53

394 44 16
                                    


" Tujuan aku ke sini sebab aku cari kelopak kristal Hyredg yang ada dekat leher kau tu." Penjelasan Dylan itu terus membuatkan riak wajah lelaki yang bernama Fevlix tersebut berubah.

" Kenapa kau nak kelopak ni?" Suara lelaki itu yang awalnya mesra terus berubah menjadi dingin.

" Aku nak cantumkan kembali kesemua kelopak kelopak yang ada. Dengan tu aku akan dapat kuasa sihir dan selamatkan Hynae dan semua orang dekat puak magiwey."

Fevlix tersenyum sinis.

" Kau nak kelopak ni sebab nak dapat kuasa sihir?"

Dylan mengangguk perlahan tanda meng ia kan nya.

" Aku takkan bagi."

" Perangai kau saling tak tumpah dengan pahlawan pertama. Masing masing pentingkan diri sendiri!!"

" Kau pernah fikir tak? Ape jadi kalau kau dapat semua kelopak tu dan kau gunanye untuk dapatkan kuasa sihir? Kelebihan yang kau akan dapat adalah kau akan lebih kuat dari semua orang. Tapi kalau keburukannya pula, semua puak selain puak Magiwey akan mati." Terang Fevlix.

" Hah!? Puak lain akan mati?" Ujar Dylan tidak percaya.

' jadi Hynae akan mati lah nanti?' soal Isla gusar dan takut.

" Haah. Puak lain akan mati. Kami semua boleh hidup kerana kelopak bunga Hyderg ni. Kelopak ni lebih senang dikatakan sebagai nyawa dan udara kami. Kami tidak boleh berjauhan dari kelopak ni lebih dari 35 Km. Kalau tak kami mati."

" Sama seperti naga hitam tuu cakap...kalau macam tu aku akan berjanji dan tolong semua puak dan cantumkan kembali semua batu di batu Laut. " Ucap Isla sambil berjanji.

" Psst...Dylan!! Nama batu tu batu Lauq bukan Laut." Ujar Kaizen dari jauh.

Dylan yang baru tersedar akan kesalahannya terus tersengih kecil sambil menggaru garu tengkuknya.

" Emmm, Fevlix. Ape jadi kalau seseorang dari salah satu puak tak dapat nak dekat dengan kelopak bunga Hyderg tu? "

" Mati. Tu je. Kenapa?"

Wajah Dylan meruntuh sedih.

" Aku ada kawan...nama dia Hynae dan dia merupakan puak Elfyries. Dia kene tangkap dan dibawa ke Demon Castle. Kau rasa dia selamat tak dekat sana?"

" Demon Castle? Dia akan selamat tapi luka yang dia dapat akan sangat parah."

" Hah? Dia akan selamat? Bu-bukan ke kau tadi kate yang..."

" Dekat Demon Castle tu ada satu batu Hyderg. Batu tu milik puak Gogestone. Kesemua Iblis iblis telah diperintahkan untuk mencari dan membawa batu Hyderg. Puak mereka telah ditangkap oleh iblis iblis dan telah dibunuh secara kejam oleh mereka. Sesetengah dari puak mereka pula mengalah dan terus menjadi bawahan raja iblis. "

BBOOMM!!!!

DRUSHHH!!

NGARKKK!!!

Suara nyaring serta bunyi runtuhan dan gegaran mengejutkan mereka semua.

" Tu suara naga hitam!!" Dengan segera Fevlix berlari laju menuju ke arah luar diekori oleh Dylan dan kawan kawan nya yang lain.

" Naga hitam!!! " Jerit Fevlix apabila dihadapan matanya terlihat sebuah tubuh naga yang besar dan berwarna hitam sedang terbaring bersama titisan darah. Terdapat kesan cakaran serta goresan yang berada di badan naga tersebut. Dylan dan Kaizen yang melihat turut tersentak. Naga yang baru bercakap dengan mereka tadi tak sampai beberapa jam telah mati berlumuran darah. Air mata Fevlix mengalir di pipi.

" Sia-siapa yang sang-sanggup buat macam ni? Naga ni...pak cik ak-aku!! Hanya dia je yang aku ade...hisk..hisk.." luah Fevlix sedih.

" Ewww.....dia nangis lah Azz. Geli aku tengok." Ujar seorang perempuan sambil tersenyum sinis.

Seorang perempuan yang berambut unggu dan bertanduk dua serta seorang lelaki yang turut berambut sama tetapi tanduk di kepalanya hanya ada satu sahaja, sedang memandang hina ke arah Dylan, Kaizen, Titan Nozve, Amie dan Fevlix. Mereka berdua sedang berdiri di udara tanpa menggunakan sebarang sayap atau kuasa.

" Kau cakap!!! Kau ke yang bunuh pak cik aku ni!!!?" Jerkah Fevlix kasar.

" Hehehehe..." Suara ketawa perempuan itu kedengaran. Manakala lelaki yang disebelahnya pula hanya mendiam kan diri.

" Kalau aku buat pon kenapa?" Ujar perempuan itu lagi sambil tersenyum lebar. Fevlix yang melihat senyuman itu mula berasa sakit hati.

" Kau!!!"

Fevlix terus mengubah bentuknya menjadi seekor harimau kumbang. Tanpa berfikir panjang, dia melompat ke udara dan mencuba menerkam ke arah dua susuk tersebut. Tetapi serangan nya sama sekali tidak berhasil apabila lelaki yang bertanduk sebelah tadi menghalang serangan tersebut menggunakan tangnnya. Sebelah tangan Fevlix dicengkam dan dia menumbuk perut harimau kumbang tersebut sebelum menghempaskannya ke tanah.

" Fevlix!! " Jerit Dylan dan Kaizen serentak.

Tubuh Fevlix yang terbaring di atas tanah dihampiri oleh mereka berdua. Terlihat badan harimau kumbang itu tergores gores sehingga mengeluarkan darah.

' lelaki dan perempuan tu kuat...' bisik hati Dylan.

" Titan Nozve!! Amie!! Tolong halang mereka berdua tu!!" Arah Dylan.

Titan Nozve dan Amie tanpa sebarang kata terus memecut laju ke arah dua orang lelaki itu. Amie mengubahkan bentuk badannya menjadi seekor naga air dan terus membuka lebar mulutnya.

Sruushh!!!

Tembakan air dilepaskan olehnya kepada lelaki yang bertanduk satu.

Dylan dengan segera mengeluarkan pil penyembuhan dan memasukkannya ke dalam mulut harimau kumbang tersebut. Badan harimau kumbang tersebut memulih sedikit. Dylan dan Kaizen terus mengeluh lega.

Lelaki tersebut tidak duduk diam. Dia mengeluarkan sebuah pedang dibelakangnya dan mula melibas libasnya beberapa kali kearah Amie. Amie dengan cekap mengelak dan menyerang badan lelaki itu sekali menggunakan ekornya.

Slaasshh!!

Tanpa disedari nya, lelaki itu mengelak serangannya dan terus menyerang hendap ke belakang badannya.

Slaasshh!!

" Akkkhh!!!! " Jerit Amie kesakitan.

Amie menahan rasa sakit yang dirasainya. Dia menukarkan badannya menjadi seekor burung helang dan kembali menyerang lelaki itu lagi.

" Hisy " lelaki itu mendecit geram.

" Ahahahhaha!!! Kau fikir kalau dengan cakaran kau macam ni kau boleh nak cederakan aku? Lambat lagi!!!" Kata perempuan.

Titan Nozve yang mula berasa marah mula mengaum kuat.

Grrooaaarrrrrr!!

Suara nyaring sang spirit beast lagenda yang dapat didengari oleh seluruh tempat itu membuatkan lelaki dan perempuan yang sedang berlawan itu menggigil ketakutan kerana tekanan yang diberikan oleh Titan Nozve.

' ni-niii ker ku-kuasa spirit beast lagenda?' soal lelaki dan perempuan tersebut di dalam hati serentak.

Heyyo!!

Miss me?
Lame eh saya menghilang....
😂😂

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now