Mereka berdua memerhati kan barisan yang masih panjang dengan pandangan penat bercampur lapar.
" Wey.......bila la nak habis barisan ni!! Aku dah lah lapar!!!" rungut Kaizen sambil menggosok gosok perutnya yang asyik berdendang kan lagu dondang sayang.
Dia mengerling sekilas ke arah Dylan yang sedang kusyuk membaca sebuah buku lusuh." Ehh macam pernah nampak jer?" bisik nya perlahan.
" Haa?" Dylan memusingkan kepalanya memandang wajah kawan baiknya itu. Dia baru sekilas terdengar suara bisikan.
" Kau ade cakap apa apa ker?" Soal Dylan.
" Ahhh tak de pape cuma....aku macam pernah nampak buku ni."
ujar nya jujur." Bagi kejap dekat aku." Kaizen merampas buku tersebut dan dia memerhatikan segala segi tulisan, reka bentuk, dan jenis buku. Dylan yang berada di sebelahnya hanya memerhati. Sekejap kawannya itu mengetuk ngetuk buku, selepas itu, menggoncang goncang buku itu dan kemudian dia melihat tulisan buku itu dengan tekun.
" Aku dah agak dah!!" Jerit Kaizen kuat. Sesetengah pelajar menengah yang berada berdekatan nya mula memandang pelik. Mungkin di dalam kepalanya berkata,
' Apasal dengan pelajar baharu yang berumur 5 tahun ni? Gila ker? 'Tadi Kaizen menjerit, kini dia pula memeluk buku tersebut.
" Wey, kau kenapa ni?" Soal Dylan pelik.
Buku yang dipeluknya diletakkan di atas meja. Dia menggoncang kan bahu Dylan beberapa kali.
" Woi....kau...u...ta..hu....ta...ak? Bu....kku....ya..anngg.....kaa..auu...
ba....ca...tuu....ad....da...lla..ah....
All Of Raiyred Secret." ujar Kaizen dengan tangan yang masih menggoncang tubuh kawannya itu." Ha....?? Ak...ku....ta...ak....fah....
ham....ahhh." kata Dylan tersekat sekat.Tangan Kaizen yang berada di bahunya itu ditolak ganas oleh Dylan.
" Kaizen. Calm down." Tuturnya tegas.
Kaizen mula menarik dan menghembuskan nafas beberapa kali untuk menstabilkan jantungnya yang berdetak laju akibat dikejar oleh hantu Kak Limah versi buku lusuh milik Dylan.
" Buku yang kau baca tadi tu sebenarnya adalah buku All Of Raiyred Secret. Buku tu adalah dari zaman lama dan ramai yang mencari carinya. Tetapi tidak dijumpai.
Buku ini menulis tentang segala cara cara untuk berlawan dan rahsia mengenai puak puak yang telah hilang."
Terang Kaizen panjang lebar." Macam mana kau tahu semua ni?" tanyanya pelik.
" Mase dua jam pertama, kumpulan aku kan kene pergi perpustakaan, jadi dekat situ Shu Cyci suruh baca apa apa sahaja buku. Aku pergi ambil sebuah buku. Buku tu menerangkan segala segala jenis tumbuhan, bunga dan buku yang sudah pupus."
Terang Kaizen lagi." Jadi, puak puak yang selain manusia tu adalah?" soalnya lagi.
Kaizen mengangkat bahunya.
" Maybe ada, maybe tak der. Dah jom kita pergi beli makanan. Barisan pon dah tak der dah." ajak Kaizen.
Buku lusuh itu disimpan kembali di dalam kot nya.
Mereka berdua berjalan membeli makanan di kantin itu." Cik, nak nasi goreng beras cap rambutan satu." ujar seorang lelaki bersebelahan dengan Dylan.
Sementara menunggu nasi goreng itu dimasak, lelaki itu sempat menyanyi nyanyi kecil lagu beras yang pernah famous ketika dahulu.
Beras cap,cap,cap~~
Cap rambutan~~Teng teng !!!
Dylan yang mendengar mula terketawa kecil.
Selepas membeli makanan, dia makan bersama sama dengan Kaizen di sebuah meja yang berada di hujung sekali.
Sekali suap, tak cukup.
Dua kali suap, nak lagi.
Tiga kali suap, tak boleh berhenti.
Dan...empat kali.....
DUSSHH!!
Meja yang diduduki oleh Kaizen dan Dylan ditumbuk kuat oleh seorang lelaki. Meja itu bergoyang kuat sehingga menumpahkan air sirap milik Dylan.
Dengan perasaan yang malas, dia merenung lelaki yang mengacaunya makan itu.
" Kau nak ape ?" soal Dylan dingin.
" Heh...tak der pape. Cuma aku benci tengok muka kau dekat sini." jawabnya sinis. Dua orang kawan nya yang lain hanya tergelak palsu.
" Kau memang tak der hidup sendiri ehh? Nak kacau hidup aku dengan kawan aku ni!!!??" ujar Kaizen sambil menahan amarah.
" No, Kau salah. Aku cuma nak kacau dia jer. Dan kau ade sekali dekat sini, ape lagi kacau ahh kau sekali."
Ritku menolak rambut merahnya ke belakang. Acah handsome.....
Mata mata yang memerhati pergaduhan itu tidak dihiraukan nya." Dah pergi lah tempat lain!!" Jerkah Dylan kasar. Mata merahnya menatap garang ke arah Ritku.
" Heh, kau tengking aku? Kau dah gaduh dengan orang yang salah kau tahu tak!!" jerit Ritku. Tangannya mula mencengkam kan sebuah penumbuk.
" Ade aku kesah." Jawab Dylan yang malas mahu melayan perangai kebudak budakan lelaki itu.
Ritku tersenyum sinis. Sebuah potion yang berwarna hijau tua dikeluarkan dari kot bajunya . Potion itu dituangkan keatas kepala Dylan.
Cecair cecair potion itu membasahi seluruh kepalanya dan jatuh ke bahu.
Dylan mula berasa terkejut.
Manakala, Kaizen yang berada di sebelah nya mula menahan geram.Tiba tiba......
Seluruh tubuh Dylan mula berasa gatal. Tangannya mula mengaru garu seluruh tubuh.
" Arghhh, gatal, gatal, gatal " ujarnya cemas.
Sekali digaru, makin menggatal. Dan akhirnya, badan Dylan dipenuhi dengan pelbagai bintik yang berwarna merah.
Ritku tergelak sinis sebelum meninggal kan Dylan." Wey, Dylan. Kau okey tak ni? Kenapa badan kau macam ni?" soal Kaizen prihatin.
" Entah lah.....cuma badan aku ni gatal sangat." ujar Dylan dengan tangan yang masih menggaru.
" Haaa, kalau macam tu jom pergi jumpa Shu Freyna dekat bilik kesihatan." ajak Kaizen.
Kringgg
Loceng berakhirnya waktu rehat telah kedengaran.
" Boleh, tapi nanti kau...macam mana?" tanyanya.
" Tak pe, aku sanggup ponteng kelas semata mata untuk kau. Dah jom pergi."
Kaizen bersama sama dengan Dylan berjalan menuju ke bilik kesihatan. Pintu bilik yang berwarna putih bercorakkan sedikit warna hitam itu ditolak perlahan oleh Kaizen. Dia memimpin Dylan ke arah sebuah katil.
Badan kawan baiknya itu dibaring kan perlahan ke atas katil." Kau baring sini kejap. Aku nak pergi masuk bilik Shu Freyna tu....." Kaizen menunjukkan tangan nya kearah sebuah bilik. Dengan lemah, Dylan menganggukkan kepala.
Gatal.....gatal....gatal....Bilik Shu Freyna itu ditolak oleh Kaizen.
" Shu Freyna. Boleh tolong saya tak? Kawan baik saya tu sakit, jadi boleh tak Shu tengok tengokkan dia??" ujarnya. Sepasang matanya itu mula meliar mencari cari kelibat Shu Freyna.
" Oh, Kaizen. Mana kawan kamu tu?" Seorang perempuan yang memakai pakaian nurse berjalan keluar dari sebuah ruangan.
" Dia ade dekat katil. Boleh tengok tengok kan dia tak?" soal Kaizen separa merayu.
Shu Freyna mula mengangguk. Dia berjalan bersama Kaizen mendekati Dylan yang sedang menggaru garu seluruh tubuh nya yang gatal itu.
" Dia ni terkena potion tingkat separa rendah. Siapa buat dia macam ni??" soal Shu Freyna lembut.
" Ermmm......"
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...