HaLaMaN 65

60 6 8
                                    

BINGKAI gambar di sisi katil diambil sebelum dia menatapnya lama. Mata terasa kian panas dan pandangannya semakin kabur dek kemunculan kristal-kristal jernih.

"Maria, aku rindukan kau..."

Foto tersebut dipeluk sambil si empunya gerangan merebahkan tubuhnya di atas katil.

"Maafkan aku sebab menipu dia, Maria. Aku tak sanggup nak bagitahu dia pasal diri aku yang sebenar..."

Lapan tahun yang lalu...

"Aku nak kau simpan barang-barang ni..." Sebuah kotak bersederhana besar diletakkan di riba gadis itu. Keningnya diangkat. Pelik.

"Ini kotak apa dan untuk apa aku nak simpan?"

"Maira, lepas ni... aku akan tinggalkan dunia ni. Di sinilah kisah aku, Maira. Cinta sejati aku. Tapi aku yakin, sekarang aku tak dapat memiliki dia mahu pun cintanya."

"Kau cakap apa ni, Maria? Aku tak faham..."

Sungguh. Maira berasa tidak  sedap hati akan kata-kata yang terpacul dari bibir sang sepupu. Apa yang cuba gadis itu sampaikan?

Perlahan-lahan dia membuka penutup kotak berkenaan sebelum sekeping gambar seorang lelaki yang sedang duduk sambil merenung ke luar tingkap terpampang kini.

Lelaki itu masih lengkap berpakaian sekolah tanpa tali leher. Walaupun rambutnya agak sedikit kusut dan serabai, namun ia tidak menjejaskan imej kacak si empunya gerangan.

"Nama dia, Syed Syarif. Aku cintakan dia, Maira..."

Maira mengangkat wajah sebelum bersabung mata dengan Maria. Seakan tidak percaya bahawa sepupunya itu telah dilamun cinta. Eh? Setahunya, Maria adalah seorang playgirl. Bagaimana semua itu boleh terjadi?

Dia dah insaf ke? Baguslah.

Wajahnya yang redup cuba dia maniskan dengan menggariskan sebuah senyuman.

Tak. Lebih kepada menampal kedukaan. Mengapakah? Jangan kata cintanya ditolak mentah-mentah oleh lelaki yang ada dalam gambar ini.

"Aku sangat cintakan dia, Maira." Sekali lagi ayat itu meniti di bibir Maria menyebabkan Maira bersuara.

"Dia tolak cinta kau, bukan?"

Senyap. Maria tersenyum lagi sambil sekeping gambar yang lain dia keluarkan pula. Masih gambar orang yang sama.

"Dia lelaki yang baik..."

"Maria, jawab soalan aku."

"Dia tak gunakan kekacakan dia untuk menggoda mana-mana perempuan."

"Maria, please..."

"Dia tinggi. Aku suka..."

Maira menggulingkan biji matanya. Meluat bukan sebab pujian yang Maria lontarkan terhadap jejaka itu. Akan tetapi, soalannya belum dijawab. Aish.

"Syed... tu... ada adik perempuan."

"Boleh tak kau jawab dulu soalan aku?"

"Adik dia boleh tahan cantik."

Ah, sudah. Maira rasa nak cekik-cekik saja anak mak cik dia yang sedang duduk bersila di hadapannya tika ini. Perempuan itu memang tak faham atau buat-buat pekak?

"Aku tak nak tahu pasal adik dia, Maria. Yang aku nak tahu, cinta kau tak berbalas kan? Dia tolak cinta kau. Betul?"

Keluhan terluah. Perlahan anak mata Maria berkaca. Dia menunduk sebelum mengangguk beberapa kali.

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now