HaLaMaN 59

77 6 4
                                    

ALAT komunikasi itu dibaling kasar di atas tilam. Nafasnya tidak teratur dek amarah yang dipancing-pancing.

"Kau ni tak faham bahasa ke, ha? Dah aku kata, kejap lagi aku nak tidur, biarkan jelah. Yang kau sibuk, apa hal?"

Aulia terguris dengan kata-kata Mokhtar itu. Ditegur sedikit, melenting pula si suami. Panggilan pun telah bertukar menjadi tidak sedap didengar.

"Abang ni dah kenapa? Abang tak pernah nak melenting macam ni bila sayang ajak abang tidur. Cuba cakap kat sayang, abang ada masalah apa?"

"Hei! Kau tulah masalah aku! Kalau aku tak kahwin dengan kau, aku masih ada peluang nak kahwin dengan perempuan yang dah lama aku sayang tu!"

Berderai juga mutiara jernih angkara ayat pengakuan itu. Aulia menutup mulut demi menahan tangis. Di dalam hati, dia tidak menyangka akan hal itu. Selama ini, dia merasakan bahawa dirinyalah yang benar-benar dicintai oleh sang suami.

Cinta. Bukankah itu tunjang sesebuah perkahwinan?

"Ab... abang tak pernah bagitahu kat sayang pun yang abang ada hati dengan perempuan lain. Siapa dia, bang! Siapa!" Nada Aulia turut memetir kerana diasak kepiluan. Ingin saja dia cekik orang yang telah menggoda kalbu suaminya itu.

Mokhtar meramas muka, "Okey, fine! Kau nak tahu dia siapa, kan? Aku bagitau kat kau yang aku ni dah lama sayangkan Syaf, teman baik kau dulu! Puas hati?"

Mokhtar mendengus seketika seraya mencapai dompet, kunci serta telefonnya. Diri dibawa keluar dari bilik tersebut.

Aulia terduduk di birai katil sambil menyentuh dadanya. Sangat sulit rasa yang satu ini kala orang yang dimaksudkan itu adalah teman baiknya sendiri. Natijahnya, si isteri mula memaku dendam.

"Kenapa abang kahwin dengan Lia kalau hati abang milik perempuan lain? Kenapa, bang!"

Jeritan serta tangisan anak-anak mereka tidak lagi dihiraukan. Mokhtar memandu kereta dengan api kemarahan yang marak membara. Apa nak jadi, biarkanlah. Dia malas nak ambil kisah.

Satu saja arah tujunya di kala itu... ke rumah Syed.

***

PINGGAN yang telah dicuci, dikemaskan di atas rak selepas dia membersihkan dapur.

Jam telah menunjukkan ke angka 10 suku. Seusai menyiapkan tugas itu, si gadis mula menapak naik ke bilik. Namun, langkahnya terhenti apabila figura sang abang menarik perhatian sang adik.

"Abang tak nak rehat awal ke? Esok kan, abang nak kerja." Inah melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan abangnya.

"Hmm... abang sedikit terkesan dengan kata-kata rakan sekerja abang, Inah. Mereka sinis dan mengejek abang bila diorang dapat tahu, yang abang ni lulusan dari luar negara tapi negara padang pasir tu. Lepas tu, bekerja pulak sebagai editor. Haih. Abang tak habis fikir pasal hal ini." Syafiq mengadu kesulitan yang menggugat ketenteraman jiwanya.

"Oh, pasal tu. Kenapa abang tak cakap je yang kelulusan negara padang pasir pun boleh tahan hebat, tau? Abang mungkin lupa pasal satu benda. Kerja editor ni merangkumi pelbagai aspek. Abang boleh letakkan diri abang sebagai editor agama. Ia berbaloi dan setimpal dengan ilmu pengetahuan abang. Ramai penulis buku sekarang ni semakin mengikut arus terkini dan naluri sendiri tanpa menitikberatkan hal-hal agama. Inah yakin, dengan ilmu yang abang pelajari di Al-Azhar dulu, sedikit sebanyak boleh membantu mengedit dan juga mencantikkan karya-karya mereka. Kalau abang perasan, karya islamik pun dah menarik minat pembaca, tau? Jadi abaikan aje yang diorang kata. Janji abang bekerja tu sambil berdakwah."

Si abang terbenak seketika, "Hmm... betul jugak. Tapi abang tak nak cakap macam tin kosong je. Abang akan buktikan pada diorang."

Inah tersenyum, "Alhamdulillah. Macam tulah abang Inah. Biar orang lain anggap kita bisu tapi kerja kita mantap! Mulut orang, bang. Bukan mulut periuk belanga yang boleh kita tutup bila-bila masa. Biarkan aje kata diorang tu, asalkan dada abang tak tandus dan gersang tanpa ilmu."

Syafiq terhibur. Terbebas jua jiwanya daripada racun pencemar semangat itu. Dia akan cuba untuk sentiasa menjaga kualiti kerja. Itu tekad utama.

***

MEREKA senyap seketika. Syed masih menatap hamparan langit kelam sambil memproses akan luahan masalah teman baiknya itu.

"Aku rasa kan, Syed. Aku tak nak hidup bersama dengan Aulia lagi. Mungkin jodoh kami setakat ini aje."

Syed beristighfar, "Astaghfirullahalazim! Mokh, kau dah gila ke? Entah apalah yang sampuk kau masa kau datang ke sini tadi. Haih. Bercakap tu main ikut sedap mulut je."

Mokhtar tertunduk. Membisu.

"Kau sepatutnya cari jalan untuk jernihkan keadaan bukan lari daripada masalah kau ni. Aduh, kau ni. Kau tak kesian ke dekat Aulia? Anak-anak kau yang comel dan selalu jadi penghibur kau selama ni? Jangan gara-gara rasa suka kau pada perempuan tu, kau nak runtuhkan masjid yang kau bina sendiri. Bergegar Arasy, kau tau tak!" Syed menahan amukan yang semakin mencucuk-cucuk sanubari. Ingin saja suami orang itu dilempangnya. Biar dia tahu rasa.

Tak bersyukur punya keluarga sendiri.

"Kau tak faham, Syed. Aku sayangkan perempuan tu dekat 10 tahun..."

"Syaf. Kau maksudkan Syaf, kan? Huh!"

Moktar terdiam. Sahabatnya itu masih ingat pasal benda ni. Air liur ditelan terasa kelat.

"Kau betul-betul tak reti nak menghargai orang yang ada dengan kau sekarang ni, Mokh. Haih. Aku yang tak kahwin ni pun, ada naluri nak hidup berumahtangga, nak ada keturunanku sendiri, nak bersama dengan perempuan yang aku cintai selama ni. Tapi kau? Kau sanggup nak musnahkan ikatan suci yang nqk mencecah 10 tahun tu demi Syaf. Perempuan yang cuma kau suka sejak dulu. Aku dengan kau, lain. Mokh, aku ni bujang. Aku boleh pilih mana-mana gadis untuk aku jadikan isteri kalau..."

Syed menjeda ayat. Ada sesuatu yang sulit untuk dia nyatakan, "Kalau aku tak ada jodoh dengan Syaf. Takpe. Tapi ini, kau? Kau dah jadi suami dan ayah kepada dua cahaya mata kau. Kau tak kesian ke pada diorang? Takkanlah kau nak hancurkan kebahagiaan kau dengan Aulia macam tu aje. Fikirlah! Jangan ikutkan amarah kau tu! Ah. Melepas geram pun tak kena pada tempat."

Mokhtar terpukul dengan kata-kata Syed. Dia fikir, lelaki itu akan melenting dan membelasahnya jika dia dapat tahu mengenai punca goyahnya tugu cintanya pada Aulia. Mujur Syed bernada tenang dan jernih.

Serba salah mula menghambat diri sahabat karibnya itu.

"Err... bagi aku masa, Syed. Aku nak tenangkan diri aku."

Syed menjeling seketika, "Nak tenangkan diri? Pft... balik rumah kaulah, bukan duduk lepak kat aku. Kau pergi pujuk bini kau tu. Ha, jangan lupa satu ni."

Mokhtar mengangkat kening, "Apa dia?" soalnya lagi.

"Jangan lupa padamkan perasaan kau pada Syaf. Aku cemburu ni."

Mokhtar menumbuk bahu Syed perlahan, "Hahaha... mengadalah kau ni, bro. Hmm... yelah. Aku cuba."

"Cun!" Syed bangkit dari duduknya seraya berlalu masuk tanpa menghiraukan Mokhtar yang terpinga-pinga.

"Eh, Syed! Kau tak nak ajak aku masuk ke?"

"Nak ajak kau masuk, buat apa? Kau ada rumah kau. Ada famili kau, kan? Ha, baliklah. Pergi minta maaf dekat Aulia dan kau janji untuk takkan khianati cinta korang lagi. Haih. Itu pun aku nak ajar ke?"

Syed hilang di sebalik pintu utama sebelum menarik langsir. Mokhtar pula sedang mengumpul semangat dan rasional agar dia boleh menjinakkan amarahnya itu.

Dia telah terlanjur berbuat salah, jadi ada baiknya dia memujuk si isteri. Doa dipohon agar Aulia masih boleh memaafkan dia dan menerima dirinya kembali.

1149 patah kata

Diterbitkan pada 26 Januari 2020

Sorry lambat update. Acah-acah nak ending dah ni. Sabarlah. Muah
(´ε` )♡

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now