Beberapa daun pokok Fanzry di petik dan dimasuk kan ke dalam lesung batu. Kemudian, dia meletakkan sedikit air suci merah dan melumatkan semua sehingga pekat.
Kemudian, ramuan yang pekat itu diambil dan disapukan sedikit di bahagian belakang badan Dylan di kawasan luka." Erkkhh, erghh" kedengaran suara Dylan yang sedang tidur berbalik itu menahan pijar dan sakit. Mukanya juga mengerut ngerut tanda sakit.
Setelah beberapa minit, Dylan mula sedar dari tidurnya. Dirinya yang baru sedar itu, mula meliar liar memandang ke seluruh tempat dan berhenti tepat di susuk tubuh seseorang. Pandangan matanya kini rasa berpusing pusing.
Sekali pandang, ade rupa macam mak lampir, lagi sekali pandang,ade rupa cik lang. Pening pening...." Aku dekat mana ni? Kau siapa?" soal Dylan kepada orang tersebut.
" Awak sekarang dekat Gua Hynae. Dan saya Hynae lah!!" ujar Hynae bersama senyuman.
" Ha? Hynae? Kau Hynae Ker? Kenapa warna rambut kau macam tu?" soal Dylan pelik.
Bukan selalunya rambut Hynae tu berwarna ungu ker? Kenapa tetiba warna merah? Maybe ni penyamar?
" Ye, saya Hynae. Kalau rambut ni....mmmm ade lah." Hynae mula senyum malu mengenang kan mengapa rambutnya bertukar menjadi warna merah itu.
'Kau buat ape dengan Dylan aku!!??'
Memikirkan tentang ayat itu sahaja boleh membuatkan muka nya berona merah. Boleh pulak tersalah cakap, buat malu jer...... Nasib Dylan tak dengar. Nanti dia salah faham lak....." Hynae? Awak okey ker? Kenapa tersengih sengih ni?" soal Dylan.
Lagi sekali dia memandang pelik kearah Hynae. Sekejap tersengih sengih sekejap mengetuk ngetuk kepala. Ishhh banyak betul kerenah dia......" Tak de pape lah..." Hynae terus berjalan ke tempat lain meninggalkan Dylan keseorangan.
Kini, Dylan hanya duduk di atas sebuah batu dan mencelupkan kakinya di dalam air suci merah. Kawasan tersebut berdekatan dengan ketiga tiga air suci dan batu yang bermacam macam kuasa. Ramuan pekat yang berada di belakang badan nya dipegang.
" Apa ni? Warna ungu? Daun pokok Fanzry dan ....."
Belum sempat dia menghabiskan kata kata Hynae telah berkata dahulu." Dan air suci merah. Nah minum lah air ni." Pelawa Hynae. Dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan Dylan. Kedua belah kakinya juga dicelupkan kedalam air.
Sebuah cawan yang diperbuat daripada daun dan diisi dengan air disuakan ke arah Dylan. Bersama segarit senyuman, Dylan mengambil air tersebut dan mengucapkan terima kasih. Kemudian, air tersebut diteguk ganas oleh nya.
" Hynae, saya nak tanya sikit boleh tak?" Cawan yang telah kosong itu diletakkan ketepi. Kini, dia memandang tepat ke wajah comel Hynae.
" Ye, boleh. Tanya lah." Jawab Hynae.
" Siapa yang bawa Dylan ke sini? Dan macam mana Dylan ke sini?" soal Dylan ingin tahu.
" Semalam, masa kawan Dylan yang jahat tuu pengsan kan Dylan...Hynae yang selamat kan Dylan. Hynae marah kawan Dylan tu...sampai dia berlari terjerit jerit. Masa dia terjerit tu...boleh pula dia puji Hynae. Ahahahah...lawak.....padan muka." Terlihat di wajah Hynae tergelak suka. Dylan yang memerhati turut tergelak kecil.
" Tapi, macam mana Hynae datang dekat Dylan?" soalnya lagi.
" Tuuuu...." Hynae menunjukkan jari telunjuknya ke arah Diamond Tears yang berada di leher Dylan.
" Macam mana?" Dylan menunjukkan riak terkejut. Tangannya naik mengetuk ngetuk dagu tanda berfikir.
" Kan Diamond Tears tu air mata saya.....jadi saya boleh gunakan teleportasi untuk serta merta ke tempat awak. Senang je kan? Kalau Dylan dalam bahaya, Hynae boleh datang selamat kan tau..." Kata Hynae terselit bangga sedikit. Rambut nya yang berwarna merah itu mula bertukar kembali menjadi warna asal.
' jadi, sekarang aku akan jadi kuat dan lindungi Dylan....Dylan Hytomi!!' tekad hatinya.
Kalau reaksi Dylan? Tak payah cakap. Dia dah pandang pelik ke arah Hynae.
" Ehhh.... Tak pe, tak pe, saya boleh jaga diri sendiri. Hynae, dah berapa lama saya pengsan tadi?"
" Dah 5 jam. Dan sekarang dah nak petang dah."
" APA!!!!???? LAMA GILA!!!!"
Jeritan nyaring daripada Dylan itu bergema di seluruh Gua. Sampaikan daun pokok Fanzry pon boleh gugur sikit. Punya kuat tu tahap King Hulk tau...
TRN School
Di kawasan dewan" Kenapa kita ke sini?"
"Aku dengar ade pelajar hilang, betul Ker?"
" Siapa yang hilang?"
" Mana Rell Crew?"
" Senyap semua!!!!" Arah Dizz Ryan tegas.
" Tujuan saya panggil kesemua pelajar tahap 1 ni kerana salah seorang dari pelajar lelaki tahap ini telah hilang tanpa jejak." Terang Dizz Ryan.
Kesemua pelajar mula terkejut. Ada juga terteleng ke kiri dan kekanan untuk mencari gerangan yang hilang itu.
" Tapi tak pe, saya dah arahkan Rell Crew untuk mencari pelajar lelaki itu. Nama pelajar lelaki itu adalah Dylan Hytomi. Dan bagi pelajar pelajar lain yang terjumpa dengan pelajar ini, sila maklumkan kepada saya dan guru guru. Baiklah, semua murid boleh pulang ke blok masing masing"
Arah Dizz Ryan.Selepas diarahkan oleh Dizz Ryan, semua murid mula berbaris dan bergerak ke blok masing masing.
Kaizen yang sedang berjalan di barisan belakang mula berasa gelisah.
' dekat mana kau Dylan? ' bisik hatinya gusar.
Dia memandang ke kiri ke kanan untuk mencari kawan baiknya Natasya. Setelah menjumpai susuk tubuh kawannya dia terus mendapatkan kawannya itu.
" Natasya, Natasya!!." Bahu Natasya disentuh oleh nya, automatik langkah kaki Natasya terus berhenti apabila terasa bahunya dipegang.
Dia memusingkan kepalanya ke arah belakang. Bisikan bisikan pelajar lain yang memarahi mereka kerana berhenti di tengah jalan tidak dihiraukan nya.
" Dylan!!??" ujar Natasya. Apabila dia terlihat Kaizen dan bukannya Dylan, jiwanya meruntuh sedih. Riak mukanya juga menunjukkan bahawa dia sedang sedih.
" Ahh, sorry sorry. Saya ingatkan Dylan tadi."
Kini, hanya mereka sahaja yang tinggal di situ. Kesemua murid yang lain sudah pulang ke blok masing masing.
" Tak pe, tak pe. Apa kata kita pergi cari Dylan?" ajak Kaizen.
Idea yang dicadangkan oleh Kaizen itu membuatkan Natasya tersenyum sikit dan mengangguk laju.
" Kalau macam tu... Jom cari dekat pokok Apel."
Natasya mengangguk dan mereka berdua berjalan pergi ke arah pokok Apel untuk mencari kawan baik mereka yang hilang itu.
' harap awak okey Dylan.....'
🥕🥕🥕
Korang rase Hynae ker Natasya yang sesuai dengan Dylan?
Comment k?❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
❤️❤️💜💜💜❤️💜💜💜❤️❤️
❤️💜💜💜💜❤️💜💜💜💜❤️
💜💜💜💜💜❤️💜💜💜💜💜
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
❤️💜💜💜💜💜💜💜💜💜❤️
❤️❤️💜💜💜💜💜💜💜❤️❤️
❤️❤️❤️💜💜💜💜💜❤️❤️❤️
❤️❤️❤️❤️💜💜💜❤️❤️❤️❤️
❤️❤️❤️❤️❤️💜❤️❤️❤️❤️❤️Love you guys para readers 💕💕
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...