum tanpa disedari Syed yang sedang ralit mengikuti perkembangan pasangan itu.
* * * * *
"Syaf.."kata Irwan sambil merenung ke dalam anak mata gadis yang di hadapannya kini.
''ya,Irwan.."balas Syaf ringkas..
tiba-tiba si lelaki itu melutut di hadapannya sambil memegang jemari kanan milik Syaf.mata gadis itu terbeliak.."sudikah Syaf menjadi kekasih Irwan..?"tanya sang lelaki dan waktu itu juga gelagat mereka menjadi perhatian orang sekeliling..
''sweetnya pasangan tu..''
''romantiknya.."
"sama cantik,sama padan.."
''untunglahkan.."
"susah nak dapat lelaki yang macam itu"komen dari orang ramai itu membuatkan Syed rasa nak muntah masa tu juga.'dasar lelaki mulut manis..'monolognya pula..
Aulia tersenyum lagi bila melihat adegan itu..'aduhai,Syaf.untungnya jadi kau kan.?dapat layanan yang sweet dari si Irwan tu..'Syaf rasa nak menangis pun ada bila dilamar sang pujaan hati di khalayak ramai begitu..
"em..Syaf terima..''katanya sambil mengangguk perlahan.maka suasana sekitar menjadi riuh seketika..apa lagi bila Irwan sudah mencium belakang tangan kanan milik Syaf itu..rasa nak terbang dah si Syaf itu..
si Syed pula dah terbakar habis bila melihat adegan yang kononnya romantik tu..
''budak ni kan.."Syed sudah keluar dari tempat persembunyiannya dan menuju ke arah pasangan itu.tangan Irwan di tepis kasar olehnya..
"Syaf,kita balik.."sambil menarik tangan si gadis untuk dibawa pergi.."ala,abang ni..bikin spoil mood saja tau.kacau daun tak habis-habis..''Syaf sudah cemberut..
"dik,tak payah layan sangat lelaki ni.jom balik!"ajaknya lagi dengan nada yang keras.
Irwan tidak berdiam diri dan masih berbual dengan Syaf tanpa memperdulikan si abang yang berdiri bersama mereka itu."em,nanti saya belikan awak hadiah lagi ya?kita jalan-jalan lagi lain kali tau.."sambil mengukir senyum,sengaja nak panaskan hati Syed yang berada di situ..
''ya baiklah.."Syaf bersuara..seperti tidak wujud sama sekali sang abangnya di situ..
Aulia dari tadi cuma memerhati..
''eh!kau ni tak faham bahasa kah hah!?aku dah cakap dengan kau kan?kau tak boleh dekat dengan adik aku apa lagi punya hubungan dengan dia,aku tak suka.dah!Syaf,kita balik.."Syed sudah membawa pergi adiknya itu.Syaf sempat melambaikan tangan kepada Irwan dengan senyuman.
"nanti saya call awak ya Syaf.."jerit Irwan yang sengaja menyimbah minyak ke api kemarahan milik Syed..
gadis itu berpaling sambil mengangguk..
orang ramai tadi kini bersurai dan macam-macam yang mereka dengar tapi Syed tidak peduli..
''kejamnya.."
''lelaki perampas..''
''tak romantik langsung..''
"handsome tapi pemanas.."Syed terhenti seketika lalu berkata"ni adik akulah.korang jangan masuk campur..''lantas berlalu pergi..
orang ramai sudah berbisik-bisik..
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...