30

391 45 0
                                    

Aura keungguan bercampur hitam mengelilingi seluruh badan seseorang tersebut. Rambutnya yang kemas tadi mula serabai dan berterbangan. Saiz kecil sayap yang berada dibelakangnya  mula berubah menjadi besar melebihi badannya sendiri. Kini rambut dan matanya berubah menjadi merah. Di tangan kanannya pula terdapat sekuntum bunga teratai biru yang dikenali sebagai ' Reshart Palm '. Bunga teratai
itu terapung apung di hadapan seseorang itu.

DIAGRAM DYNOSIS !!!!

Teratai itu jatuh ke tanah dan terlakarlah sebuah lingkungan petak sihir yang berbentuk segi tiga berwarna biru yang sangat besar.

DRAGON TWIN CRYS!!!

Seekor naga ais berkepala dua yang sangat besar mula keluar dari lingkaran tersebut. Naga ais itu mula berterbangan menembusi belon dan menuju ke arah monster sotong itu.

RYNCONIST

Naga itu mula membuka luas kedua dua mulutnya dan mula membaham sotong tersebut. Seperti telah mengetahui ajalnya, sotong tersebut tidak boleh berbuat apa apa dan tidak  melawan kembali.

Seluruh air laut itu mula bertukar menjadi merah darah. Ikan ikan yang berenang renang keseronokan berdekatan dengan belon tersebut mula terbaring dan mati di situ. Cecair darah yang telah mencemari air laut itu bagaikan sebuah cecair racun yang sangat padah. Kecantikan yang di lihat pada awal tadi telah pon digantikan dengan sesuatu yang amat ngeri dan meloyakan.

DIAGRAM OUT!!!

Jeritan tersebut memanggil kembali naga ais miliknya. Naga itu mula terbang masuk semula ke dalam belon dan menjunam masuk ke dalam lingkaran sihir tersebut. Setelah beberapa minit, sebuah bunga teratai yang muncul sebelum semua yang berlaku, berterbangan kembali ke tangan seseorang tersebut. 

Ngeri....loya....takut dan bermacam macam perasaan mula melingkari lubuk hati mereka bertiga.

" Erkk....kenapa ni?" Soal Ritku yang baru sahaja sedar dari tidur nya itu. Efek ubat yang digunakan oleh Rinnah kemungkinan telah kehabisan tenaga. Tetapi ni sekarang tak penting...yang penting ni adalah......benda tuh.....

Ritku mula mengesat kedua dua matanya yang sakit itu. Kemudian, pandangan nya dihalakan kearah tubuh seorang  yang berterbangan yang pernah dilihatnya.
Kedua dua belah matanya mula membesar.

" Han-hantu can-cantik!!!???" Jeritnya lantang. Kini, kesemua anggota tubuhnya menggigil kerana seram sejuk.

Seseorang a.k.a Hyane mula mengepak ngepakkan sayap nya dan berterbangan laju untuk membunuh mereka semua.

" Rinnah, Rudy...mac-macam...ma-mana...ni-nih..." Ujar Syaf terketar ketar. Penekanan aura yang sangat kuat datang daripada Hynae telah membuatkan dirinya takut. Aura ini lagi kuat daripada aura naga yang dilawan nya pada tempat pertama itu.

" Tak pe, kita lawan jer dia." Kata Rinnah tegas dengan ketakutan yang disorokkan. Penekanan aura tersebut juga dapat dirasakan nya. Ingin meminta bantuan daripada Dylan, Dylan kini sedang tertidur bersandar di bawah sebatang pokok yang kawasannya agak jauh dari mereka. Tiada cara lain, kena lawan gak.

" Kita keluarkan semua kuasa yang kita ada!!" Jerit Rinnah mendapat anggukan dari mereka semua. Ritku yang berdekatan dengannya juga menganggukkan kepalanya.

" Jadi, jom!!!" jeritnya lagi.

Khatty!!

Ruein!!!

Fayre!!!

Monvy!!!

Keempat empat spirit mereka dipanggil dan dikeluarkan dari tempat persembunyian. Rinnah si Spirit Beast kucing ais, Khatty. Rudy si Spirit Beast ular, Ruein. Syaf si Spirit Beast tikus, Fayre dan Ritku si Spirit Beast monyet, Monvy.

Keluarkan semua kuasa!!!

Go!!!

Hundred Ice Arrow!!

Fyward Raim!!

Werhart Flamn!!

Shavyn Dust!!

Gyaet Fuszion!!

Shaerz Minnorc !!

Kuasa ais, api, tanah dan racun yang dikeluarkan oleh kesemua spirit tersebut untuk menentang Hynae. Bagai kan kacang goreng tanah..., Hynae hanya menghalang serangan itu menggunakan sayap besarnya itu.

" Heisy.... Kita kene bertarung juga. " Arah Rudy. Mereka semua mengangguk.

Kini, di tangan mereka semua mempunyai peralatan sendiri. Rinnah, tombak, Rudy sepasang piring, Syaf tongkat sihir dan Ritku pula anak panahnya. Semua peralatan itu diacukan kearah Hynae .

" Jom serang!!!" Jerit Rinnah memberi sorakan.

Durstan Gaul!!

Haund Wend !!

Furssst Dor-....

" Tunggu!!!" Jerit seseorang jauh.

Segala kuasa yang ingin dikeluarkan dan segala gerakan yang ingin dibuat terus terhenti apabila mendengar suara tersebut. Mereka semua termasuk Hynae mula memalingkan wajah mencari suara tersebut.

Kelihatan Dylan sedang berlari laju menuju ke arah mereka. Kedua dua belah tangannya dibuka dan dia berdiri menghadap Rinnah dan yang lain untuk menghalang dari terjadinya pertarungan.

Rambut dan mata merah miliknya mula bertukar kembali menjadi warna yang asal. Saiz sayap miliknya juga berubah menjadi saiz biasa. Hynae yang tadi berterbangan, kini mula menutup sayapnya dan memeluk Dylan erat.

" Dylan, Dylan, Dylan, Dylan." Ujarnya dengan suara halus dan kepalanya digesel geselkan tanda manja. Dylan pula membalas kembali pelukan tersebut dan dia menepuk nepuk perlahan badan Hynae.

Mereka yang lain apa lagi..... TERNGANGA lah!!!! AHAHAHAH!!!

' Dengan Dylan manja semacam, tapi dengan kiteorang ganas lain macam. Ish Ish ish.....' bisik Rinnah didalam hati.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now