27

412 48 1
                                    

'Potion Healer' diambil dari beg galas milik Dylan yang berada berdekatannya . Penutup potion itu dibuka dan dia menuangkan semua cecair potion itu kedalam mulut Dylan yang sedang pengsan itu.
Serta merta badan Dylan yang tidak boleh disembuhkan menggunakan sihir terus sembuh dengan cepatnya. Goresan goresan yang berada di badan Dylan itu terus menghilang.

" Huuuuh....." Rudy melepaskan hembusan lega.

Dia duduk bersandar di sebatang pokok. Jam masa yang berada di tangannya dilihat.

" Baru 10 minit..... 5 minit lagi dah kena tukar tempat." Bisiknya perlahan. Jadi, kita tak der masa nak duduk diam diam dan pengsan cam ni.... Kita kena cari benda tuu sekarang!!!

Rudy menghampiri Rinnah dan Syaf. Badan dua orang manusia itu, digoncang goncang ganas olehnya.

" Woi!!! Bangun!!! Woi!!! Bangun!!! Dah nak habis masa dah!!!" Jerit Rudy kepada dua orang malaun itu.

Rinnah dan Syaf yang mendengar jeritan kuat itu terus membuka kedua belah matanya. Bukan dieorang jer yang sedar...Dylan pon sama. Ketiga tiga manusia yang telah bangun terus berjalan ke arah Rudy.

" Bapak kau jerit jerit ahhh??!! Pekak lah telinga aku!!" Marah Dylan. Rinnah dan Syaf turut mengangguk mengiakan.

" Ta-tak.. aku cu-cuma nak kejut korang sebab masa dah nak habis...." Ujar Rudy perlahan. Pandangan Dylan, Syaf dan Rinnah yang sangat tajam membuatkan dirinya menelan air liur.

" Haish..." Keluh mereka bertiga.

Apa yang dicakap oleh Rudy betul juga. Kalau masih pengsan dan tertidur, macam mana nak cari benda tu? Kalau benda tu tak dapat jumpa diorang juga yang akan kene tendang keluar dari ujian ini.... Tapi siyesss, jeritan Rudy tuu boleh kejut kan semua orang KECUALI RITKU. Jeritan dia macam pedang yang tertusuk di kedua dua belah telinga tau....syakit shiakkk!!!!

" Dah ahh, jom cari." Ujar Dylan.

Beg galas miliknya disarungkan kembali dibadannya. Dan sepasang mata merahnya terpandang sebuah benda kuning bercorak kemerahan yang berada di atas tanah berdekatannya. Benda itu diambil dan dibelek belek.

" Ni bukan benda yang aku ambik dekat batang pokok tu ker...?" Bisik Dylan perlahan.

" Dylan...ape kau renungkan lagi tuh...cepat ahh kita dah nak abis masa nihh" Marah Rinnah tegas tanpa sebarang senyuman. Ritku yang telah diangkat oleh Rudy ke atas badan Khatty dipukul perlahan. Tanda geram ahh, dah pukul pukul tuu.. pukul lak orang yang tak bersalah.... Shiannn Ritku....Phuekk!!!

" Erkk, tak. Cuba kau tengok benda ni..."

Dylan menunjukkan tangan nya yang terdapat benda kuning bercorak merah kepada kawan kawannya yang lain.

" Apa tu?" Mereka bertiga mula mendekati Dylan.

Benda kuning itu mula bertukar tukar tangan dan dikembalikan kepada Dylan . Sampai sahaja di tapak  tangan Dylan...benda tersebut mula menyinar terang dan berterbangan laju mengelilingi badan Dylan. Kesemua kawannya yang berada di situ mula terkejut.

" Wey, Wey, Wey....kenapa ni?" Soal Dylan gelisah. Peluh peluh mula menitik lebat di pipinya.

' takkan lah... Bende alah ni nak makan aku...mana boleh aku muda lagi kot...' bisik hati Dylan.

"  Pengesahan tapak tangan telah dilakukan. Kontrak telah terikat. Cermin Hanyang dengan si tuan, Dylan Hytomi."

Benda kuning itu mengeluarkan sebuah suara yang halus. Kemudian, dia menyerap masuk ke dalam badan Dylan.

" Korang....korang dengar tak tadi?" Soal Dylan.

" Dengar apa?" Soal mereka semua serentak.

'Aikk, tak kan dieorang tak dengar kot?'

" Erkk, Tak der pape lah.."
Dylan menggaru garu kepalanya.

" Jap Dylan. Kenapa benda tu masuk dalam badan kau!!??" Tanya Rudy.

" Entah lah... Cuma tadi aku dengar yang dia cakap... Kontrak telah terikat, Dylan Hytomi dan Cermin Hanyang." Jelas Dylan.

Kesemua yang berada di situ mula ternganga.

" Hah!!!?? Jadi...bende tu Cermin Hanyang!!??" Jerkah mereka semua.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now