4

468 45 0
                                    

Dylan dan semua rakan rakan kumpulan enam berjalan menuju ke bilik pembuatan potion dan pil.

Pintu bilik yang tertulis, 'Potion&Pil' ditolak perlahan oleh Dylan.

" Lembap ahh!!" Marah Ritku. Tubuh. Dylan yang berada di hadapannya ditolak ganas. Dylan jatuh terduduk di atas lantai.

" Erm....erm....awak, okey tak?" soal seorang perempuan prihatin. Rambut perempuan itu berwarna biru cair dan memiliki mata yang berwarna hitam pekat. Tangan kanan nya dihulurkan bagi membantu Dylan bangun.

" Ahh, terima kasih.....?"

" Natasya."

" Oh, terima kasih Natasya." Huluran perempuan itu disambut baik oleh Dylan.

Pintu bilik itu dibuka ganas oleh Ritku.

BAMM

Terpampang lah seorang cikgu perempuan yang berambut pink dengan berpakaian skirt pendek paras lutut sedang duduk membaca buku di atas meja bersama kaki yang disilang.

" Siapa tolak pintu ni kuat kuat!?" soal cikgu tersebut. Buku yang dibacanya diletakkan ketepi.

" Dylan" balas Ritku. Dia melontarkan pandangan tajam ke arah kawan kawan nya yang bermaksud, ' kalau kau cakap nama aku, habis kau aku belasah.'

Kawan kawannya yang lain mula berasa takut.

" Ye...ye... betul, Dylan yang tolak" jawab mereka serentak.

Natasya baru sahaja mahu membuka mulut ingin membantah, tetapi perlakuannya itu terhenti apabila pergelangan tangan kiri nya ditarik.
Natasya memandang ke arah belakang.

Kelihatan Dylan sedang memegang pergelangan tangan sambil kepala yang digelengkan beberapa kali.

" Natasya, biarkan je dia tuh "
ujar Dylan perlahan.

Dia malas, malas dan malas ingin bergaduh dan bertekak. Buat membazir air liur sahaja.

" Siapa Dylan? Sini !!!" jerit cikgu itu lantang.

Dengan gerakan yang lemah. Dia berjalan kedepan menghampiri cikgu perempuan tersebut. Hadoi......aku nak belajar bukan nak semua nihh!!!!

Cikgu perempuan yang sedang duduk di atas meja itu melompat turun kebawah. Dia memandang sinis kearah Dylan.

" Nama kau Dylan?" Soalnya sombong .

Dylan menganggukkan kepala.

' Heh.....budak nihh lupenyee.' bisik hatinya sinis.

" Jadi, kau ni budak yang tak der sihir tu...."

Dylan mula berasa geram. Suka hati aku lah tak der sihir. Yang kau nak perli perli tu pahal. Bukan salah aku kot kalau aku ni tak der sihir!!!

" Dah kecoh satu sekolah tentang kau. Jadi, aku Miss Pinkther ni, rasa kalau ajar kau cara untuk buat pil dan potion ni tak der guna kot. " Dahi milik Dylan ditunjal ganas oleh perempuan tersebut a.k.a Miss Pinkther.

Dylan mula terkejut, tetapi riak wajahnya masih dikawal.

" Okey, semua jom belajar. Dan kau budak yang tak der sihir, pergi kemas stor belakang sana tuh"
Cikgu tersebut menunjukkan tangannya ke arah sebuah stor yang agak tersorok.

Dylan terpaksa akur. Mahu marah, dia tiada sebarang sihir untuk memukul cikgu itu. Kekuatan seluruh badannya juga kosong dan lemah. Ritku yang memerhati mula tersenyum sinis. Manakala, Natasya mula berasa risau bercampur cuak, marah dan geram.

Semua murid murid kumpulan enam mula duduk di atas kerusi yang disediakan kecuali Dylan yang sedang membersihkan stor itu. Mereka mula berlajar tanpa menghiraukan Dylan.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now