Daging panggang yang dihidangkan dihadapan matanya hanya di pandang tanpa ada sedikit pun rasa lapar. Dia hanya menjamah sedikit sahaja kambing panggang itu . Bagi kawan kawannya yang lain pula, mereka menjamu selera dengan gelojoh sekali kerana kelaparan.
" Emmm, Dylan makan lah lagi." Pelawa Natasya yang duduk dihadapannya. Diletakkan sepotong daging panggang di pinggan Dylan.
" Takpe lah. Saya tak nak." Daging tersebut diletakkan ke atas pinggan Natasya. Kini, dia hanya perlu menunggu kawan kawannya menghabiskan makanan dan terus berbincang tentang cara untuk menyelamatkan Hynae.
' Hei Dylan!! Aku keluar boleh? Aku pon nak makan.... ' ujar Titan Nozve secara tiba tiba.
' Aik!!? Bukan Spirit Beast atas macam kau ni tak makan ker? '
Dylan menggaru garu kepala nya yang tidak gatal.' Hisy..jangan banyak tanya lah. Aku tengah lapar nih. Boleh tak aku keluar?' suara Titan Nozve berubah kasar sedikit.
' Ye boleh...kau nih Titan Nozve. Nak marah je kejeee.'
" Grroouughh!! (Terima kasih) "
Titan Nozve mengecilkan badannya menjadi saiz sederhana. Kalau dia keluar guna saiz besar alak maklumlah rumah pokok ni terus akan roboh. Dia terus keluar dari bayangan Dylan dan dia turut memakan daging panggang bersebelahan dengan Amie.
Ngauman dan kemunculan Titan Nozve yang tiba tiba itu mengejutkan mereka semua yang sedang makan kecuali Dylan." Arghh!!! Ka-kau bi-bila masa kau ade dekat sini!!??" Soal Kaizen tergagap gagap apabila dia mendapati spirit Beast milik Dylan sedang memakan daging panggang berdekatan dengan nya.
Titan Nozve hanya mendiamkan diri apabila di soal oleh Kaizen.
✨✨✨
Selepas habis menjamu selera,
Mereka semua duduk berkumpul di ruang tamu rumah pokok itu." Okey, aku ade sedikit pendapat. Boleh tak rumah ni buat bilik air? Nak mandi mandi senang. Tak der lah kene mandi tasik dekat luar hutan tu...." Rungut Kyle.
" Nak buat bilik air? Aku boleh buat guna pertukaran sihir aku....tapi kalau nak keluarkan air, aku tak pandai. " Terang Kaizen.
" Sa-saya. Saya boleh keluarkan air untuk mengalir dekat bilik air tuu. Dekat peti sejuk yang baru Kaizen buat tadi tuu, saya boleh letakkan beberapa ketul kiub ais untuk bekukan nya." Natasya memberi kan pendapat.
" Aik!! Bukan Natasya sihir air ke? Macam mana boleh keluarkan sihir ais?" soal Kyle pelik.
" Dia macam saya. Sebab kitorang belajar dengan Dylan." Kaizen menjawab soalan Kyle.
Kyle menganggukkan kepala tanda faham.
" Nanti, boleh tak kau tolong ajar kan aku sekali Dylan?" Pinta Kyle. Muka babyface dibuatnya untuk menagih simpati dari Dylan.
Dylan pula hanya memandang Kyle kosong. Muka mintak kaki yang ditunjukkan oleh Kyle itu membuatnya sedikit meluat.
" Haaaa, nanti aku ajar kan kau...Jadi ape cara nak selamatkan Hynae? " Ujar Dylan setelah lama mendiamkan diri. Di ikutkan juga permintaan Kyle untuk diajar olehnya.
" Amie, kau kate kau tahu kat mana Hynae? Dia dekat mana sekarang ni? " Soal Dylan lagi. Pandangan nya dihalakan ke arah Amie yang sedang duduk bersebelahan dengannya.
" Errr...cik Hynae sekarang tengah berada di Demon Castle. Demon Castle tuu merupakan sebuah istana iblis yang menempatkan pelbagai jenis iblis dan raja iblis. Ka-kalau kita nak selamat kan cik Hynae...kita perlu berperang untuk selamatkan dia dan hentikan semua yang terjadi sekarang ni. "
Si musang itu berkata tegas. Dia memanggil Hynae cik Hynae, apabila dia tahu yang tuannya amat menyukai cik Hynae itu." Dan saya juga baru tahu, bahawa ketiga tiga negara ini sepenuhnya telah dicerobohi oleh iblis iblis. Dan mereka semua mencari pahlawan terakhir, iaitu tuan saya. Dylan Hytomi. " Sambung Amie lagi.
" Hah!? Ketiga tiga negara telah dicerobohi? Macam mana iblis iblis ni boleh lepas dari dinding sihir negara? Dan macam mana kau tahu, Amie? "
" Itu....sebab mata saya ni boleh melihat jauh lebih dari 10 km. Tentang dinding sihir negara tu, saya tak pasti. Mungkin iblis iblis itu ke sini menggunakan teleportasi atau sihir ruang kerana dinding sihir negara tiada langsung tanda tanda dicerobohi. "
" Mungkin sekarang kita perlu berperang untuk menyelesaikan semua masalah ini. Tujuan kita satu. Musnahkan Demon Castle dan selamat semua orang termasuklah Hynae. " ujar Dylan.
" Tapi...nak berperang, kita kekurangan anggota dan kita juga kekurangan kekuatan." Kata Shen Zen pula.
" Haah. Kita perlu fighter, para penyihir dan back up treatment."
" Emm..ap-ape kate kita minta tolong dengan ketiga tiga Raja negara ni." Natasya memberikan idea.
" Minta tolong raja? Hmmm, boleh juga!! Ape kate, kita buat macam nih. Aku akan berunding dengan Raja negara Naugrey. Kyle berunding dengan Raja negara Rouzewld manakala Dylan akan berunding dengan Raja negara Tariffle." Shen Zen memberi cadangan.
" Tak. Aku tak boleh berunding dengan Raja Tariffle. Aku kene cari kesemua kristal bunga Hyredg"
" Buat ape awak cari bende alah tuu." Soal Natasya.
" Kalau kesemua kelopak kristal tu bergabung, aku akan dapat sihir dan akan jadi kuat. " Dylan menunjukkan sebuah kelopak kristal kepada semua orang.
" Dekat mana kelopak kristal yang selebihnya tu?" Soal Kaizen.
" Dekat puak puak yang dah lama pupus. Puak Gurlnimals, DarkVamp, Elfyries dan Gogeston. " Ujar Dylan mendatar. Sejujurnya dia juga tidak tahu dimana kesemua puak yang pupus itu tinggal dan adakah puak puak tersebut masih ada? Tapi.., aku tak nak jadi beban orang lain. Kalau aku ade sihir, aku akan jadi lebih kuat dari sekarang.
" Lokasi dia? Kau ade ke lokasi puak puak ni?" Soal Kaizen lagi.
Dylan terdiam mendengar pertanyaan Kaizen. Titan Nozve yang berada di sebelahnya dipandang.
' Wey Titan Nozve, takkan kau tak tahu mana puak puak tu?'
' aku tak ingat sebab aku dah tidur beribu tahun dekat gua Hynae tu...jadi aku lupe.' ucap Titan Nozve selamber.
' Hisy!! Tak boleh diharap.' Dylan mendengus kasar.
" Sa-saya boleh bagitahu dekat mana puak puak tu kalau tuan bagi saya pegang kelopak kristal tu." Kata kata yang dikatakan oleh Amie itu terus membuatkan Dylan berasa gembira.
Dengan cepat Dylan terus meletakkan kelopak kristal itu dihadapan si musang peliharaannya itu. Terus si musang itu mengucapkan ayat ayat sihir.
Requa Kinn
Selepas menyebutkan ayat sihir itu, berpuluh puluh informasi tentang puak puak yang dah lama menghilang masuk ke dalam kepalanya.
" Macam mana? Dah jumpa lokasi dia?" Soal Dylan tidak sabar.
Amie kembali membuka kedua matanya. Terus kelopak kristal itu diserahkan kembali kepada tuannya.
" Dah. Saya dah jumpa lokasi kelopak kristal kedua. Tempatnya berbahaya dan penuh dengan reruntuhan batu. Hanya beberapa orang sahaja yang boleh pergi ke sana."
" Okey, kalau macam tu...aku akan pergi dekat lokasi tu dengan Kaizen. Untuk berunding dengan Raja negara Tariffle, korang hantar je Natasya. Natasya awak pun okey kan?" Soal Dylan.
" Ha-haaaa. Sa-saya okey je... "
" Sekarang semua dah dibincangkan. Dylan dan Kaizen korang berdua akan pergi cari kelopak kristal tu. Manakala aku, Kyle dan Natasya akan berunding dengan ketiga tiga Raja negara ni. Dan rumah pokok ni boleh tak Amie tolong jaga sementara kami semua pergi? Kalau boleh, Amie tolong cari mana mana orang yang hampir dibunuh oleh iblis tu, dan bawa mereka ke rumah pokok ni untuk keselamatan. "
" Okey. Baiklah. " Jawab Amie.
" Jadi, kite semua akan berangkat pada minggu depan. Naik spirit Beast masing masing ehh..." Ujar Shen Zen.
" Baik, Shen !! " Jawab mereka semua serentak.
✨✨✨
Chapter 41 check ✔️
😳💕
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...