SEJAK balik dari majlis itu tadi, Syaf tidak habis-habis berfikir tentang perasaan Aulia, rakan kelasnya itu serta lelaki yang baru dia kenali tidak sampai sejam yang lalu.
'Haih. Apalah agak-agaknya yang Arif fikir pasal hal tadi? Em, mesti dia serik berkenalan dengan aku tadi. aduh, malunya. Abang Syed punya pasallah ni. Nak sangat buat hal di sana. Kalau tak, aku dah boleh jalan-jalan dengan Arif tadi...' monolog Syaf sambil tersenyum-senyum di depan cermin solek dalam biliknya.
Senyuman gadis tersebut tiba-tiba saja memudar apabila teringat pula mengenai perasaan sang eman baik.
'Aulia, maafkan aku. Aku tak berniat pun nak buat kacau di majlis hari jadi kau dan balik tak bagitahu kau dulu. Hmm... mesti kau marah dengan, kan? Aduh. Macam mana ni?'
"Ah, tidak!" Jeritan Syaf mengejutkan Syed yang baru selesai mandi lantas berlari seraya mengetuk pintu bilik si adik.
Knock! Knock!
"Adik, oh adik. Adik tak apa-apa? Apa hal adik menjerit tadi?"
Bunyi ketukan bertubi-tubi pada permukaan pintu bilik berkenaan menyakitkan telinga serta hati Syaf.
"Syaf okeylah, bang. Tak ada apa-apa cuma ada lipas terbang tadi." tipu Syaf.
Dia sengaja berbuat sedemikian demi menutup kegusaran dan serba salah yang bersarang dalam diri anak gadis itu. Tidk mungkinlah Syaf ingin berterus-terang Syed. Dia tahu sangat perangai si abang macam mana. Nanti akan membebel panjanglah dia."Oh, lipas. Ingatkan apalah tadi. Kalau ada apa-apa, panggil abang tau," balas Syed dari arah luar pula.
"Okey, abangku yang tersayang..." ujarSyaf dan setelah itu, tiada lagi kedengaran bunyi ketukkan tadi. Ia bermakn, Syed sudah kembali ke kamar tidurnya sendiri di sebelah.
"Hmm... nampaknya, hari isnin nantilah baru aku cakap dengan Aulia. Dia mesti sedih dan marah dengan aku. Kalau tak pun, dia benci aku."
Syaf terasa lemah saat ini lalu perlahan-lahan dia mengambil tuala seraya bergegas untuk membersihkan dirinya.
Sebaik curahan air yang pertama membasahi tubuh Syaf, dia berharap sangat agar segalanya baik-baik saja. Cukup umtuk menyedapkan hatinya untuk sehari dua selepas kejadian di majlis tadi.
"ARGH, geramnya aku dengan lelaki tu!" amuknya sambil menghentak meja di hadapannya beberapa kali. Hal berkenaan memancing perhatian serta ingin tahu teman-temannya di situ.
"Kau dah kenapa meroyan tak tentu pasal ni?" soal Reza pantas. Aktiviti berasmaradannya itu terbantut dek amarah si teman baik.
"Ha'ah, Arif. Kau marah dengan siapa ni? Atau ada mana-mana perempuan yang berani tolak ajakan kau untuk make a love ke?" Giliran Nick pula yang bertanya. Air kencing syaitan diteguk beberapa kali.
"Bukan pasal itu, Reza, Nick. Tapi sebab lain..."
Nick dan Reza berpandangan seketika. Masing-masing tidak mengerti dengan perilaku Arif Safwan pada malam itu. Selalunya, teman mereka yang seorang inilah yang aktif sekali. Bermesraan dengan ramai gadis tanpa segan-silu.
"Aku kena belasah oleh abang budak tu," ujar Arif sambil menyentuh tepi bibirnya yang sedikit pecah dan berdarah. Apabila dia mengingatkan kejadian di majlis hari jadi si sepupu, berangnya mencanak naik. Geram.
"What! Kau kena belasah? Seriuslah, wei?' soal Nick tanda tidak percaya.
"Siapa serang kau,Arif? Kita orang kenal tak? Nak kami balas balik apa yang dia dah buat pada kau? Kau cakap saja apa kau nak buat. Kami akan bantu kau..." Reza menepuk bahu kanan milik Arif. Konon ingin memberi semangat. Sengaja menyimbah minyak ke atas permukaan api yang sedia marak menyala.
Arif mengeluarkan telefon pintarnya seraya membuka galeri. Gambar seorang gadis diperlihatkan kepada kedua teman baiknnya.
"aku nak ka orang berdua bantu aku. Kau orang cari info-info pasal budak perempuan ni. Nama dia, Syarifah Sakinah."
"Wah, cantiknya perempuan ni. Kau jumpa di mana ni, Arif?' Nick mula teruja. Begitu dengan Reza. Dua kali lima saja mereka berdua.
"Body perempuan ni mantaplah. Wei, Arif. Ka;au kau dapat dia, jangan lupa kongsi dengan kita orang... hehe."
Bibir Arif tergaris sebuah senyuman sinis, "Kau orang berdua jangan risau. Bila dapat saja budak ni, aku akan ajak kau orang untuk kendurikan dia. Biar padan dengan muka abang dia yang berlagak hebat tu."
Reza dan juga Nick hanya mengangguk. Tidak sabar untuk melahap lauk yang enak lagi indah serba-serbi tersebut.
"Kau orang tolong aku cari semua maklumat pasal dia dan abang dia. Sekolah, tempat tinggal dia orang orang dan lain-lain. Kalau boleh, aku nak ia secepat yang mungkin. Aku dah tak sabar nak balas dendam dan sakit hati aku dipermalukan di majlis tu tadi."
"No problem, Arif. Kau serahkan saja pada kami. Nanti kami buat. Betul tak, Reza?'
"Yup. Tapi malam ni, aku nak kita bertiga enjoy dulu. Jom." Ajakan Reza difahami oleh Nick dan juga Arif. Mereka akan berpesta sakan dengan beberapa orang gadis di situ demi memenuhi nafsu berahi.
728 patah perkataan
Dikemas kini pada 09 September 2020
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...