50

274 35 4
                                    


Segala perkakasan serta barang barang yang diperlukannya diletakkan kedalam beg galasnya. Buku All of Raiyred Secret juga dimasukkan ke dalam beg itu. Kelopak kristal bunga Hyderg diambilnya dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas kecil. Kemudian, bekas itu juga dimasukkan ke dalam beg tersebut. Amie yang berada di tepi badannya dipandang dan diusap lembut.

" Jom Amie. Kita kene gerak sekarang." Ucap Dylan sambil menyarung baju sejuknya. Beg galasnya juga dipakai dan badan berbulu Amie diangkat ke dalam pelukannya. Lembut, selesa...

" Dylan!! Selamat pagi!" Tegur kawan kawannya . Kini, mereka semua sedang berada di tengah tengah padang bersama dengan orang orang yang lain. Dylan hanya mengangguk kan kepala membalas sapaan kawan kawannya itu. Amie diletakkan kembali ke atas tanah.

Dia, Shen Zen, Natasya, Kyle dan Kaizen mula bersiap sedia bersama dengan spirit Beast masing masing.

" Buka gerbang kayu !!" Arah Dylan kuat. Serta merta pasukan penjaga terus menolak pintu besar itu supaya terbuka besar.

" Kami pergi dulu!!" Ujar Kaizen.

" Tunggu kami tau!!" Ujar Natasya riang sambil melambai lambaikan tangan.

" Korang jangan TERrindu dekat ketampanan aku!!" Kata Kyle pula.

"Hati hati!!"

" Balik cepat!!"

" Selamat jalan!!"

Kedengaran suara semua manusia yang berada di situ melambai lambai mereka pergi.

Mereka mula berpecah. Kyle berjalan ke arah tepi kiri, Natasya pula melalui jalan kanan. Kalau Shen Zen pula, dia berjalan menuju ke arah pantai Panceu. Kerana apabila dia sampai sahaja di pantai itu, dia akan semakin hampir dengan negara lain. Manakala bagi Dylan dan Kyle, mereka berjalan lurus ke hadapan tanpa henti.

" Amie, arah mana?" Soal Dylan.

" Mengikut bau kelopak kristal tu, dia ada di balik kawasan pergunungan tu..." Amie menunjukkan tangannya ke arah sebuah gunung yang amat besar dan tinggi. Dylan terus memandang ke arah gunung tersebut. Tetapi tidak sampai beberapa minit, pandangannya dihalakan pula ke arah Titan Nozve yang ditunggangnya.

" Serius lah kene lintas gunung besar tu?" Kaizen terkejut.

" Titan Nozve. Boleh kau terbang melintasi gunung tu?" ujar Dylan ingin tahu. Alaaah, kan Titan Nozve ni boleh buat macam macam takkan lah nak suruh terbang lintas gunung tu pon tak boleh?

Lagi terkejut lah Kaizen mendengar kata kata Dylan. Terbang? Naik Titan Nozve? Ape!!?

" Boleh.." balas Titan Nozve. Badannya yang awalnya kecil seekor kuda dibesarkan sedikit menjadi seperti saiz seekor gajah dewasa. Amie turut merubah bentuk nya menjadi seekor burung helang.

" Kaizen, kau simpan spirit Beast kau dan cepat naik badan Titan Nozve." Arah Dylan.

Seperti yang diarahkan lelaki itu, Kaizen terus menyimpan kembali Fire Kangaroo. Badan Titan Nozve yang membongkok itu dipanjatnya dan dia melabuhkan punggungnya di situ.

" Titan Nozve gerak!!"

Titan Nozve mula menggerak gerakkan sayap besarnya. Kemudian, dia terbang tinggi membelah langit bersama Amie di sebelahnya. Angin yang menyapu wajah Dylan dan Kaizen ketika itu terasa amat sejuk sehingga seluruh badan mereka menggigil kesejukan.

" Ba-bapak ahh...se-sejuk gilee.." komen Kaizen sambil memeluk diri sendiri. Dari atas udara, Dylan dapat melihat banyak perkampungan yang telah dimusnahkan serta dihancurkan oleh puak iblis.

" Kejam nye..." Bisik Dylan perlahan.

Perlahan lahan jarak antara Titan Nozve makin lama makin mendekat dengan gunung tersebut. Dylan pula mula berasa tidak sabar.

" Taekwondo Panda, hati hati sikit tau, sebab depan tuu jalan berlukar berduri." Pesan Natasya yang kini berada di atas bahu kanan spirit Beast miliknya. Peta yang berada di tangannya diteliti dengan berhati hati supaya jalan yang dilalui olehnya tidak salah.

" Grruu" balas spirit Beast nya mesra.

" Jangan lupa juga bagi tahu saya kalau awak penat." Pesan Natasya sebelum menyimpan kembali peta ke dalam beg kecilnya.

Langit biru yang terbentang luas dipandang nya.

" Harap awak baik baik jer, Kaizen." Bisiknya perlahan.

✨✨✨

50 check✔️🌹

Macam pendek jer😂

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now