45

306 38 6
                                    

" Nama kau ape?"

" Umur berapa?"

" Comel giler adik kau ni!!"

" Ni adik kau ke?"

" Mata kau memang awal warna biru eh?"

Datang pelbagai bagai persoalan yang datang daripada kesemua manusia itu apabila melihat Taez dan Tinna.

" Errr, boleh bagi kitorang duduk dulu tak? Penat diri dekat pintu nih..." Rungut Kaizen apabila dia dan Taez masih lagi berdiri di hadapan pintu rumah.

" Ohh, haahlah. Masuk lah!!" Pelawa Natasya sopan. Taez menghadiahkan sebuah senyuman yang paling manis buat si Natasya. Kaizen yang perasan mula menegurnya.

" Ehemm, ehem, yang kau pandang tuu dah berpunya tau..." bisik Kaizen perlahan di telinga Taez.

Mereka berdua termasuk Fire kangaroo, melabuhkan punggung di ruang tamu rumah pokok itu. Keheningan mula melanda apabila kesemua manusia di situ mula mendiamkan diri.

" Haaa tanye lah. Asal diam lak? Tadi kemain lagi bising..." Ujar Kaizen memerli.

" Hehehe, Hai. Aku Kyle umur 15 dan abang kepada si budak perempuan kecil nih, Natasya." Kyle memperkenalkan diri dan Natasya. Senyuman manis dihadiahkan kepada Taez. Dia dah keluar dari kemurungan kronik dia tuh.....tu lah terus gembira.

" Ha-Hai, Kyle. Aku Taez, umur 10 dan adik aku Tinna tu, 2 tahun"

" Saya Shen Zen. Umur 19. Selamat berkenalan."

" She-Shen? Ape tu?" Kening Taez bertaut.

" Shen tuu bermaksud cikgu. Kalau kamu belajar di TRN School, kamu perlu memanggil cikgu lelaki sebagai Shen." Terang Shen Zen. Sebuah senyuman juga diberi kepada Taez.

" Oh...jadi korang semua nih dari TRN School lah?" Soal Taez.

" Haah." Jawab mereka semua serentak.

Kini, mata Taez hanya memandang kearah seorang budak lelaki yang sedang duduk di atas sofa kayu sambil membelai lembut bulu seekor musang. Hanya budak lelaki tersebut tidak mengenalkan dirinya.

' Dia punya ketinggian macam lebih pendek dari aku...jadi, dia nih mesti budak bawah....' bisik Taez.

" Aku Dylan." Tanpa memandang ke arah Taez, Dylan memperkenalkan diri.

" Ooh, aku Taez. Disebabkan aku ni lebih tua dari kau...kau kene panggil aku abang Taez lah kan?" Ujar Taez. Sebuah senyuman sinis dilakarkan.

Pandangan Dylan kini mula terarah ke arah Taez yang sedang tersenyum sinis itu. Keadaan mula menjadi tegang dan menyebabkan mereka semua yang lain takut untuk mencampuri pergaduhan kecil itu. Bukan takut dekat Taez, tapi takut dekat Dylan. Perghh!! Kalau Dylan mengamuk, habis musnah kesemua rumah pokok!!

" Tak. Aku tak nak. Dan untuk pengetahuan kau, aku ni lebih tua dari kau..." Dylan mula memandang kembali ke arah Amie. Malas nak bergaduh. Kalau tenung lama lama , bukan boleh bawak kenyang pon...

" Eh, ye ke? Asal pendek jer." Soal Taez dalam nada sinis, tidak percaya.

" Bende betul..." Balas Dylan perlahan.

' Nak aku terkam tak budak tu?' soal Titan Nozve secara tiba tiba.

" Tak. Tak payah. Ade kang mati budak nih..."

' Heh...tapi, aku tak suka budak nih... boleh aku bunuh tak?'

" Tak yah, tak yah dan tak boleh. Kalau kau bunuh dia, sape nak tanam mayat dia? Aku lagi lah malas.... Tentang budak tuu, biarlah dia. Pepandai lah nanti budak tu senyap sendiri. ."

Tanpa Dylan sedari, perbualannya bersama dengan Titan Nozve sebenarnya tidak menggunakan telepati. Dan membuatkan kesemua manusia yang berada di ruang tamu itu memandangnya pelik.

" Ka-kau ca-cakap dengan sape tuu Dylan...?" Soal Kyle takut takut.

" Ade hantu kee dekat rumah pokok ni?" ujar Kyle lagi. Dilihat, dirinya mula memandang ke seluruh tempat. Tangan Natasya yang berada di sebelahnya dirangkul dan dia menyembamkan wajahnya ditangan kecil milik adiknya itu. Takut....hantyuu makkyann....oyyang!!

" Abang jangan nak gedik gedik boleh tak?" Soal Natasya mendatar. Dia mencuba untuk menarik kembali tangannya supaya menjauh dari wajah abangnya.

" Dylan. Kau bercakap dengan siapa? " Soal Kaizen pula.

Dylan hanya tersengih kecil sambil menampakkan sebaris giginya yang putih bersih. Dia menggaru garu pangkal lehernya yang tidak gatal.

" Aku cakap dengan spirit Beast aku. "

" Err, yang Titan Nozve tu ker?" Soal Shen Zen.

Dylan hanya menganggukkan kan kepala.

" Taez. Baik kau jangan gaduh dengan Dylan. " pesan Kaizen.

" Eh, nape pulak?"

" Kalau kau tak nak mati, baik jangan ganggu Tuan aku !!" Ujar Amie dan Titan Nozve serentak.
Walaupun dalam bayangan Dylan, Titan Nozve masih boleh mengeluarkan suara. Aura disekeliling Dylan berubah menjadi hitam dan kelam. Mendengar sahaja suara tersebut, perasaan takut mula menyelubungi diri Taez. Kyle yang mulanya mahu melepaskan tangan Natasya pun, kembali memeluknya erat apabila takut melihat aura yang berada di sekitar Dylan.

" Dy-Dylan. To-tolong maafkan dia...." kata Kaizen perlahan. Dia mencuba untuk menenangkan aura yang mencengkam dan membunuh tersebut.

" Amie. Titan Nozve. Dah." Ujar Dylan sepatah patah. Pandangan kosong di berikan Dylan ke arah Taez, sementara sebelah tangannya membelai lembut bulu Amie.

Setelah mendengar sahaja arahan daripada Dylan, kedua dua haiwan tersebut terus menenangkan diri. Aura yang sebelumnya mencengkam dan membunuh itu turut menghilang. Taez menghembus nafas lega apabila dia masih lagi diperbolehkan bernafas. Aura yang dirasakan tadi itu membuatkan dirinya sesak nafas dan susah bernafas. Rasa macam nak mati jer...

" Err, Taez. Dylan ni sebenarnya sebaya aku dan Natasya. Badannya kecil sikit macam tu sebab dia tak der sihir. " Terang Kaizen panjang lebar.

Taez diam memandang lantai sambil mengangguk kan kepala tanda faham.

' se-seram!!' jerit hatinya.

" Dan untuk pengetahuan kau, Dylan lah yang cipta semua potion dan pil yang kau puji tadi. Dia juga merupakan pewaris  pahlawan terakhir...." Ujar Kaizen lagi.

Taez berasa sangat terkejut. Peluh mula menitik membasahi seluruh badannya. Dia hanya memandang ke lantai, tidak berani mahu menatap wajah Dylan. Didalam kepalanya asyik berulang soalan yang sama.

' adakah aku akan mati? Aku akan mati ker? Dieorang bunuh aku ke? Aku nak mati ke?'

" Tak per lah. Aku tak kisah. Dan aku pun nak mintak maaf bagi pihak Titan Nozve dan Amie." Dylan meminta maaf. Dia bangun dari duduknya dan terus berjalan meninggalkan kawasan ruang tamu, menuju ke bilik pembuatan pil dan potion miliknya yang berada di rumah pokok yang lain.

" Taez, awak okey tak?" Soal Shen Zen prihatin.

" Ak-aku, ok-okey...."

" Sebenarnya Dylan dulu perangai dia tak macam ni, cuma perangai dia banyak berubah bila Hyane pergi...." Kata Kaizen. Mendapat anggukan mereka semua yang berada di situ. Kalau Natasya? Dia dah tahuu yang Dylan suka dekat Hynae sejak dari hari pertama dieorang makan daging panggang masetu. Jadi, dia perlu move on... Buat ape nak tunggu cinta dari orang yang takkan pernah suka kan kau?

" Hynae? Sape tu? Ape dah jadi dengan Hynae?"

" Hynae merupakan puak Elfyries. Dekat belakang badannya ada kepak kecil dan dikedua belah telinganya lebih panjang dari saiz manusia biasa. Sekarang, dia tak der dekat sini sebab dia dah kena tangkap dengan iblis. Hynae juga merupakan Dylan punya kesayangan. " Wajah Shen Zen terlihat muram apabila menceritakan tentang perkara itu.

" Owhh..."

✨✨✨

✔️CHECK✔️🌹

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now