48

339 36 4
                                    


" Mulai dari hari ini, kamu semua boleh tinggal dekat sini sehingga kesemua masalah tentang iblis iblis ni selesai. Bagi yang tak nak tinggal dekat sini, kamu boleh keluar tapi, keselamatan di kawasan luar dari tempat ni kami tak boleh jamin." ucap Shen Zen. Dirinya yang sedang duduk di atas tanah itu, mula berdiri tegak di hadapan semua orang. Dia memandang kesemua manusia tersebut. Tiada satu pon daripada mereka yang mengangkat tangan tanda mahu keluar dari tempat ini.

" Jadi, saya kira kamu semua tak nak keluar dari tempat ni lah ye?"

Separuh dari mereka mengangguk kan kepala, ade sesetengah tunjukkan tangan berbentuk okey dan sesetengah lagi menyahut dan berkata okey.

"  Kamu semua sila lah bersihkan diri dan berehat di kedua dua rumah pokok tu.." ucapnya lagi, kepada kesemua manusia yang berada di hadapannya.  Tangannya diangkat dan ditunjukkan ke arah kedua dua rumah pokok besar yang berada tidak jauh dari kawasan mereka makan itu.

" Kamu semua boleh memilih mana satu bilik yang kamu mahu. Tapi...rumah pokok utama dan 2 rumah pokok yang selebihnya tu, tidak boleh digunakan. Dan kalau rumah pokok yang besar ni pulak, merupakan rumah pokok utama dan tempat kami tinggal."

" Baik." Jawab mereka semua serentak.

" Passst, passst, Shen Zen." Bahu Shen Zen di tepuk perlahan oleh Natasya. Cepat cepat Shen Zen memalingkan wajahnya menghadap Natasya yang berdiri tepat di belakangnya.

" Kenapa?"

" Err, kita tak der makanan dan pakaian yang banyak untuk tampung beratus lebih orang nih...." Bisik Natasya tepat di sebelah telinga lelaki itu.

" Apa kata kita bahagikan mereka kepada beberapa orang. Separuh memburu, separuh menjahit dan separuh lagi menjadi pengawal untuk tempat ni?" Cadang Natasya.

" Emmm, boleh jugak tuh. Okey sekarang ni saya akan tanya diaorang kalau kalau mereka setuju dan berminat."

Shen Zen kembali memandang mereka semua.

" Ehem, ehem...sekarang ni kami tak cukup bekalan makanan, pakaian dan keselamatan. Ade yang berminat nak tolong kami tak? " Soal Shen Zen.

Dilihat mereka semua sedikit terkejut dengan kata kata Shen Zen itu.

" Ka-kalau berminat ki-kitaorang ke-kene bu-buat ape?" terlihat seorang lelaki sedang berdiri di tengah tengah kerumunan itu sambil bertanyakan soalan kepada Shen Zen.

" Kalau kamu berminat, kamu boleh pilih untuk pergi memburu , menjadi pengawal tempat ni dan menjahit pakaian." Terang Shen Zen panjang lebar.

" Ouh...Saya rasa saya berminat nak berburu." Ujar lelaki itu.

Sebuah senyuman terlakar di bibir Shen Zen. Huuuuh, nasib ade orang yang berminat...

" Jadi, sesiapa lagi yang rasa berminat boleh pergi dekat budak lelaki yang berambut kuning emas tuh.."

" Ehh....asal aku..?" Soal Kaizen terkejut. Dia tak tahu ape ape, tiba tiba jer kene panggil.

Terlihat beberapa orang lelaki dan beberapa orang wanita berdiri dan berjalan menuju ke arah Kaizen.

" Ehh, jap. jap. Sebelum tu bagi kami memperkenalkan diri dulu. Nama saya Shen Zen, ni ketua kita, Dylan Hytomi. Ni Natasya, ni Kaizen, ni pula Kyle, Taez, Amie dan yang paling kecik ni... Tinna." Shen Zen mengenalkan dirinya dan kawan kawannya kepada semua orang.

" Hai!!!" Jerit mereka semua serentak.

Jadi, bersurai lah mereka semua. Setengah pergi ke arah rumah pokok untuk berehat setengah lagi berjumpa dengan Kaizen. Amie, Natasya dan Tinna berjalan bersama tembikar di tangan menuju ke rumah pokok utama untuk membasuh tembikar tersebut.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now