TAIPAN di papan kekunci terpaksa dia hentikan. Bunyi guruh di luar perpustakaan menggamit kegusaran serta kekhuatiran.
Seusai barangan serta perkakasnya dimasukkan ke dalam beg, lelaki itu mula melangkah keluar dari ruangan berkenaan.
'Harap aku sempat sampai ke motor aku. Haih. Time-time macam ni jugak la, hujan nak turun. Aduh!' keluhnya lagi sambil bergegas ke tingkat bawah.
Tempat letak motosikal dia tuju seraya kunci diputar sebelum kenderaan dua roda itu membelah jalan raya.
Apabila dia tiba di sebuah kawasan, motosikal tersebut diberhentikan. Helmet dibuka sebelum melakukan rutin hariannya itu.
Tanpa sedar, kelakuannya diperhatikan oleh seseorang, "Daus! Marilah berteduh dekat sini."
Tersentak dirinya lalu mengukir senyuman, "Ha? Okeylah pak cik."
Lelaki yang bernama Daus itu menjejakkan kaki ke kawasan sekolah sebelum melabuhkan duduk di depan pondok keselamatan.
"Haih. Daus, Daus. Tak siang, tak malam, hujan, terik matahari, tetap jugaklah kamu tercongok dekat sini. Kamu tak bosan ke, Daus?"
Anak muda itu tersenyum sudahnya, "Em... macam mana nak bosan, pak cik? Inilah tempat saya nak tenangkan fikiran."
"Tenangkan fikiran atau teringatkan buah hati kamu yang hilang tu? Haih. Daus, Daus. Kamu dah besar panjang dah pun. Kerja pun elok. Tapi takkan takde siapa yang boleh tambat hati kamu tu?"
"Err... takde lagilah, pak cik. Haih. Siapalah yang nakkan saya ni? Kacak tidak, harta pun tiada. Hmm..."
Pak Daud tergelak kecil, "Kamu ni Daus, suka sangat merendah diri. Ingat semua perempuan dalam dunia ni mata duitan ke? Ramai yang berkenan tapi kamu jugak yang tak nak. Masih lagi nak ingat kat orang yang jauh tu. Em... sudah-sudah la tu, Daus. Lupakanlah dia tu. Cari yang lain. Ha! Kalau kamu tak keberatan, nanti pak cik tolong carikan."
Daus hanya tersenyum sebelum bersuara, "Eh... takpelah, pak cik. Biar saya cari sendiri. Buat susahkan pak cik aje."
Tiba-tiba, sebiji bola tergolek ke tempat berkenaan. Daus mengutip bola baling itu sebelum munculnya seorang gadis.
"Err... maaf, bang. Itu bola saya."
Daus terkaku seketika kerana wajah pelajar itu persis orang yang dia cintai.
"Syaf?"
Pak Daud dah tepuk dahi. Gadis itu turut berasa pelik, "Syaf? Siapa Syaf? Sa... saya Fatihah bukan Syaf."
Pap. Daus tersedar apabila Pak Daud memukul bahu pemuda itu dengan perlahan. Ia mengakibatkan bayangan wajah Syaf lenyap serta-merta.
"Oh, maafkan abang. Nah. Bola kamu."
Benda alah tersebut bertukar tangan sebelum gadis tadi kembali ke gelanggang.
"Daus, Daus... dah semakin kronik dah penyakit angau kamu ni ha."
Lelaki itu menggaru-garukan belakang tengkuknya, "Err... saya balik dulu la, Pak Daud. Takut hujan lebat pulak."
Dia mengelak dari ditanyakan dengan lebih lanjut mengenai si empunya nama. Lantas motosikal berjenama Yamaha itu dia tungganggi menuju pulang ke rumah.
Apa yang dia fikir dan rasakan, biarlah ia menjadi rahsianya seorang diri.
***
"JOM, Inah. Temankan abang. Kita beli barang-barang dapur," ajak sang abang setelah masuk ke dalam bilik adiknya itu.
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...