" Entah.... Aku pon tak tahu." Jawab Dylan bersama riak kosong. Bulu Tiger Nozve yang lembut itu dielus elus perlahan olehnya.
Rinnah bangun dan menghampiri Dylan. Kedua dua belah tangannya mula memegang tangan Dylan.
" Terima kasih. Terima kasih!!" Ujar nya bersama tangan yang digoyangkan. Sungguh dia berasa amat terkejut. Bukan di TRN School dia yang paling lemah ker?
" Ehh, tak pe, tak pe. Sekarang jom kita cari jalan nak ke menara. Masa hanya tinggal beberapa minit lagi sebelum kita berpindah tempat." Arah Dylan. Genggaman tangan Rinnah itu dilepaskan perlahan olehnya.
" Tiger Nozve. Terbang tinggi dan tolong tunjukkan jalan untuk kami."
Tiger Nozve mengangguk dan mengibarkan sayapnya. Dalam sekelip mata sahaja, Tiger Nozve sudah berlegar legar di atas udara.
" Dah, mari kita pergi sekarang. "
Dylan terus berjalan ke hadapan bersama Rinnah meninggalkan Ritku yang masih lagi terduduk di atas tanah. Malas layan....
Muka nya yang tidak percaya itu berubah menjadi geram. Tangannya dikepalkan dan dia menumbuk sekali ke tanah dengan kuat. Cecair cecair darah yang keluar dari celah celah jejarinya itu tidak dihiraukan nya.
" Dasar....budak lemah B*NG*NG !!!" Bentaknya kasar. Ritku terus berdiri dan terus melangkah mengikuti langkah mereka.
Pintu menara tinggi itu dibuka oleh Rinnah.
" Tiger Nozve. Masuk dalam bayang aku. " Ujar Dylan.
" Haah, Khatty pon kene masuk dalam tempat persembunyian balik." Ujar Rinnah pula.
Tiger Nozve mula menghilang dan masuk ke bayang bayang Dylan manakala, Khatty pula telah masuk kembali ke dalam sebuah bola kaca yang terdapat di tangan Rinnah.
Selepas menyuruh Spirit Beast mereka untuk masuk kembali ke tempat persembunyian nya, mereka berlima terus berjalan ke dalam menara sehingga sampai di puncak.
Ohh, lupa nak bagitahu. Masa dalam perjalanan nak ke menara ni, mereka telah bertembung dengan dua orang kawan pasukannya yang lain. Dan bila 3 campur 2 jadilah 5 ye kawan kawan.
Satu demi satu anak tangga di menara itu dilalu oleh mereka berlima. Walaupun telah merasa penat, mereka tetap perlu berjalan kerana masa untuk perpindahan tempat semakin hampir. Akhirnya, setelah berjaya menaiki beratus ratus anak tangga, mereka semua pon tiba di bahagian atas menara.
Sebuah pintu lusuh di tolak perlahan oleh Rinnah.
Kreekk...
Bunyi pintu itu kedengaran apabila di tolak. Mungkin disebabkan faktor usia tu lah mereput sehingga mengeluarkan bunyi.
Mereka berlima mula berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Sebuah kotak yang sederhana besar yang berada di tengah tengah bilik itu didiekatinya. Kini, mereka semua sedang berdiri di sekitar kotak tersebut.
" Bagi aku buka." Kata Ritku dingin.
" Ehh, kenapa pula? Bagi lah Dylan yang buka. Dia yang selamat kan kita tadi." Rinnah mula membantah. Hero mesti lah buka kenapa watak sampingan nak buka pulakk?
" Heh...nak bagi budak lemah acah acah hero ni buka? Tak payah!!" Bengkang Ritku lagi.
" Ape kau cakap!!!??" Marah Rinnah.
" Dah senyap!!! Kau bukak je lah Ritku." Dylan akhirnya memutuskan keputusan. Biar lah Ritku yang buka bukan ade barang barang berharga pon dalam kotak ni.
Kedua dua belah tangan Ritku mula membuka kotak tersebut. Dan ternampak lah sebuah pasu kecil yang mempunyai sebuah pokok kecil yang baru tumbuh. Di sebelah pasu itu terdapat sebuah gulungan kertas.
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...