HaLaMaN 57

71 4 4
                                    

KEGELISHAN gadis itu memancing perhatiannya. Buku yang dibaca ditutup serta-merta.

"Adik ada benda nak cakap dekat abang ke?" Syafiq spontan melontarkan soalan.

Pada mulanya, si adik menggelengkan kepala. Tidak lama kemudian, gadis itu mengangguk pula.

"Mana satu yang betul ni? Kalau ada benda yang adik nak cakapkan, ha cakaplah sekarang."

Inah menarik dan menghembuskan nafas seketika, "Ad... adik nak jumpa Abang Syed."

"Haih. Lagi-lagi pasal Syed. Tak sudah-sudah." Syafiq bangkit dari duduk sebelum menaiki anak tangga untuk ke biliknya.

"Abang Iq, dengarkan penjelasan adik dulu. Abang..." Inah mengekori sehingga ke muka pintu.

"Adik tak faham situasi ke? Adik sanggup buat ibu menangis lagi? Adik ni kan..."

"Ab... abang, adik perlu berjumpa dengan Abang Syed. Tolonglah adik, bang. Kali ni aje. Please..."

Syafiq cuba mengendalikan emosi. Entahlah. Hatinya menjadi beku tatkala melihat si empunya nama berkenaan, Syed. Apa yang bekas abang angkat kepada adiknya itu telah lakukan, ia sangat melampau dan memalukan. Mujurlah cepat juga mereka menemui Syarifah Sakinah. Jika berlarutan, tidak habis fikir dia nanti.

"Abang tak benarkan adik jumpa Syed lagi atau mana-mana lelaki di luar sana. Titik!"

Mata Inah berkaca, "Abang... sampai hati abang buat adik abang macam ni."

"Peduli apa abang? Abang kata tak boleh, maka tak bolehlah tu. Jangan nak membantah!"

"Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang adik berkawan dengan lelaki..." Si adik bersuara sambil menangis.

"Abang ni lelaki, dik. Abang tahu lelaki yang mana baik atau jahat. Adik kena dengar cakap abang. Abang buat ni bersebab, dik. Abang tak nak adik dipermainkan dan kecewa..." Si abang membalas.

"Adik BENCI abang!''

"Abang SAYANGkan adik..."

Syafiq memeluk erat gadis yang kedua disayanginya itu. Bagaimana dia ingin memberitahu akan perkara yang dia lihat tadi pagi kepada Inah? Habis robek hati adiknya itu jika mengetahuinya.

Buntu.

"Selama ni, abang tak pernah kongkong adik. Di Mesir sana, adik adalah muslimah yang boleh abang harapkan dan percaya. Tapi kenapa sikap adik berubah selepas balik ke sini? Lebih-lebih lagi selepas jumpa Syed semula. Adik betul-betul dah berubah. Kalau ibu tahu ni, ibu pasti kecewa."

Inah cuba menghadam dengan halus maksud kata-kata lelaki itu. Ya. Ada benarnya juga. Sikapnya berubah secara drastik setelah menemui kembali si abang angkat. Dia baru sedar akan hal itu.

Memberontak dan membantah adalah bukan dirinya. Besar betul pengaruh Syed pada dia.

***

PELUKAN dari arah belakangnya membuatkan dia berasa tidak aman lalu meleraikan semula.

"Abang, kenapa ni? Abang marahkan sayang ke?" soal Aulia yang kebingungan.

Mokhtar cuba mencari akal untuk menutupi kegusaran, "Err... abang penat. Abang tidur dululah."

Kain selimut ditarik seraya sang suami menyelubungi badannya.

Aulia hanya memerhati. Dia terasa hati sebenarnya, tapi dia cuba berfikir yang positif.

Keesokan harinya, Aulia diasak dengan rasa ingin tahu yang menggunung kerana sikap Mokhtar amat aneh sekali.

Disentuh tidak mahu. Sarapan bersama pun tak nak. Wajahnya kelihatan muram dan gelisah. Paling mengecewakan dirinya apabila si suami sudah reti bernada tinggi dan kasar terhadapnya.

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now