" Erghhh..." Kepalanya yang berdenyut denyut itu mengganggu lenanya. Terus, dia yang mulanya terbaring mula terduduk sambil memegang kepalanya menahan kesakitan.
" Eh, tuan. Tuan tak boleh bangun, tuan kene berehat dulu." Ujar Amie apabila dia melihat susuk tubuh tuannya mula bangun dari pembaringan.
" Tak, tak...ke-kepalaa aku sakit!!" Dylan menggeleng geleng kan kepalanya, berharap agar sakit kepala itu menghilang.
" Kau makan pil nih. " Pil penyembuhan diberikan kepada Dylan oleh Kyle. Dengan cepat, Dylan mengambil pil tersebut dan terus memakannya. Lama kelamaan, rasa sakit yang dirasai mula memudar.
" Ak-aku dekat mana ni?" soal Dylan apabila melihat dirinya berada di sebuah tempat yang tidak dikenali.
" Kau dalam rumah pokok aku." kata Kaizen bangga. Nak tunjukkan dekat Dylan yang dia dah mampu kawal sepenuhnya sihirnya.
" Hek eleh, nak bangga lebih lebih lak. Tapi, ade guna juga aku ajar kau cara nak kawal sihir tumbuhan nih. Kau kene berterima kasih dekat Sensei kau nih." Secebis senyuman terlakar di bibir Dylan apabila dia memerhati seluruh pelosok kawasan rumah pokok itu. Dah lah besar, cantekk lak tuh. Pandai anak murid dia...
" Ye lah, ye lah. Terima kasih sensei sebab ajar aku masa tuh." Kaizen malas melayan.
" Sihir rumah pokok ni, Dylan yang ajar?" Tanya Shen Zen bersama wajah yang berkerut kerut. Ye lah, orang yang tak der sihir tibe tibe ajar orang yang ade sihir tak ke pelik ke tuh?
" Haah. Memang Dylan yang ajar. Kenapa?" Jawab Kaizen.
" Errr, tak der pape. Cuma, bukan ke sihir Kaizen sihir tanah, kenapa boleh guna sihir tumbuhan lak?" Soal Shen Zen lagi.
" Saya boleh guna sihir tumbuhan tu, sebab Dylan yang ajar. Kan saya dah kata tadi."
" Ta-tapi macam mana kamu ajar di-"
" Saya guna buku All Of Raiyred Secret. Ni buku dia."
Dylan lantas memotong kata kata Shen Zen. Dia turut mengeluarkan sebuah buku dari beg galasnya dan buku itu dihulurkan kepada Shen Zen.
" Al-all of Raiyred Secret? Buku ape ni?" soal Shen Zen dan Kyle serentak.
" Buku tu mempunyai cara cara untuk membuat pil, potion dan cara untuk menggunakan sihir." Terang Dylan.
Helaian demi helaian diselak oleh Shen Zen. Dirinya seperti tidak percaya bahawa terdapat buku yang seperti itu di dunia ini.
' Semua langkah langkah yang mudah dan ada juga cara penggunaaan sihir yang susah tetapi boleh dipermudahkan. Buku ni amat bagus!!. ' Bisik hati nya.
" Emmm, Amie.... Mana Hynae? Bukan aku dah selamat kan dia ker?" Soalan daripada Dylan terus membuatkan mereka bertiga terdiam.
" Tuan, maafkan saya. Disebabkan saya yang lemah ni...kita berdua tidak dapat selamatkan Hynae." Ujar Amie sambil menundukkan kepalanya. Dia merasa sungguh lemah kerana tidak dapat mengalahkan seorang iblis dan tidak dapat menyelamatkan Hynae.
" Eh-eh, bu-bukan kita dah se-selamatkan dia ke?"
" Tak... Tuan tak dapat selamatkan dia. Masa tuan tengah pengsan, saya yang bawak tuan lari." ucap Amie perlahan.
" Ba-bagi ak-aku tenang kan diri. Jangan ganggu aku!!" Tengking Dylan tiba tiba. Dia bangun dari duduknya. Sekilas matanya memandang ke arah Natasya yang sedang terbaring berdekatannya sebelum berjalan menuju ke sebuah bilik. Tingkap bilik tersebut yang mempunyai tempat duduk di duduknya. Dan pandangan nya terus dihalakan ke luar tingkap bilik tersebut.
1 jam.....
2 jam.....
3 jam.....
Sampai matahari yang awalnya berada di atas kepala telah terbenam untuk menggantikan shif malam, Dylan masih lagi duduk termenung di tingkap itu. Kekadang kadang, mulutnya menyebut nyebut nama Hynae, berharap perempuan yang berambut unggu dan mempunyai sayap itu terus datang kepadanya melalui Diamond Tears. Hatinya sakit bagaikan dirobek menggunakan pisau apabila mengenangkan Hynae yang telah ditangkap oleh iblis jahat!! bodoh!! Tu... Perempuan yang selalu ade diwaktu dirinya susah, perempuan yang akan datang menolongnya di setiap waktu dan dimana mana sahaja dan merupakan seorang perempuan yang telah mencuri hatinya. Hynae lah tu!!! Semua Hynae!! Hynae!! Hynae!! Dan Hynae!!
Bukan Dylan tak tahu yang Natasya suka padanya cuma, dia tahu yang Kaizen sebenarnya suke kan Natasya. Ye ahh, asyik nak berkepit je ngan Natasya sampai Dylan pon dia tak ingat. Dan Natasya pula, asyik pikir Dylan,Dylan, Dylan, sampai Kaizen yang suka kat dia pon dia tak perasan. Ish...Ish..Ish...
" Tuan....tuan perlu makan. Dari awal tuan bangun, sampai sekarang tuan tak makan makan." Musang yang bernama Amie itu mula mendekati tuannya. Tapak tangannya yang mempunyai empat jari kecil diletakkan diatas tapak tangan Dylan.
" Maaf Amie. Aku tak nak makan...." Uajr Dylan mendatar.
" Tak. Tuan kene makan. Kalau cik Hynae tahu yang tuan tak makan, apa kata dia nanti." Amie cuba untuk memujuk.
" Tah tah, dia tak makan sebab iblis bodoh tu tak bagi! Arghh!! Bagi aku bunuh bunuh iblis jahanam tuh!! " Marah Dylan.
" Huuh... Saya tahu lokasi cik Hynae kat mana. Lepas tuan makan baru kita bincang dengan semua orang. Natasya pon dah sedarkan diri tadi."
" Mmmm..." Dengan langkah yang malas, Dylan berjalan keluar dari bilik diikuti dengan Amie.
' bagus kerja kau budak!! ' ujar Titan Nozve secara tiba tiba, menggunakan telepati.
" Ehh, biasye...haiwan kesayangan tuan kot? " Amie berasa bangga diri.
' Suke hati kau ahh. '
✨✨✨
Chapter 40 ✔️
Jadi, Dylan suke dekat Hynae!!
Huuu, huuu, tepok, tepok. 😂😂DYLAN ❤️ HYNAE
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...