11

446 43 0
                                    

Dylan membuka matanya. Bunyi jam yang menandakan sudah waktu pagi, telah mengganggu lena nya. Kepalanya yang berdenyut denyut kepeningan itu dipicit perlahan oleh sebelah tangannya. Kelihatan muka nya berkerut kerut menahan sakit tersebut.

Akhirnya, setelah beberapa kali memicit, kesakitan itu beransur pulih.
Dia memandang sekelilingnya.

" Aku dekat blok D? Bile mase aku balik sini? Bukan aku dekat gua Ker semalam?" Banyak persoalan mula bermain di mindanya.

Sungguh dia terlampau bingung. Rasanya semalam dia telah pergi ke sebuah gua. Takkan lah mimpi kot......
Tapi, semuanya sungguh nyata dan realiti. Tetapi, baju yang dipakainya dan topeng yang berada di tepi bantal nya adalah barang barang yang dipakai malam tadi.

Dia bangun dan membersihkan diri.
Baju T shirt biasa dicapai dan dipakainya. Hari ini dia malas mahu masuk ke kelas. Dia mahu memastikan sama ada apa yang terjadi semalam adalah benar atau sekadar mimpi. Lagi pon, dia juga mahu mengumpulkan pelbagai jenis tumbuhan untuk membuat pil dan potion.

Dia membawa beberapa bekas, balang kaca, plastik sederhana kecil lut sinar, pengetip, lesung batu versi ringan punya dan buku All Of Raiyred Secret. Semua barangan itu dimasukkan ke dalam beg sandang miliknya.

Dia berjalan melintasi pelbagai blok seperti seorang perompak supaya  tiada siapa dapat melihat nya.

Akhirnya, dia tiba di pokok Apel tempat rahsia nya. Baru sahaja dia mahu memanjat sebatang dahan, seseorang telah menegurnya.

" Dylan. Kau buat ape tuh?" soal seseorang itu.

Akibat terlalu terkejut, dia terjatuh dari dahan pokok yang agak tinggi itu.

" Aduh!!!" Katanya sambil menggosok punggung yang sakit itu. Segala barang barang yang berada di dalam kotak itu terjatuh dan berselerak di atas tanah.

Seseorang itu menghampiri Dylan.

" Kau okey, tak ni?" soalnya lagi. Sebelah tangannya dihulurkan untuk membantu Dylan bangun.

Huluran itu disambut baik oleh Dylan. Dia memandang ke arah orang tersebut.

" Kaizen? Kau buat ape dekat sini?" soal Dylan pelik. Bukan sepatutnya  Kaizen perlu berada di kelas Ker?

" Ohh, aku baru bercadang nak ke kelas dengan kau. Tapi, aku nampak kau kat sini tu yang aku datang sini. Kau pulak, nak buat ape tuh? Dengan pakaian macam ni, dengan bawa banyak barang barang ni, kau nak ke mana?" soal Kaizen pelik. Ni mesti, dia nak pergi tempat lain nih.....

" Ehh, tak der lah. Cuma aku nak duduk atas pokok ni. Malas nak masuk kelas."ujar Dylan. Setengah bohong, setengah lagi tak bohong.

" Owwh, jadi kau tak masuk kelas lah ni. Okey ahh, aku pergi dulu. Nanti kene marah ngan cikgu pulak...."
Kaizen berjalan meninggalkan Dylan. Biarlah apa yang nak dilakukan oleh Dylan asalkan dia bahagia dan tidak dibuli dan dihina lagi.

Dylan menghembuskan nafas. Nasib baikk dho.....

Dia menyambungkan kembali perjalanan nya. Barang barang yang telah berselerak itu disusun kembali ke dalam beg sandang nya.

Dylan melompat ke arah hutan belakang tembok itu.
Jalan yang dia rasa dia pernah lalui pada malam semalam di lalunya.

Setelah lama berjalan akhirnya dia tiba di hadapan gua tersebut.

" Aku dah kate dah semalam tu realiti." kata Dylan teruja.

Dia memandang kearah tepi gua itu. Terdapat sebuah pokok yang menjalar jalar di sekitar itu. Di bawah pokok menjalar itu juga, terdapat pelbagai jenis cendawan yang berwarna merah dan oren kekuningan.

" Macam pernah nampak jer pokok yang menjalar dan cendawan tu?"

Dylan mengeluarkan buku All Of Raiyred Secret daripada beg nya. Lakaran gambar pokok dan cendawan itu dicari. Setelah banyak kali membuka muka surat, akhirnya muka surat yang dicari cari telah dijumpai.

" Cendawan tu.....adalah cendawan Nynai. Cendawan tersebut merupakan salah satu tumbuhan untuk membuat pil pemulihan tingkat rendah. Pokok yang disebelah nya pula, adalah Fagren. Daun pokok itu boleh menambahkan bilangan pil jika digaulkan sekali. "
Dylan membaca perkataan yang berada di buku itu.

Dia mula memaparkan riak gembira.
Dengan perasaan senang dia mengambil beberapa keping cendawan dan daun pokok itu. Kedua dua tumbuhan itu diletakkan berasingan ke dalam bekas kaca milik nya.

Selepas selesai mengambil tumbuhan tumbuhan tersebut, Dylan meneruskan perjalanan ke dalam gua.
Buku dan bekas bekas kaca di masukkan kembali ke dalam beg nya.

Sungguh permandangan yang berada di hadapan nya ini sama sekali tidak serupa dengan semalam.  Batu batu tajam yang dilihatnya semalam tiada dan ditukarkan dengan pelbagai jenis batu yang berbeza warna. Ada warna merah, ada warna hitam legam, ada warna seakan akan ais, ada yang berwarna putih dan mempunyai pelbagai corak seperti nada muzik dan ada juga berwarna biru. Dan batu yang berwarna biru itu mengeluarkan cahaya seperti kilat. Cahaya itu berlegar legar didalam batu tersebut.

Dylan memegang kesemua jenis batu tersebut. Batu yang berwarna merah itu panas, batu warna hitam legam tahan lama seperti logam,batu seakan akan ais itu terasa sejuk, batu yang berwarna putih itu mengeluarkan bunyi dan batu biru itu mengeluarkan kilat dan terkena tepat di telapak tangan Dylan.

Dylan menggoncangkan tangan nya tanda sakit. Setelah beberapa minit menggoncang, kesakitan itu beransur hilang. Dia membuat keputusan untuk mengambil sedikit serpihan serpihan batu batu tersebut.

Dylan mengetuk sedikit batu batu itu menggunakan pengetuk besi.

KRAKKK

Serpihan batu tersebut pecah dan jatuh ke tanah. Dylan mengambil batu itu menggunakan sarung tangan. Kemudian, batu batu tersebut di masukkan ke dalam plastik yang berasingan . Selepas itu, plastik plastik yang berisi batu itu diletakkan berhati hati ke dalam beg.

Dia meneruskan langkah nya yang terhenti itu. Setelah banyak kali melangkah, akhirnya mereka tiba kawasan air yang mempunyai 3 warna  dan pokok Fanzry di bahagian tengah.

" Woah....tempat ni lebih cantik dari waktu malam." Ujar Dylan taksub.

Dia melompat ke atas batu batu yang menuju ke arah pokok Fanzry tersebut.

" Satu, dua, tiga lekuk....
   Kepala buaya aku ketuk....
   Empat, lima, enam, tujuh....
   Jantan betina aku ketuk...."

Dylan menyanyi nyanyi kecil lagu yang pernah terkenal di dalam cerita
' Pada Zaman Dahulu ' sambil kakinya melompat melepasi sebuah batu ke batu yang lain.

Akhirnya, dia tiba tepat dihadapan pokok itu. Beg sandang miliknya diletakkan ke atas tanah.

Tiga balang kaca dan sebuah plastik dikeluarkan kannya. Dahan kecil yang ditumbuhi dengan bebanyak daun yang berada di atas pokok di patahkan sedikit. Dahan kecil itu dimasukkan ke dalam plastik yang dikeluarkannya. Kemudian, ketiga tiga balang kaca itu dimasukkan air yang berwarna merah, putih dan biru gelap.

Susuk tubuh yang memerhati dari atas pokok mula tersenyum lebar.

' manusia semalam!! Dia datang!?' jeritnya suka didalam hati.

Susuk tubuh itu melompat turun dari pokok dan menerkam kearah Dylan.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now