49

260 36 9
                                    

" Hahahaha!!"

" Tunggu!! Jangan lari!! "

" Tangkap lah kalau boleh!! "

" Hehehehahaha!!"

" Hahaha!!"

Waktu malam yang selalunya senyap tanpa ada sebarang bunyi kini telah berbeza. Suara kanak kanak serta orang dewasa yang sedang bergelak ketawa di tengah padang itu memenuhi keheningan malam. Unggun api besar yang terdapat di tengah padang itu memeriahkan lagi suasana. Terlihat juga beberapa kanak kanak sedang berkejaran dan beberapa orang dewasa menari dan duduk di sekitar unggun api itu. Di bahagian luar dinding tanah itu, dijaga rapi oleh kumpulan pengawal, supaya tiada langsung penceroboh yang datang.

Dylan yang berada di rumah pil&potion bersama dengan Amie hanya memandang permandangan meriah itu dari kawasan tingkap. Sebelah tangannya ditongkatkan didagunya dan secebis senyuman terukir di bibirnya.

" Meriah je.." bisik Dylan perlahan.

" Haah...." balas Amie yang berada di sebelahnya.

Selepas dia cukup memerhatikan permandangan tersebut, dia mula berjalan menuju ke tempat lain. Amie pula, hanya mengikut sahaja kemana tuannya mahu pergi.

Sebuah meja kecil yang terdapat berhampiran nya dihampiri nya. Punggungnya di labuhkan di atas kerusi yang terdapat di situ.
Tangannya kembali menongkat dagu. Kelopak kristal Hyredg dikeluarkan dan dimain oleh jari jarinya.

" Esok...aku akan pergi dengan Kaizen." Dylan memulakan bicara.

" Disebabkan pertahanan kita dan para pengawal telah jaga tempat ni dengan sangat ketat, ape kata kau ikut aku...Amie?"

" Bo-boleh ke?" soal Amie pula. Ekor yang berada di belakang badannya bergerak ke kiri ke kanan tanda dia berasa gembira.

" Haah, kau perlu ikut aku." Kepala Amie dibelai lembut. Memang habits dia sekarang,  suka belai bulu Amie... Jadi Amie tadah je lah.

" Baik!! Te-terima kasih !!" Balas Amie lagi.

Dylan kembali berdiri tegak. Sebuah bilik yang terdapat di rumah tersebut dihampiri nya.

" Amie, kau jangan ikut." Pesan Dylan.

Mendengar sahaja kata kata tersebut, Amie yang baru saja nak menghampiri tuannya kembali duduk. Tombol pintu kayu itu dipulas perlahan dan dia berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Beberapa orang iblis yang telah ditangkap oleh Kaizen telah diletakkan disitu.
Kedua dua belah kakinya telah digari menggunakan besi.
Dylan menyangkung di hadapan ketiga tiga iblis itu.

" Siapa nama raja iblis?" Soal Dylan sambil memandang tajam ke arah iblis iblis.

Cepat cepat, ketiga tiga iblis itu melarikan matanya dari bertembung dengan mata merah Dylan.

" Aku.Tanye.Kan?" Soal Dylan sepatah sepatah.

" Er-errrr, Ra-Raja.... Niccules Bizral...na-nama..." ujar seorang iblis perempuan. Terlihat badan iblis tersebut menggigil ketakutan. Kedua iblis yang lain pula, memandang terkejut ke arah nya apabila mendengar kata kata yang dikeluarkan.

" Wey, ta-tak kan... ka-kau dah lu-lupa am-amaran Ra-Raja?" Soal iblis satu lagi.

Iblis perempuan itu tidak menjawab tetapi menggeleng gelengkan kepalanya.

" Ta-tak, ak-aku tak ke-kessaaah... to-tolong ja-jangan bu-bunuh sa-saya!!" Rayu perempuan tersebut.

" Eh? Bile masa aku kate aku nak bunuh kau? Buang mase aku jer nak kotor kan tangan aku dengan darah kau. Dengan nak kene basuh darah kau sebab dah terpercik merata tempat... Eee, kau fikir aku rajin ke? " soal Dylan bersama muka jengkel.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now