KOBY bersandar elok di tepi kereta Mazda CX 5 yang berwarna merah sambil menanti kedatangan si kesayangan. Jam tangan Rolex dikerling seketika. Pada masa yang sama, keadaaan di sekeliling tidak lepas daripada pemerhatiannya.
"Sorry kalau aku lambat, Koby." Kemunculan seorang gadis yang mengenakan jubah ungu gelap serta pashima berwarna sedondon mengakibatkan si lelaki terkaku.
Maira langsung sahaja masuk ke dalam perut kenderaan tanpa membuang masa. Dibiarkan Koby terkebil-kebil dengan penampilan terbaharunya itu.
"Kau... cantik... malam ni." Sebuah pengakuan yang ikhlas terluncur dari bibir orang di sebelahnya yang baru sahaja melabuhkan duduk di kerusi pemandu .
"Err... kita dah lambat ni. Cepat kita gerak, cepat juga kita pulang. Kan tak baik seorang anak dara keluar malam-malam tanpa tujuan..." Maira tidak memberi apa-apa respon. Sebaliknya, dia segera menukar topik sekaligus suasana yang dia rasa semakin hambar di saat itu.
Tidak ingin larut dalam pujian. Apatah lagi mereka cuma berduaan di situ. Syaitan selalu mencari cara agar kedua manusia yang bukan mahram berbuat nakal. Kalau terbuai, khuatir sekali akan terhanyut dek ombak maksiat.
Mohon dijauhkan! Pinta Maira dalam hati.
Koby hanya mengangguk sebelum Mazda berkenaan membelah angin di lebuh raya.
Semalam, mereka keluar bersama. Tetapi Maira masih seperti gadis yang dia kenali tiga tahun lepas.
Namun, berlainan pula penampilannya pada hari ini. Perubahan mendadak 360% berkenaan menjadi sebuah kejutan yang membahagiakan bagi diri Koby sendiri. Dalam diam, dia sembunyi senyum. Hati terasa tenang.
Sewaktu mereka tiba di Restoran Bora Ombak, ada beberapa pasang mata memerhati kepada mereka berdua yang baru menjejakkan kaki di situ. Maira tidak selesa saat diperhatikan sedemikian. Akan tetapi, dia hanya mampu mengunci mulut sambil jalan menunduk.
"Err... Koby..."
"Ya?"
"Lain kali, kita tak payahlah pergi dekat sini..." Maira mula berbicara kembali.
"Kenapa, Maira?"
"Err... aku... tak selesa..." Akhirnya, kegusaran hatinya terluah jua.
Lelaki tersebut tersenyum manis. Dia mengerti.
Mereka makan malam dengan tenang tanpa sebutir aksara yang terbit dari bibir masing-masing. Tetapi di benak si lelaki sudah menyusun atur rencana demi berbuat sesuatu. Dia sangat berharap agar malam ini adalah malam yang lebih bermakna berbanding dengan malam-malam yang sebelumnya.
Apatah lagi dengan suasana yang romantis berkenaan, ia telah membangkitkan sebuah semangat yang amat berlainan. Tekadnya membulat!
"Maira..." Gadis itu mengangkat wajah apabila namanya diseru oleh Koby.
"Ya, Koby?"
Mata mereka bersabung seketika.
"Aku nak sangat kau jadi isteri aku, Maira..."
Deg! Terasa jantung sang anak dara terhenti seketika. Lidahnya terkelu dengan kenyataan yang baru sebentar tadi dia dengarkan.
Bermimpikah dia?
SEBUAH pelukan dari arah belakang tubuh menyebabkan sang suami berasa nyaman.
"Kenapa tak tidur lagi ni, bang? Apa yang abang fikirkan?" Aulia meleraikan pelukan sebelum melabuhkan duduk di tepi Mokhtar. Jemari mereka bersimpul.
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...