HaLaMaN 51

100 8 2
                                    

MAFLA di tangan itu ditenungnya lagi. Sudah sembilan tahun peristiwa itu berlaku. Tetapi ia masih segar di ingatannya.

Benda alah itu dipeluk sambil menutup kelopak mata. Terimbau nostalgia bermakna di dalam hidupnya sebelum ini.

Sembilan tahun yang lalu...

"Sayang, di sini banyak debu. Nah! Pakai skarft ni dan tutup kepala kamu tu." Syarifah menghulurkan sehelai kain yang dikait itu kepada Syaf.

Tanpa banyak bicara, gadis itu menutup kepala, leher serta separuh wajahnya. Mereka bertiga menaiki kenderaan awam untuk tiba ke rumah pusaka arwah suami Syarifah.

Setengah jam kemudian, mereka sampai juga ke tempat yang dituju. Barang-barang diletakkan di dalam bilik sebelum dikemaskan. Mereka keletihan akibat seharian meredah perjalanan yang amat panjang dan lama.

Syafiq menjenguk si adik sambil membawakan beberapa buah beg kertas.

"Ab-abang Syafiq..."

Lelaki itu tersenyum sebelum menapak masuk ke dalam kamar Syaf.

"Err... abang ada belikan sesuatu buat kamu, Syaf. Yang selebihnya, ibu bagi kat Syaf dan bolehlah Syaf guna lepas ni."

Gadis itu membelek isi kandungan beg kertas berkenaan. Saat dia mengetahui akan isinya, mata Syaf berkaca.

"Abang... inikan..."

Syafiq mengangguk lantas tersenyum lagi. Kemunculan Syarifah di ruangan itu membuatkan kristal-kristal jernih tumpah dari empangan mata dek terharu. Dipeluknya si ibu dan abang.

"Terima kasih, ibu... abang. Syaf tak tahu nak cakap mana. Syaf tak sangka..."

"Sudah, sayang. Hurm... mulai pada hari ini, Syaf belajarlah guna. Syaf lagi manis tau kalau pakai ini." Syarifah memuji. Manakala Syafiq mengangguk tanda mengiyakan.

Sejak pada itu, Syaf menukar imejnya dengan berperingkat. Bermula dengan menutup aurat dengan sempurna sehingga dia telah menjadi salah seorang daripada muslimah bercadar.

Bukan hanya tempat yang baru, hari dan imej yang baru, akan tetapi nama timangannya juga dibubuhkan yang baharu.

Tamat imbas kembali.

"Inah, tolong ibu pergi ke pasar!"

"Baik, ibu."

Syarifah Sakinah melipat kembali mafla tadi sebelum meletakkan di dalam laci seraya berlalu keluar dari bilik.

KENDERAAN comel empat roda itu meluncur laju di lebuh raya yang bergerak dari lapangan terbang. Tiba-tiba, celoteh deejay di radio itu dia matikan.

"Lah, Syed! Kenapa pulak kau matikan radio tu? Kejap lagi kan lagu Sufian Hakimilah." Mokhtar yang memandu sejak tadi, kini tak senang duduk dibuatnya.

Dahi Syed berkerut, "Sufian Hakimi? Err... siapa tu?"

"Hailah, mamat New York ni. Aku taulah kau dah lama kat negara orang putih tu. Tapi takkan kau tak ambik tau pasal isu semasa kat Malaysia ni?"

"Hihi... sorrylah, Mokh. Aku tak layanlah melodi melayu ni. Lagu-lagu Malaysia ni bukan taste akulah. Hmm..."

"Dah tu, kau suka lagu apa aje? Lagu barat? Ke kau minat K-pop? Hahaha..." Terletus tawa kedua lelaki itu di saat tebakan Mokhtar seakan menyindir.

"Hei, bukan itulah. Tapi... hmm... aku tak boleh dengar lagu-lagu Malaysia ni. Well... kau tahulah sebabnya apa... huh."

Suasana bingit sebentar tadi, kini hening seakan di tanah perkuburan. Mokhtar tahu apa yang membelenggu jiwa pemuda di sebelahnya itu.

Abang Si Penjagaku [$U]Where stories live. Discover now