''Hehehehehehehe...''
Syaf sudah tertawa sendiri bila mendapatkan pesanan ringkas dari kekasih hatinya... siapa lagi kalau bukan Aril...
Si pelukis yang telah melukis bunga-bunga cinta yang mekar dalam hati Syaf... seronok tak ingat dunialah si gadis itu sekarang ini..
Syed yang berjalan pulang ke rumah bersamanya itu turut berasa pelik..
''oi!dik,kenapa ketawa tak tentu pasal ni?dah gila kah?biar tak cantik,dik tapi jangan gila..''selamba Syed..
Syaf masih membelek telefon bimbitnya itu..dia buat tak endah sahaja apa yang abangnya itu tanya..
almaklumlah,baru nak merasa dunia percintaan ni..jadi khayal sedikit..
ahai...
Syed yang terasa hati terus merampas telefon milik adiknya itu lantas membaca mesej tersebut..
''lah,jiwang juga budak ni rupanya..siap bersayang-sayang lagi.petik bintang tu semua..ei!''Syed dah rasa geli..nak muntah dia wei!bila tahu ada lelaki yang jambu dan romantik macam Aril itu..
romantiklah sangat..
Syaf sudah mengejar abangnya yang berjalan laju..
''abang,bagi balik handphone adiklah..esh!''teriak Syaf sambil merampas kembali benda alah itu dari tangan lelaki yang bergelar abangnya itu.
''nah!ambillah..tak luak pun lah..''Syed memberi kembali telefon bimbit itu sambil berkata lagi..''jangan mudah percaya cakap lelaki ni,dik.nanti adik akan kecewa..''
Syaf mash melayan telefon di tangannya itu tapi dia dengar itu semua..
''alah,Sastera saja lebih..siap gunung berapi sanggup ku daki.lautan dalam aku selami..tapi hakikatnya hujan saja sedikit dah patah balik rumah..takut sakit..ahahahahaha..''Syed mula menyakat sang adik..
Syaf cemberut..''eleh,cakaplah yang abang tu cemburukan adik..abang tu lah yang jual mahal.ada orang nak tapi dia yang tak nak..siapa yang rugi?abang jugakan?''Syed dah garu belakang kepala bila Syaf kata begitu..
bukan apa,bagi Syed itu semua tak penting pun bagi dia..kalau ada,adalah tu.kalau tak ada pun dia tak banyak fikir..
lagi bagus..
melihat sang adik tersenyum-senyum ceria Syed terfikir sesuatu..
'perlukah aku bagi dia ni dekat dan berhubungan dengan lelaki lain?sedangkan aku tak pasti yang lelaki diluar sana tu boleh terima atau tidak perangai tak semengah Syaf ni?lagi pun nak dapat yang setia pada yang satu ni,susah..yang banyak pun yang tidak boleh dipercayai..aduh!macam mana ni?'
Syed melihat gelagat Syaf yang bernari-nari kegembiraan kerana penangan cinta dari Aril itu..
'boleh kah aku percayakan si Aril ni?'
maka Syed dihujani bermacam-macam soalan mengenai adiknya itu..
* * * * *
wajah sang ibu ditatap lagi..terlalu rindu dengan suara dan belaian wanita itu..
''hari ini,Iq makan lauk tomyam saja ibu..Iq rindu dengan masakkan ibu tau.tapi Iq tetap bersabar..Iq selalu doakan ibu supaya cepat sedar dari tidur ibu ni..Iq sunyilah,bu..dekat sekolah pun tak ramai kawan sebab Iq kan budak baru..em..''dia berbual lagi dengan sang ibu walaupun dia tahu wanita itu tidak membalas tapi dia bersyukur sebab masih punya ibu..
beberapa ketika Iq terlelap..
tiba-tiba..
terasa usapan pada kepalanya itu membangunkannya dari tidur yang lena..
digosok matanya..
melopong dia kini..
senyuman terukir..
si ibu dipeluk lagi menghilangkan rasa rindu yang tertahan selama beberapa tahun ini..
''Alhamdulillah,ibu dah sedar..terima kasih ya Allah..''Iq bersyukur kini lantas dia memanggil pembantu rumah dan dia juga menghubungi doktor peribadi keluarga mereka itu..
tak percaya dia bahwa ibunya itu sudah sedar..
air matanya tak henti-henti mengalir tanda syukur..
seisi rumah banglo itu gamat..
bila puan besar mereka sudah sedar dari koma yang cukup lama..
* * * * *
'aku cemburu dengan kau,Atika..sebab kau boleh rapat dengan dia..sedangkan aku ni pun kau tak fikir..apa yang aku rasa.apa yang aku nak..kau tak tahu pun tapi aku sanggup buat apa saja demi kau..tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri..yang aku pun suka dengan dia juga..maafkan aku,Atika tapi aku takkan biarkan kau bersama dengan dia.aku tak nak kau rapat dengan dia..aku tak rela..kalau aku tak dapat,sesiapa pun takkan dapat dia..'
hatinya kini sakit..mulanya dia ingin membantu tapi rupanya makan dirinya pula..dia rasa iri hati dan kurang senang dengan rancangan yang dia buat itu..
menyesal rasanya bila buat hal bodoh itu..
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...