HaLaMaN 21

177 11 0
                                    

Maria bertemu dengan Atika selepas jam sekolah..ada yang dia ingin katakan..

''Atika,aku rasakanlah kau patut bagitahu perasaan kau dengan Syed tu.em,bukan apa aku kasihan tengok kau macam ni terus..masam saja..''Maria sudah memulakan bicara..

Atika sangat terkejut waktu itu kerana dia tak terfikir pun nak bagitahu lelaki itu sebab dia malu.diakan perempuan..orang kata pula nanti perigi cari timba..

''em,tak naklah aku.malulah..''Atika sudah tertunduk malu..

''lah,apa nak malu kalau kau memang sukakan dia?sampai bila kau nak macam ni terus jadi pemuja rahsia dia.?tak salahlah kalau kau mulakan dulu..manalah tau dia akan terima kau..''balas Maria lagi..

dia sangat kasihankan kawan karibnya yang seorang ini..

''dia nak ke berbual dengan aku ni?dia kan selalu dengan adik dia si Syaf tu.takkanlah dia sanggup luangkan masanya untuk aku ni..tak apalah,aku okey macam ni.lagi pula aku tak sakit hati kalau sekadar berdiam diri...''Atika tak nak mengharapkan apa-apa pun dari Syed..cukup dia menjadi peminatnya pun dah kira bersyukur..dia tak nak keruhkan keadaan yang sedia jernih itu..

''kau ni kan..tak cuba lagi,kau tak tahu..alah kalau pasal adiknya tu kau jangan risaulah.nanti aku uruslah dia.aku kasihankan kau ni yang muram selalu.aku tak suka..aku nak kawan aku ni ceria sentiasa.okey!''desak Maria lagi..dia tak akan berputus asa untuk bagi semangat dengan rakan kelasnya itu..

Atika terfikir seketika..

'perlukah aku jumpa dengan dia dan luahkan apa yang aku rasa ni?nanti kalau dia tolak aku,macam mana?mesti aku malu pula nanti..em..'

*                 *              *              *             *

 ''mana abang ni??aish!''Syaf sudah terpacak depan pintu pagar sekolah menunggu sang abangnya untuk balik bersamanya..

"Syaf..''panggil seseorang dan dia berpaling ke belakang..Syaf tersenyum'siapa dia ni..?'walaupun dia tidak mengenali perempuan tingkatan enam itu tapi dia tetap bersopan..

''hai,akak ni Maria..budak kelas sebelah abang Syaf..''si gadis tadi sudah menghulurkan tangan untuk bersalam..tangannya disambut Syaf sambil mengangguk..

''oh!em,ada apa ya kak??''soalnya berbahasa basi..

Maria sudah tersenyum..

"em,akak nak minta pertolongan Syaf boleh tak?''soalnya lagi..

''em,minta tolong apa tu kak?kalau boleh saya tolong,saya tolonglah sedaya saya kak..''balas Syaf lagi..

"em,sebenarnya,kawan akak seorang ni suka dengan abang Syaf tu.tapi dia malu nak jumpa dengan Syed seorang diri.Syaf boleh tolong dia tak?pujuk abang Syaf tu untuk jumpa dengan dia tu.nama kawan akak tu,Noratika..''cerita Maria lagi..

Syaf dah garu-garu kepala yang tidak gatal..

''em,macam mana ya kak?em,nanti saya cuba pujuk abang Syaf tu ya..tapi tak janjilah..''Syaf masih menjaga bahasanya takut menyinggung sang kenalan itu..

''em,okeylah kalau Syaf dah kata macam tu..em,Syaf tunggu siapa ni?boyfriend ya..?''Maria tertanya-tanya juga apa sebab adik kawannya itu di depan pintu pagar sekolah seorang diri..

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now