Tuk, Tuk, Tuk
Taez mengetuk beberapa kali pintu kayu itu. Pintu kayu itu terbuka dari dalam dan terlihatlah si budak lelaki yang bermata merah sedang memandang pelik ke arahnya.
Di bahagian belakang lelaki itu, terdapat seekor beruang yang berwarna hitam sedang menggaul gaul pelbagai ramuan di sebuah tembikar yang separa besar. Selain itu, di dalam bilik itu, terdapat beberapa balang kaca dan beberapa bahan bahan yang lain." Kau nak ape datang sini?"
" Eerrr, ak-aku nak minta maaf." Kata Taez sambil menundukkan badannya.
" Tak pe, aku dah maafkan dah. Tu je kan? Sekarang kau dah boleh pergi tempat lain." Dylan menghalau si budak yang berambut coklat cair itu, secara baik. Pintu kayu itu kembali ditutupnya.
Belum sempat pintu tersebut tertutup sepenuhnya, Taez menghalang manggunakan tangan. Automatik pintu yang nak tertutup terus berhenti.
" Bo-boleh ta-tak, aku nak belajar dengan kau cara cara nak buat pil dan potion?" Taez mengutarakan kemahuannya.
" Haa, boleh. Masuklah..." Pelawa Dylan. Pintu dibuka besar mengalu alukan Taez masuk ke bilik potion & pil milik Dylan.
" Woah!! Nampak dari luar macam kecil tapi BESAR GILA!!!" Jerit Taez teruja apabila melihat seluruh kawasan bilik itu.
Bilik potion & pil itu direka khas oleh Kaizen untuk Dylan. Bilik ini terletak di rumah pokok yang bersaiz lebih kecil dari rumah rumah pokok yang lain. Rumah pokok ini, hanya mempunyai bilik potion & pil Dylan, bilik air dan sebuah bilik tidur. Rumah ini juga terletak berdekatan di rumah pokok utama.
Dylan berjalan menuju ke meja. Beberapa bahan bahan diambil dan dibasuh nya.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Jap!! Kalau korang tak boleh bayang kan macam mana keadaan kelima lima rumah pokok ni, author akan terang kan sekarang....🌹💐
Okey, first try korang bayang kan sebuah bulatan. Di keliling bulatan tu ade kelima lima rumah pokok. Manakala, dinding tanah yang dibuat oleh Kaizen, mengelilingi seluruh rumah pokok itu. Tengah tengah kawasan lapang itu pula menjadi kawasan latihan untuk mereka semua. ( Author rase nak jer masuk dalam cerita rekaan author nih... )
Second pulak, rumah pokok utama tuu merupakan rumah yang diduduki oleh Dylan dan kawan kawannya. Cuma reka bentuk rumah tu jer berbeza, rumah yang lain berbentuk sama, cuma mempunyai bilik yang lebih banyak. Dan muat untuk 40 orang duduk di dalam satu rumah. Dan lupa pulak author. Di dinding tanah bersebelahan dengan rumah pokok utama, ade sebuah pintu yang berukuran sangat besar. Muat untuk kapal terbang lalu...
Okey, tu jer.... Back to the real story.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
" Jadi, kenapa kau berminat nak belajar cara cara buat potion dan pil?" Soal Dylan menghentikan lamunan Taez.
Bahan bahan yang telah dibasuh bersih itu, di letakkan pula kedalam sebuah bekas. Bekas tersebut ditutup dan dibawa ke sebuah batu yang berwarna merah besar. Terlihat batu itu berasap asap apabila diletakkan bekas tersebut.
" Aku nak tolong sembuhkan luka semua orang. " Balas Taez penuh semangat.
" Ohh, aku suka dengan semangat kau..." Bibir Dylan menguntumkan senyuman kecil.
" Jadi, ape lagi kau tercegat dekat situ? Datang sini!! Jom aku ajar!!" Tegas Dylan berkata. Dengan bergegas, budak kecil yang berambut coklat pekat yang ukuran tingginya lebih tinggi dari Dylan terus berdiri tegak bersebelahan Dylan.
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...