12

454 41 5
                                    

Dylan mula berasa cuak. Sebuah tangan yang melingkari lehernya membuatkan mukanya pucat dan terkejut. Kakinya kejung berdiri tegak disitu.

" Manusia!!! Manusia!!! Nama awak siapa!!??" Jerit susuk tubuh itu gembira. Lingkaran di leher Dylan dikuatkan lagi membuatkan pernafasan Dylan tersekat.

Dylan mula menepuk nepuk tangan tersebut supaya dileraikan.
Susuk tubuh itu seperti memahami mula melonggarkan lingkaran itu.

Dylan jatuh terduduk di atas tanah. Dia memejamkan mata sambil mengurut ngurut kan dadanya.
Susuk tubuh itu mula berasa pelik.

' Kuat sangat ker aku peluk?' soalnya di dalam hati.

Dia duduk betul betul dihadapan Dylan. Dylan mula membukakan kedua dua matanya.

" Arghhhhh!!" Jerit Dylan terkejut.

Alangkah terkejutnya dia, apabila dibukanya mata ternampak seorang budak yang saiz badannya lebih kecil daripada Dylan berada di hadapannya. Rambut budak tersebut terlampau panjang hingga menutup kesemua matanya dan mempunyai warna rambut yang seperti daun pokok Fanzry. Ungu. Baju yang dipakai oleh budak itu kelihatan seperti terkoyak rabak dan sangat lusuh.

" Ka...kau...Sia...pa..?" soal Dylan cuak. Dia mengundurkan badannya kebelakang sedikit.

Makin Dylan mengundur, makin mendekat budak kecil itu kepadanya.

" Err.....saya penjaga tempat ni. Nama saya Hynae. Saya adalah puak Elfyries dan saya juga telah disegel disini berabad abad lamanya." terang budak tersebut.

Dylan cuba menghadam kata kata tersebut.

" Hah? Puak Elfyries? Ade Ker puak lain selain manusia ?" soal Dylan terkejut.

Budak yang bernama Hynae itu menganggukkan kepalanya.

" Ya, bukankah di luar sana kesemua puak termasuk manusia hidup bersama ?" soal Hynae pula.

Dylan cepat cepat menggeleng geleng kan kepala.

" Tak der. Cuma puak manusia sahaja." Ujar Dylan.

Hynae mula berasa sungguh terkejut. Akibat terlampau terkejut, Hynae pengsan dan terjatuh di atas tanah.

Dylan terus mendapatkan tubuh Hynae.

" Kenapa dengan budak ni?" Bisik Dylan perlahan.

" Dia cuma pengsan." ujar seseorang dingin.

Kelihatan Spirit Beast yang dipulihkan semalam oleh Dylan sedang berterbangan di sekitar itu dan mendarat tepat di hadapan Dylan. Cuma yang membezakan hanya saiz Spirit Beast tersebut telah mengecil sedikit.

Dia memandang tajam ke arah Dylan.

" Kau sengaja kan buat kontrak haiwan peliharaan tanpa pengetahuan aku semalam?" soal Spirit Beast itu dingin.

Dylan mula mengerut ngerut muka tanda pelik.

" Bile masa? Aku pon tak tahu cara untuk buat kontrak tuuu. Tak payah menuduh ahh." Bangkang Dylan.

Spirit Beast yang bernama Tiger Nozve itu mula berasa begang. Dia melompat ke arah Dylan dan mencuba untuk mencakarnya.

Sebuah lingkaran pelindung ilusi telah menyelamatkan Dylan dari cakaran itu.

" Erkk, asal aku tak kene?" soal Dylan pelik.

Tiger Nozve mula mendengus kasar.
Marah berbenoh kate kan......
Jika Spirit Beast mahu melukai tuannya , lingkaran pelindung ilusi akan menahan serangan tersebut. Power takk....

" Bodoh punya kontrak!!" Kakinya dihempaskan ke tanah tanda geram.  Kawasan tanah yang dihempas tersebut mula meretak .

Seumur hidup nya dia hanya pernah melakukan kontrak dengan seorang manusia yang paling kuat dan pahlawan yang paling dikagumi . Dhyford Az Nyfomi. Nama tersebut masih kekal di hati selama berabad abad lamanya dan hanya dia seorang sahaja akan menjadi tuan dan partner awal dan yang terakhir. Tetapi di sebabkan oleh budak mentah yang berada dihadapan nya ini, kesemuanya musnah. Jadi, tuan dan partner baharu baginya bukan Dhyford Az Nyfomi tetapi Dylan Hytomi.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now